Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Multimedia ; Jurnal ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
saya meminati bidang penulisan dan telah menghasilkan beberapa puisi moden. saya ingin tahu adakah puisi-puisi ini layak dan menepati kriteria yang telah ditentukan bagi menyertai kumpulan penulis dewan bahasa dan pustaka. bersama-sama ini disertakan satu contoh puisi ciptaan saya sendiri. diharap pertanyaan ini mendapat respon dari pihak tuan bagi memberi komen atau mengiktiraf hasil penulisan saya sekiranya layak.sekian, terima kasih..Puisi-puisi yang saudara  hasilkan itu saudara boleh hantar kepada mana-mana penerbitan akhbar atau majalah sama ada penerbit kerajaan atau swasta, kerana mereka menyediakan ruangan sastera seperti puisi dalam setiap keluarannya. Saudara juga boleh menghantar kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. iaitu Ketua Editor Bahagian Majalah untuk  disiarkan dalam majalah-majalah terbitan DBP sekiranya sesuai dan mencapai mutu yang ditetapkan.Lain-lain14.11.2010
Salam Sejahtera. Saya adalah salah seorang peminat puisi terutama yang diterbitkan oleh pihak DBP. Seringkali juga menyertai pertandingan mencipta lagu-lagu puisi anjuran DBP, walaupun setakat ini gagal keperingkat akhir. Antara puisi-puisi pilihan untuk dilagukan ialah yang ditulis oleh Zurinah Hassan. SOALAN: BOLEHKAH saya memuatkan lagu-lagu puisi ciptaan saya dari puisi Zurinah Hassan yang gagal keakhir dalam pertandingan anjuran DBP kedalam 'BLOG' saya menerusi YOUTUBE? PERLUKAH saya memohon kebenaran bertulis dari pihak DBP? APAKAH ada lain-lain syarat yang perlu dipatuhi.? TIADA tujuan komersil, cuma sekadar memaparkan minat saya dalam bidang seni. SEINGAT saya ada tiga buah puisi Zurinah Hassan yang dipetik dari buku 'Pujangga Tidak Bernama' terbitan DBP telah saya lagukan untuk menyertai pertandingan berkenaan. Mohon penjelasan. Sekian. Terima Kasih.

Salam takzim,

Sumbangan saudara secara berterusan dalam kegiatan penyebaran karya puisi kepada kalangan masyarakat melalui penyertaan dalam Sayembara Mencipta Lagu Puisi amat dihargai.  Dimaklumkan bahawa hanya lagu-lagu puisi yang layak ke peringkat akhir sahaja yang menjadi hak penganjur iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menerbit dan merakam lagu-lagu tersebut. Justeru, karya lagu puisi saudara yang tidak berjaya ke peringkat akhir menjadi hak milik saudara untuk diterbitkan dan disebarkan.  Namun demikian pihak kami menasihati saudara  agar menghubungi penyair Zurinah Hassan (016-2598049) terlebih dahulu sebelum menerbitkannya bagi medapatkan izin terbit naskhah puisi tersebut.

Selamat maju jaya.

Lain-lain29.11.2010
Saya ada banyak puisi yang telah di tulis tetapi saya tidak tahu kemana nak menghantar puisi-puisi tersebut agar dapat di terbitkan dan di buat semakan. saya amat berterima kasih sekiranya pihak DBP dapat memberi cadangan kemana saya dapat menghantar puisi sya tersebut agar dapat di terbitkan atau jika ada pertandingan mencipta puisi saya berharap pihak DBP dapat maklumkan kepada saya. sekian terima kasih.

Saudara boleh menghantar puisi saudara kepada Puan Norimah Bajuri, Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.  Saudara juga boleh menghubungi beliau di talian 603-21481232/5808 atau emel norimah@dbp.gov.my.

Buat masa ini, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menganjurkan sebarang pertandingan, tetapi jika saudara mahu menghantar puisi saudara untuk diterbitkan di majalah atau akhbar, saudara boleh menghantarnya kepada editor majalah atau akhbar berkenaan.

