Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
1. Adakah Bahasa Slanga pada satu masa nanti mungkin akan menjadi sebahagian daripada Bahasa Standard? 2. Apakah perbezaannya antara Bahasa Slanga dan Bahasa SMS? Bukankah penggunaan Bahasa Slanga juga boleh di kesan dalam Bahasa SMS?Bahasa slanga ialah kata-kata yang digunakan dalam konteks percakapan tidak rasmi atau tidak baku. Sesuatu kata slanga itu sekiranya diputuskan oleh pakar-pakar bahasa boleh dijadikan bahasa standard (berdasarkan peruntukan tertentu). Bahas SMS pula ialah kata-kata yang digunakan oleh pengguna telefon bimbit atau lain-lain bagi menyampaikan maksud secara ringkas melalui medium tulisan. Bezanya dengan bahasa slanga ialah kata-katanya boleh secara lisan ataupun tulisan. Untuk maklumat lanjut, sila kemukakan soalan ini kepada pakar-pakar bahasa di pusat pengajian tinggi.Makna11.03.2007
APAKAH ITU BAHASA SLANGA ?Bahasa slanga ialah kata-kata (ungkapan dsb.) yang tidak tergolong dalam bahasa baku (biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi).Makna12.01.2007
berikan definisi bahasa slanga dari segi istilah?Bahasa slanga bermaksud kata-kata (ungkapan dsb.) yang tidak tergolong dalam bahasa baku(biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi). Kamus Dewan Edisis Keempat halaman 1511.Makna20.03.2008
saya plajar jurusan bhs dan linguistik melayu di upm. sy perlu membuat projek ilmiah mengenai bahasa slanga mat rempit...adakah di DBP mempunyai jurnal, atau buku mengenai bahasa slanga...sekirannya ada,sy ingin membelinya.

Bagi membantu sdr  menyelesaikan tugasan ini, sdr perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan. Untuk makluman, keahlian Rakan Dewan  terbuka kepada individu rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Keterangan tentang Rakan Dewan dan borang keahlian boleh didapati di laman DBP di bawah menu Perkhidmatan. Saudari boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Sila kunjungi atau hubungi Pusat Dokumentasi Melayu di talian 03-2148 3541/3540 sekiranya sdr. memerlukan maklumat  lanjut. 

Sdr. juga boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain26.07.2009
Apakah definisi 'bahasa slanga' mengikut Kamus Bahasa Melayu Nusantara DBP Brunei : 2003?Mengikut Kamus Bahasa Melayu Nusantara DBP Brunei "Bahasa Slanga "bermaksud : ragam bahasa tidak rasmi dan tidak baku yang sifatnya tidak tetap atau musiman, biasanya digunakan oleh kaum remaja atau kelompok sosial tertentu untuk berkomunikasi dalam kelompok itu sendiri.Makna13.08.2014
Apakah perbezaan bahasa kolokial dan bahasa slanga?Bahasa kolokial ialah bahasa yang bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku) manakala bahasa slanga ialah bahasa yang menggunakan kata-kata (ungkapan dsb) yg tidak tergolong dlm bahasa baku (biasa digunakan dlm percakapan tidak rasmi).Makna18.01.2007
Assalamualaikum,apakah yang dimaksudkan dengan bahasa sms, bahasa slanga dan sila sertakan contohnya..terima kasihBahasa sms ialah bahasa yang digunakan dalam khidmat pesanan ringkas., iaitu teks ringkas yang dihantar dan diterima. Cth. sek.-sekolah,bgn.-bangunan. Bahasa slanga ialah kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku. Contoh: balun-pukul. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.       Makna20.03.2008
ADAKAH BAHASA SLANGA DIGUNAKAN DALAM FACEBOOK? DAN APAKAH KESANNYA TERHADAP BAHASA MELAYU? APA TINDAKAN YANG DIAMBIL DBP UNTUK MENGATASI MASALAH TERSEBUT?Bahasa slanga ialah kata-kata yang digunakan dalam konteks percakapan tidak rasmi atau tidak baku. Tetapi tidak semua bahasa yang digunakan dalam facebook adalah bahasa slanga. Masih ramai pemilik akaun facebook yang menggunakan bahasa yang baik dan santun serta boleh dicontohi oleh rakan facebook yang lain. Bahagian Penguatkuasaan, DBP bertanggungjawab memantau penggunaan bahasa Melayu dalam dokumen rasmi dan paparan di tempat awam seperti iklan, papan tanda dan penamaan. Pemantauan terhadap laman facebook adalah di luar bidang kuasa DBP.Lain-lain31.03.2011
Apakah maksud 'bahasa' dan 'slanga' menurut kamus dewan edisi keempat? Apakah maksud bahasa slanga menuruyt kamus dewan keempatBahasa ialah sistem lambang bunyi suara yg digunakan sbg alat perhubungan dlm sesuatu kelompok manusia utk melahirkan perasaan dan fikiran dan slanga ialah slanga kata-kata (ungkapan dsb) yg tidak tergolong dlm bahasa baku (biasa digunakan dlm percakapan tidak rasmi).Makna15.08.2014
adakah dbp ada menerbitkan buku atau artikel tantang bahasa slanga?Slanga ialah kata-kata(ungkapan dsb.) yang tidak tergolong dalam bahasa baku (biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi). Oleh yang demikian tidak ada penerbitan bagi tajuk ini. Walau bagaimanapun saudara boleh melayari Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu untuk merujuk makalah atau artikel tentang ini.    Lain-lain12.03.2008
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa slanga;