Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
tempat letak kereta awam atau tempat meletak kereta awam atau tempat meletakkan kereta awam ? terima kasih dan selamat berpuasa.Tuan boleh menggunakan Tempat Letak Kereta Awam atau Medan Kereta Awam untuk papan tanda, namun sekiranya dalam ayat lengkap sila gunakan tempat meletakkan kereta awam. Contoh ayat: Tempat meletakkan kereta awam di pasar raya sentiasa penuh.Tatabahasa04.07.2014
definisi sebenar kemudahan awam dan cara mengatasi gejala merosakkan kemudahan awamKemudahan awam bermaksud prasarana yang disediakan oleh pihak kerajaan di tempat awam seperti tandas, telefon, tong sampah, tempat berteduh bagi pejalan kaki dan lain-lain, yang ditempatkan di sepanjang lebuh raya atau jalan raya, padang permainan, dewan serbaguna, pasar, sekolah, dan pejabat kerajaan. Gejala merosakkan kemudahan awam boleh merugikan semua pihak. Rakyat harus menghargai kemudahan awam ini dan menjaganya dengan baik demi kebaikan bersama. Elakkan sikap vandalisme.Makna09.02.2008
maksud Sistem pengangkutan awam yang cekap dari perspektif sosial, ekonomi dan perdagangan (business)Sistem pengangkutan awam yang cekap bermaksud sistem pengangkutan awam seperti bas, kereta api, komuter, teksi dan PUTRA yang mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik, mesra dan menepati masa. Dari segi sosial, sistem pengangkutan awam mampu memberi perkhidmatan bagi memenuhi keperluan masyarakat, manakala dari segi ekonomi dan perdagangan, sistem pengangkutan awam mampu menyediakan prasarana dalam jaringan pusat pertumbuhan ekonomi seperti kilang, pelabuhan, kewangan dan pasaran. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku-buku yang berkaitan.Makna11.08.2008
Salam 1Bahasa, 1. Adakah tajuk yang berikut betul atau salah? PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM BERDOKUMENTARI KEBITARAAN SEKOLAH. 2. PERTANDINGAN KEBITARAAN SEKOLAH PENGUCAPAN AWAM BERDOKUMENTARI. Mohon pandangan dan cadangan tuan. Terima kasih.Salam 1Bahasa, 1. Adakah tajuk yang berikut betul atau salah? PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM BERDOKUMENTARI KEBITARAAN SEKOLAH. 2. PERTANDINGAN KEBITARAAN SEKOLAH PENGUCAPAN AWAM BERDOKUMENTARI. Mohon pandangan dan cadangan tuan. Terima kasih.
Tidak jelas maksud BERDOMENTARI dalam tajuk pertandingan yang ditanya.  Namun jika pertandingan pengucapan awam ini tentang kebitaraan sekolah secara dokumentari tajuk yang betul ialah PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM KEBITARAAN SEKOLAH BERDOKUMENTARI.
Tatabahasa31.12.2013
Bilakah kita gunakan perkataan "Kerajaan" dan "Perkhidmatan Awam" dengan huruf besar, dan bila pula dengan huruf kecil (iaitu "kerajaan" dan "perkhidmatan awam")?Untuk penggunaan secara umum, perkataan kerajaan dan perkhidmatan awam ditulis dengan huruf kecil, namun jika merujuk konteks khusus dan sebagai nama khas, perlu ditulis dengan huruf besar. Contohnya Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.Lain-lain16.04.2013
ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang penggunaan bahasa dalam sektor awam.adakah buku mengenai penggunaan bahasa dalam sektor awam diterbitkan?boleh senaraikan.terima kasih.

Bahasa Malaysia: pandangan pentadbir di sektor awam | A. M. S | Pelita Bahasa | 01/03/1989 | Terperinci

Bahasa Melayu di sektor awam: penggunaannya bagaimana? | Nor Hashimah Jalaluddin | Dewan Bahasa | 01/08/2001 | Terperinci

Kecemerlangan berbahasa Melayu di sektor awam | Abang Patdeli Abang Muhi | Pelita Bahasa | 01/12/1995

Lain-lain24.03.2008
Apakah maksud sebenar perkataan -kemudahan awam, kemudahan sosial, kemudahan kemasyarakatan, prasarana dan infrastruktur? Apakah perbezaan perkataan -kemudahan awam, kemudahan sosial dan kemudahan kemasyarakatan?Secara asasnya frasa kemudahan awam, kemudahan sosial, kemudahan kemasyarakatan, prasarana dan infrastruktur tergolong dalam kata sinonim yakni mempunyai maksud yang seerti. DBP tidak mempunyai sumber khusus yang membezakan makna antara kelima-lima fMakna29.08.2002
apakah ejaan yang tepat untuk perkataan disamping atau di samping (jarak di dan samping)memperkasakan perkhidmatan awam dalam kalangan penjawat awam. disemua peringkat penggubal dasar atau pelaksana dasarEjaan yang tepat ialah di samping  . 
  Ejaan 'disemua peringkat' harus dijarakkan --> di semua peringkat .
Ejaan02.05.2014
Perkataan "untuk" dan "dan" dalam ayat tajuk. 1. Ceramah Awam untuk Penghuni Perumahan dan Kedai atau 2. Ceramah Awam Untuk Penghuni Perumahan Dan Kedai Mana yang betul. Terima kasihAyat yang betul ialah 1. Ceramah Awam untuk Penghuni Perumahan dan Kedai. Kata "untuk" ialah kata sendi nama dan "dan" ialah kata hubung. Oleh itu, kedua-duanya mesti ditulis bermula dengan huruf kecil.Tatabahasa03.05.2013
MEMBUDAYA INTEGRITI SATU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM BERKUALITI Adakah susunan dan penggunaan ayat betul sebagai satu sloganAyat yang lebih tepat ialah MEMBUDAYAKAN INTEGRITI SATU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM BERKUALITI ataupun BUDAYA INTEGRITI SATU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM BERKUALITI Tatabahasa30.11.2010
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awam

Peribahasa
166

The dogs bark, but the caravan goes on

Amarah atau bantahan orang bawahan tentang sesuatu yang dilakukan oleh orang yang berkuasa biasanya tidak akan diendahkan.

Bagai anjing menyalak di ekor gajah.

Disregarding public outcry, they proceeded to pass the new bills - the dogs bark, but the caravan goes on

Tanpa mempedulikan bantahan awam, mereka meluluskan juga rang undang-undang yang baharu itu - bagai anjing menyalak di ekor gajah sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...