Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.sah] | بلاسه

Definisi : sebat, sesah; membelasah 1. memukul dgn kuat, menyebat, menyesah: ~ orang dgn rotan; tiba-tiba belakangku dibelasah, berdebup bunyinya; 2. ki mengalahkan dgn teruknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.sah] | بلاسه

Definisi : ; membelasah 1 memukul orang dgn benda-benda yg panjang lagi keras; menyebat: Ia ~ pencuri itu dgn rotan. 2 memukul, menumbuk, menendang dsb dgn teruk: Penjahat itu dibelasah hingga pengsan. 3 ki mengalahkan lawan dgn teruk: Pasukan Selangor ~ lawannya 4-0. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belasah