Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Dialek ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
maklumat tentang bahasa sapaanBahasa sapaan ialah bahasa yang digunakan untuk mengajak orang lain bercakap atau berkomunikasi  dengan kita sama ada melalui lisan dan tulisan. Bahasa sapaan ini terdapat dalam pelbagai jenis seperti bahasa sapaan istana, ahli politik, orang bergelar, dan orang yang lebih tua. Sila rujuk buku Protokol dan Kesantunan Bahasa oleh Dr Awang Sariyan. Kedua-dua buku ini diterbitkan oleh DBP.Lain-lain10.02.2008
saya seringkali menghadapi kekeliruan menentukan bahasa sapaan dalam ucapan-ucapan rasmi, mohon pihak DBP menghantar panduan untuk bahasa sapaan dalam ucapan-ucapan rasmi. Sekian, terima kasih.Untuk rujukan berkaitan kata sapaan, sila rujuk buku Protokol di Malaysia: Tradis & Amalan (tulisan Moktar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri, terbitan DBP).Tatabahasa25.03.2010
maksud kata ganti diri dan bahasa sapaanKata Ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama seseorang (nama am) .Terbahagi kepada tiga iaitu pertama ,kedua, ketiga cthnya saya, awak dan mereka. Sapaan pula untuk menyapa seseorang. Biasanya digunakan berdasarkan status seseorang seperti tuan, puan, YB dll.Tatabahasa05.09.2007
saya sedang membuat kajiselidik mengenai bahasa sapaan dalam komunikasi masyarakat kita. tetapi saya kurang maklumat mengenai aturan sapaan yang masayarakat kita gunakan. bolehkah pihak dewan membantu saya menerangkan aturan sapaan tersebut

Sdr. Cassira tini,

tentang buku mengenai kata sapaan, terdapat buku yang ditulis oleh Dr. Awang Sariyan dan Prof. Emiratus Asmah Hj. Omar yang mengkaji dan memberikan contoh-contoh yang jelas mengenainya. Jadi Sdr. bolehlah mendapatkan buku-buku tersebut di kedai-kedai buku.Terima kasih 

Lain-lain20.04.2008
Tolong beritahu secara terperinci maksud BAHASA SAPAAN dan berikan contohnya.BM mempunyai sapaan yang berbeza daripada bahasa lain dan setiap penuturnya mesti menggunakannya dengan betul dalam konteks yang sesuai. Dalam situasi tidak formal, penutur menggunakan sapaan yang merujuk hubungan akrab dengan lawan tutur. Biasanya pengguna BM menggunakan perkataan yang menunjukkan rasa hormat terhadap lawan tutur mereka. Contoh Saudara/saudari sapaan kepada orang yang baru dikenali Saya Digunakan apabila bertutur dengan orang yang dihormati dan berstatus tinggi. Tuan Orang yang mempunyai kedudukan tinggi daripada penutur. Puan Orang perempuan yang sudah berkahwin dan dipakai bersama nama atau jenis jawatan spt. Puan Pengetua. Yang di-Pertuan Agong Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri Menteri Besar Ketua Menteri Yang Amat BerhormatTatabahasa12.09.2006
penggunaan kata ganti diri dan bahasa sapaan mencerminkan kedudukan seseorang itu dalam kekeluargaan serta kedudukanny dalam masyarakat amnya,sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan yang tersebut di atas?Kata nama diri dan sapaan digunakan mengikut kedudukan seseorang dalam keluarga dan masyarakat. Ini menunjukkan hierarki kedudukan berdasarkan usia dan susun galur seseorang dalam keluarga atau rajah keluarga ataupun gelaran yang diterima berdasarkan pangkat, sumbangan dan anugerah. Bagi mendapatkan keterangan lanjut berkenaan kata ganti diri dan sapaan , sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan buku-buku tatabahasa bahasa Melayu di pasaran.Lain-lain05.09.2007
saya telah beberapa kali mencari perkataan KESANTUNAN BAHASA dalam carian kata.apakah yang dimaksudkan dengan KESANTUNAN BAHASA?Kesantunan bahasa bermaksud penggunaan bahasa Melayu yang santun, bersopan dan halus serta sesuai dengan peringkat sasaran penerimanya. Kesantunan ini dilihat dari segi pemilihan kata (diksi) yang menunjukkan aspek berbudi bahasa dan pengetahuan yang tinggi dalam bidang bahasa, sapaan yang tepat kepada sasaran, nada suara yang lembut sesuai dengan situasi, menunjukkan rasa hormat kepada orang lain dan aspek-aspek lain yang memperlihatkan nilai-nilai yang baik. Aspek kesantunan termasuk dalam penulisan dan pertuturan.Makna09.01.2008
berikan saya konsep dan jenis ayat sapaan di Malaysia (Bahasa Malaysia)BM mempunyai sapaan yang berbeza daripada bahasa lain dan setiap penuturnya mesti menggunakannya dengan betul dalam konteks yang sesuai. Dalam situasi tidak formal, penutur menggunakan sapaan yang merujuk hubungan akrab dengan lawan tutur. Biasanya pengguna BM menggunakan perkataan yang menunjukkan rasa hormat terhadap lawan tutur mereka. Contoh Saudara/saudari sapaan kepada orang yang baru dikenali Saya Digunakan apabila bertutur dengan orang yang dihormati dan berstatus tinggi. Tuan Orang yang mempunyai kedudukan tinggi daripada penutur. Puan Orang perempuan yang sudah berkahwin dan dipakai bersama nama atau jenis jawatan spt. Puan Pengetua. Yang di-Pertuan Agong Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri Menteri Besar Ketua Menteri Yang Amat BerhormatTatabahasa26.06.2008
Assalamualaikum... Saya ingin kepastian dari segi kata sapaan dalam dokumen rasmi. Saya pernah membaca minit mesyuarat sebuah jabatan kerajaan. Oleh sebab pengerusi mesyuarat ada gelaran Dato', kata sapaan dalam minit mesyuarat menggunakan YH. Dato' Pengerusi. Contoh: YH. Dato' Pengerusi memaklumkan bahawa... Saya beranggapan YH merujuk Yang Hormat. Soalan saya, adakah ada dalam bahasa Melayu kata sapaan YH?Rujukan kehormat bagi yang bergelar Dato', Dato' Seri, Tan Sri dan sebagainya ialah Yang Berbahagia.
Rujukan kehormat Yang Dihormati lazimnya digunakan kepada orang-orang yang dihormati seperti guru, ketua kampung, penghulu, pemimpin kecil parti dan sebagainya.
Ejaan22.07.2012
Boleh saya mendapat terjemahan Yang Amat Dihormati dalam bahasa Inggeris? Terima kasih.Budaya Inggeris tidak sama seperti budaya Melayu yang mempunyai pelbagai sapaan hormat seperti Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat dan Yang Berbahagia. Lazimnya sapaan hormat dalam bahasa Inggeris ialah The Honourable.Penyemakan dan penterjemahan12.04.2012
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa sapaan