Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
assalamualaikum...saya hendak tahu makna bahasa pijin dan senarai buku-buku kajiannya serta contoh-contoh bahasa pijin..harap pihak anda dapat memberi maklumat yang lengkap bagi saya mengetahui bahasa pijin ini..sekian

Pijin: (Lin) bahasa yg terdiri drpd campuran unsur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomunikasi antara satu dgn yg lain.

Anda boleh datang sendiri ke Pusat Dokumentasi DBP, Menara DBP, Kuala Lumpur untuk mendapatkan rujukannya atau mana-mana perpustakaan yang lain.

Contoh: Bahasa Hawaii.

Lain-lain25.03.2009
APAKAH PERBEZAAN ANTARA BAHASA KREOLE DAN BAHASA PIJIN?Mengikut takrifan secara lateral Kamus Dewan bahasa pijin ialah bahasa yg terdiri drpd campuran unsur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomunikasi antara satu dgn yg lain.  Manakala bahasa kreol ialah  bahasa yg terbentuk drpd campuran dua bahasa yg berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dlm komuniti atau daerah tertentu.Makna28.05.2009
Saya telah merujuk makna perkataan bahasa pijin, kreol, kolokasi dalam kamus dewan. Apakah contoh-contoh perkataan bagi bahasa ini.Saudara boleh merujuk buku-buku yang berkaitan bahasa tersebut atau kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu di DBP atau mendapatkan rujukan di mana-mana perpustakaan yang lain.Penyelidikan24.05.2010
Assalamualaikum. Boleh terangkan konseo dialek dengan lengkap serta menghuraikan tentang kepelbagaian bahasa yang terdiri daripada Bahasa pijin, kreol, slanga, jargon, koine dan bahasa arkaik. Terima kasihDialek ialah satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, contohnya dialek Kelantan, dialek Kedah dan sebagainya. Bagi makna bahasa-bahasa tersebut, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, laman web DBP atau menghubungi Bahagian Penyelidikan Bahasa DBP.Makna04.10.2009
APAKAH PERBEZAAN ANTARA BAHASA KREOL, BAHASA PIJIN DAN BAHASA ROJAK? SAYA JUGA INGIN MELIHAT CONTOH-CONTOH BAHASA TERSEBUT. TERIMA KASIH..

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat,  Bahasa kreolbahasa yg terbentuk drpd campuran dua bahasa yg berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dlm komuniti atau daerah tertentu. Bahasa pijin: bahasa yg terdiri drpd campuran un­sur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomu­nikasi antara satu dgn yg lain. Bahasa rojak:  bahasa yg bercampur aduk kata-kata yg digunakan oleh penuturnya (mis seketika perkataan Melayu dan seketika perkataan Inggeris). Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. 

Lain-lain20.03.2011
minta jelaskan maksud bahasa taboo, bahasa pidgin, bahasa kolakial dan bahasa rojakBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tabu dalam bahasa Melayu bermaksud 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan?.  Bahasa pijin:bahasa yg terdiri drpd campuran un­sur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomu­nikasi antara satu dgn yg lain. Bahasa kolokial: bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku): perkataan kau orang itu adalah frasa ~. Bahasa rojak:  bahasa yg bercampur aduk kata-kata yg digunakan oleh penuturnya (mis seketika perkataan Melayu dan seketika perkataan Inggeris). Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. Makna19.06.2010
Salam Apakah terjemahan dalam bahasa Malaysia bagi istilah "Pidgin Signed English"? Boleh terima "Bahasa Inggeris Berisyarat Pijin"? PSE ialah kaedah komunikasi visual yang menggabungkan bahasa Inggeris dan bahasa isyarat orang Pekak. Maklumatnya boleh diakses di Wikipedia (http://en.wikipedia.org/wiki/Manually_Coded_English). Sekian

Saudara Amir,

Terjemahan 'Bahasa Inggeris Berisyarat Pijin' boleh diterima. 

Penyemakan dan penterjemahan27.08.2009
Terangkan maksud perkataan berikut dan penggunaannya: a) perkataan taboo (kata larangan) b) pidgin c) kreol d) kolokial e) bahasa rojak

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tabu dalam bahasa Melayu bermaksud 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan?.  Bahasa pijin:bahasa yg terdiri drpd campuran un­sur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomu­nikasi antara satu dgn yg lain. Bahasa kolokial: bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku): perkataan kau orang itu adalah frasa ~. Bahasa rojak:  bahasa yg bercampur aduk kata-kata yg digunakan oleh penuturnya (mis seketika perkataan Melayu dan seketika perkataan Inggeris). Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. 

Makna04.07.2010
takrif bahasa dan contoh : - taboo - kreol -kolokial - pigin,

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tabu dalam bahasa Melayu bermaksud 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan?.  Bahasa pijin:bahasa yg terdiri drpd campuran un­sur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomu­nikasi antara satu dgn yg lain. Bahasa kolokial: bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku): perkataan kau orang itu adalah frasa ~. Bahasa kreol: bahasa yg terbentuk drpd campuran dua bahasa yg berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dlm komuniti atau daerah tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. 

Istilah04.07.2010
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa pijin