Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Buku ; Khidmat Nasihat ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ADAT PERKAHWINAN BANJARADAT PERKAHWINAN BANJAR, adat perkahwinan masyarakat Banjar yang tinggal di Kalimantan Selatan, Indonesia. BUDAYAKonsep
HIKAYAT BANJARSASTERAKarya
DIALEK MELAYU BANJARDIALEK MELAYU BANJAR, dialek Melayu yang dituturkan oleh lebih kurang dua juta orang di Pulau Borneo, terutamanya di Propinsi Kalimantan Selatan, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Timur, serta beberapa ribu orang lain di Sumatera dan Malaysia. Selain jumlah penutur yang besar itu, banyak karya sastera yang ditulis dalam bahasa Melayu yang dipengaruhi dialek Banjar, misalnya Hikayat Banjar. Dialek itu juga diperkaya dengan tradisi sastera lisan yang masih berkembang dalam pelbagai genre. Akhir-akhir ini, sastera rakyat itu mula dikaji dan didokumentasikan. Begitu juga, sejak tahun 1977, para sarjana Indonesia giat menjalankan penyelidikan tentang tatabahasa dan penyebaran dialek Banjar.BAHASABahasa
BANJARBANJAR, suku bangsa campuran pelbagai kaum yang berasal dari luar, yang saling berbeza dalam bahasa dan kebudayaan.  BUDAYAKonsep
KERAJAAN BANJAR

KERAJAAN BANJAR, kerajaan Islam yang diasaskan oleh Raden Samudera di Kalimantan, Indonesia. Kerajaan ini didirikan pada tahun 1526 dengan bantuan kerajaan Demak. Ibu kota kerajaan Banjar ialah Banjarmasin.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
MADIHIN

MADIHIN, puisi yang disampaikan secara berlagu yang mengandungi unsur hiburan dan pendidikan. Madihin merupakan salah satu cabang kesenian daerah Banjar, Kalimantan Selatan, Indonesia. Madihin berasal daripada kata madah yang bererti pesan atau nasihat. Dalam bahasa Banjar kata madahan digunakan dan lama-kelamaan sebutannya berubah menjadi madihin.

BUDAYAKarya
MARTAPURA

MARTAPURA, ibu negeri kerajaan Banjar sejak tahun 1612. Sebelumnya, pusat kerajaan terletak di desa Teluk Selong, lebih kurang 5 km dari kedudukan Martapura sekarang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
SEJARAH MELAYU

SEJARAH MELAYU, karya persejarahan Melayu klasik.  Sejarah Melayu adalah antara teks Melayu yang tertua dan karya terpenting antara beberapa teks klasik seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Banjar, Hikayat Acheh, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Patani dan Tuhfat al-Nafis.

SASTERAKarya
PEMINJAMAN BAHASA NUSANTARA

PEMINJAMAN BAHASA NUSANTARA, peminjaman bahasa daripada rumpun bahasa Melayu-Polinesia daripada satu atau beberapa bahasa yang lain ke dalam bahasa Nusantara merangkumi rumpun bahasa Melayu-Polinesia (Austronesia) bahagian barat seperti Aceh, Minangkabau, Mandailing, Jawa, Banjar, Bugis, Iban, Makasar, Bali dan juga bahasa Indonesia.

BAHASAKonsep
TUAN HUSSAIN KEDAH

TUAN HUSSAIN KEDAH (1863 1936), ulama. Dia lahir pada 2 November 1863 di Kampung Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. Nama sebenarnya ialah Tuan Hussain bin Muhammad Nasir bin Muhammad Taib al-Masudi al-Banjari. Dia adalah seorang ulama terkenal di Kedah. Moyangnya, Syekh Arsyad al-Banjari (1710 1812) adalah mufti negeri Banjar (Banjarmasin, Kalimantan). Datuknya, Haji Muhammad Taib, seorang ulama dan mufti Kedah pada abad ke-19.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banjar