Mudah-mudahan usaha saudara berjaya, dan teruslah berkarya.

Lain-lain03.03.2010
jika saya berminat untuk terbitkan buku bagaimana caranya? koleksi puisi-puisi.Saudara boleh menghantar karya saudara kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.Lain-lain28.03.2010
Assalamualaikum, Saya atas kapasiti individu awam ada menulis sajak/puisi. Jadi adakah DBP ada menerbitkan karya orang seprti saya? atau ada saluran-saluran yang boleh membantu saya menerbitkan karya saya? Terima kasih.Puisi-puisi yang saudara hasilkan itu saudara boleh hantar kepada mana-mana penerbitan akhbar atau majalah sama ada penerbit kerajaan atau swasta, kerana mereka ada menyediakan ruangan sastera seperti puisi dalam setiap keluarannya. Saudara juga boleh menghantar kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu Ketua Editor Bahagian Majalah untuk disiarkan dalam majalah-majalah terbitan DBP sekirannya sesuai dan mencapai mutu yang ditetapkan.Lain-lain24.11.2010
assalamualikum dan salam sejahtera. sebenarnya, saya adalah salah seorang peminat dewan sastera. jadi, soalan saya, bagaimanakah mahu menghantarkan puisi-puisi nukilan saya kepada pihak tuan

Karya sdr hendaklah dihantar kepada Editor Dewan Sastera, Bahagian Majalah, Aras 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau karya sdr boleh dihantar melalui e-mel: rozninah@dbp.gov.my. Sekiranya sdr penulis baru, karya boleh dihantar kepada  Puan Noraini Abdul Hamid, Editor Tunas Cipta atau e-mel:noraini3@dbp.gov.my

Lain-lain29.01.2009
Salam alaikum/selamat sejahtera, Saya seorang pelajar yang juga menulis puisi dalam Bahasa Inggeris. Dalam masa terdekat ini, saya berancang untuk menterjemah beberapa puisi/cerita/karya tradisional dalam Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris bagi pertimbangan majalah-majalah puisi Bahasa Inggeris. Antara karya yang saya minati adalah lagu Ulek Mayang. Walau bagaimanapun, saya tidak tahu di mana untuk mencari teks penuh lagu itu, dan juga untuk memastikan bahawa teks yang saya jumpa adalah teks yang asli (bukan versi lagu pop). Saya juga berminat untuk mencari teks prosa tradisional tentang Puteri Gunung Ledang sebagai rujukan untuk menulis puisi yang lain. Soalan saya yang pertama adalah jika DBP dapat membantu saya mencari teks-teks ini, atau memberi pendapat tentang cara terbaik untuk mendapatkan karya tersebut. Saya seorang pelajar di luar negara, maka teks di laman web/melalui emel lebih mudah bagi saya daripada membeli buku/pergi ke perpustakaan di Malaysia. Soalan yang kedua pula: Jika saya ada apa-apa kemusykilan tentang istilah Bahasa Melayu klasik (bagi tujuan penterjemahan), di mana tempat paling baik untuk bertanyakan soalan? Dengan harapan DBP dapat membantu saya, Sekian terima kasih. Mohamad Atif SlimSekiranya saudara berminat untuk mengetahui  teks penuh lagu ulik mayang, maka bolehlah saudara menghubungi Puan Wahyunah Abd. Gani (Bahagian Dasar dan Penyelidikan Sastera) DBP, di talian 03-21482484. Seni kata lagu tersebut terlalu panjang untuk ditulis di ruang ini. Berhubung dengan cerita Puteri Gunung Ledang, saudara dinasihatkan agar membaca teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) oleh A.Samad Ahmad( DBP, 1979) kerana gambaran tentang Puteri Gunung Ledang  terdapat dalam teks tersebut. Saudara juga boleh memohon bantuan dari Persatuan Penterjemah Malaysia dengan menghubungi Puan Saodah Setiausaha Kehormat,  di talian 012-2067076 sekiranya saudara menghadapi kesukaran untuk menterjemah  istilah Bahasa Melayu Klasik ke dalam Bahasa Inggeris. Sekian.Lain-lain04.01.2011
Su Azmi SAT 10:39AM Su Assalamualaikum...saya syazwani dari kedah..ingin bertanya..adkah pihak karangkraf menerima puisi puisi saya untuk diterbitkan?? Sekarang puisi2 saya tengah dikumpulkan... Harap saya mendapat keputusan yang positif dari pihak dewan bahasa dan pustaka..terima kasih Su Dewan bahasa dan pustaka# maafPertanyaan yang berkaitan dengan pihak lain, selain DBP sila kemukakan kepada pihak yang berkenaan. Jika tuan berminat untuk menghantar puisi kepada DBP, sila kemukakan kepada Editor Dewan Sastera, Tingkat 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Editor Dewan Sastera (Muhammad Fadhli Al-Akiti) juga boleh dihubungi melalui e-mel fadhli@dbp.gov.my atau talian 03-21479261.Lain-lain09.01.2016
assalamualaikum/salam sejahtera, bagaimana caranya sekiranya saya ingin menghantar karya seperti puisi dan sajak untuk diterbitkan oleh pihak DBP, dan apakah syaratnya.

