Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Disiplin dan menepati masa merupakan dua faktor yang boleh menjadikan kerja seseorang itu bagus. MUNSYI, ADAKAH BAGUS SALAH DALAM AYAT INI? APAKAH KATA SESUAI DIGANTIKAN?Bagus bermaksud berkeadaan atau bersifat baik dan tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut. Perkataan yang sesuai ialah baik, teratur dan sebagainya.Tatabahasa15.04.2012
1) Proton bermutu bagus./ Kereta Proton bermutu bagus. perlu letak kereta di depan Proton? 2) Murid-murid menonton pertandingan kompang. adakah penggunaan menonton pertandingan sesuai? 3) bermain kompang atau memukul kompang? 4) bagaimanakah penggunaan "bermandi peluh"? cth: a) Saya bermandi peluh di padang. b) Saya bermandi peluh di ladang. c) Saya bermandi peluh memetik daun teh. 5) ladang teh / ladang daun teh? 6) Saya berkelah di air terjun. Saya berkelah di tepi air terjun. Yang manakah betul? 7) Yang manakah berikut ayat majmuk: a) Ben menjaga komputer riba dengan baik. b) Ben mencari maklumat dengan melayari internet daripada komputer. c) Ben menggunakan komputer untuk membuat tugasan sekolah.

Saudara,

1. Kereta Proton bermutu bagus/tinggi.
2. Murid-murid menonton pertandingan kompang - Boleh digunakan dalam ayat. Namun untuk maksud yang lebih gramatis gunakan 'menyaksikan'
3. Memukul kompang
4.
Saya bermandi peluh di padang. b) Saya bermandi peluh di ladang. c) Saya bermandi peluh memetik daun teh - Kesemua penggunaan 'bermandi peluh' dalam ayat adalah betul.
5.  ladang teh
6. Saya berkelah di tepi air terjun
7.
a) Ben menjaga komputer riba dengan baik. b) Ben mencari maklumat dengan melayari internet daripada komputer. c) Ben menggunakan komputer untuk membuat tugasan sekolah - kesemua ayat yang dikemukakan merupakan ayat majmuk (Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mengetahui maklumat lanjut)

Tatabahasa06.10.2012
Tolong jelaskan perbezaan antara "bagus" dengan "baik". Adakah penggunaan kedua-dua perkataan itu turut berlainan? Sila jelaskan. Terima kasih.Bagus dan baik sama sahaja maksudnya, berkeadaan atau bersifat baik lagi memuaskan hati.Makna26.05.2010
saya ingin mengetahui bagaimanakah yang dimaksudkan dengan karya sastera yang bagus?harap dapat memberi serba sedikit panduanKarya sastera yang bagus adalah karya yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Selain itu karya tersebut perlulah mempunyai nilai-nilai kemanusiaan, akhlak, dan paling penting adalah karya yang mempunyai nilai intelektual yang tinggi untuk menjadi pedoman dan impak akhir yang berkesan kepada pembaca. Terima kasih.Lain-lain25.12.2006
apakah maksud pencapaian yang bagus?Sila jelaskan dalam konteks apa ayat ini digunakan. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, pencapaian bermakna apa yg telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh), prestasi. Bagus pula ialah berkeadaan atau bersifat baik lagi memuaskan hati, sangat baik.Makna19.09.2008
Apakah penterjemahan yang bagus untuk "folk hero"?

Suhaila,

Terjemahan yang dapat saya berikan - tanpa melihat konteksnya - ialah wira rakyat atau hero rakyat.

Penyemakan dan penterjemahan12.08.2010
200 kata-kata positif seperti bagus,kamu memang hebatSila rujuk buku Tesaurus  atau Kamus Sinonim (terbitan DBP) untuk mendapatkan kata masukan yang berunsur positif.Lain-lain13.03.2008
Apakah perbezaan antara molek dengan jelita? Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, molek bermaksud  cantik, bagus, elok (perbuatan, pakaian, dll). Jelita bermaksud cantik, elok, molek. Oleh itu, kedua-duanya mempunyai maksud yang sama.Makna08.02.2014
Salam saudara/i, Untuk penulisan rasmi, adakah yang berikut diterima? Penggunaan lagi bermaksud lebih. Contoh: Lagi besar lagi bagus. Penggunaan bagi bermaksud memberi. Contoh: Dia bagi anaknya makan sedap-sedap. Terima kasih diucapkan.Kata bantu "lagi" boleh digunakan dalam penulisan asalkan sesuai dengan konteks ayat yang digunakan. Perkataan yang gramatis dalam konteks ayat tersebut ialah memberi.Tatabahasa03.08.2013
Apakah makna tepat bagi Persistent Organic Pollutants, bolehkah saya menggunakan perkataan bahan cemar organik tegar ? atau ada perkataan lain yang lebih bagus untuk terjemahanya.Cadangan kami: Pencemar Organik BerterusanPenyemakan dan penterjemahan16.12.2008
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagus

Puisi
 

Jika tuan memanting gambus,
     Gambus dipanting si burung pingai;
Bukan tuan memaksa bagus,
     Kami memaksa budi perangai.



Lihat selanjutnya...