Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : baru;membaharui 1. membaiki (melakukan sesuatu, mengubah, dll) supaya sesuatu itu menjadi baharu: jalan itu sudah dibaharui; 2. mengulangi lagi: dia tidak ~ pertanyaannya; 3. memulakan sesuatu semula: rakyat membuka kampung utk ~ hidup masing-masing; 4. menggantikan atau menukarkan (sesuatu) dgn yg baru atau yg mempunyai tempoh kuat kuasa dsb yg baru: pokok ini tidak payah ~ daunnya; ~ lesen memandu;memperbaharu menjadikan sesuatu lebih baharu;kebaharuan sifat-sifat baru, anasir-anasir baru: satu contoh ~nya ialah bahawa ia ada memuatkan petikan-petikan drpd karangan-karangan bahasa Melayu-Indonesia; pembaharuan perihal (perbuatan dll) membaharui: mereka ini hendak membawa satu ~ dlm agama Islam; mereka hanya cenderung kpd isi sehingga yg dimaksudkan oleh mereka sbg ~ ialah ~ isi belaka;pembaharu orang yg membawa pembaharuan: A. Latiff Mohidin merupakan ~ dlm perpuisian Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : baru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baharu

Puisi
 

Kelat mata malam berjaga,
     Baharu nak tidur kelambu baru;
Berbau harum bunga cempaka,
     Belum kusolek sudah berbau.


Lihat selanjutnya...(9)