Terima kasih atas minat tuan untuk menghantarkan karya  ke DBP. Tuan boleh menghantarkan puisi/sajak untuk diterbitkan dalam majalah Dewan. Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, tuan boleh menghubungi Puan Padilah binti Ali, Ketua Editor, Bahagian Majalah DBP, Tingkat 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. No. telefon 03-21482241 atau e-mel : padilah@dbp.gov.my

Pihak DBP juga bersedia menerima karya kumpulan puisi perseorangan untuk dinilai bagi tujuan penerbitan. Dalam hal ini, tuan perlu mengirimkan 100 buah puisi atau lebih (lebih banyak lagi baik). Sebaik-baiknya, puisi-puisi tersebut disusun mengikut tema. Puisi-puisi tersebut seharusnya belum pernah diterbitkan dalam mana-mana kumpulan puisi terbitan penerbit lain. Sekiranya ia pernah tersiar dalam akhbar atau majalah tempatan, sebaik-baiknya mohon keizinan atau maklumkan kepada penerbit akhbar/majalah berkenaan terlebih dahulu. Kumpulan puisi tuan akan melalui proses penilaian oleh pakar yang dilantik oleh pihak DBP.

Sila hantar satu salinan manuskrip puisi tuan berserta satu salinan digital (disket atau CD), sedikit biodata dan surat iringan kepada  Ketua Editor, Bahagian Buku Sastera, Tingkat 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

 

Lain-lain21.03.2011
Salam sejahtera...sy zaini dr penang...sy ingin menerbitkn buku sajak @ buku puisi bahasa melayu kerana dalam simpanan sy ada lebih kurang 200 buah sajak...sy ingin bertanya kpd pihak tuan/puan apa yg perlu sy buat & cukupkah hanya sekadar 200 mukasurat dapat menghasilkn sebuah buku... Soaln seterusnya sekiranya boleh...apa yg perlu sy bt...mohon cadangan dr pihak tuan/puan...terima kasih.

Untuk maklumat lanjut berkaitan penerbitan buku sastera, tuan boleh menghubungi Bahagian Buku Sastera, melalui talian 03-21479512/ 9513/9514/9515.

 

Lain-lain01.02.2015
Tesaurus
 
puisi (kata nama)
Bersinonim dengan sajak, bait, balada, haiku, syair, pantun, gurindam, seloka, satira, lirik, madah, kelong, talibun, tembang, kakawin;,
Kata Terbitan : berpuisi, pemuisi,

Puisi
 

Apa dijual apa dibeli,
     Mari sukat gantang Ali;
Bahasa tak boleh dijual beli,
     Dari hidup sampai mati.



Lihat selanjutnya...