Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[béng.kél] | بيڠکيل

Definisi : (béngkél) 1. tempat membaiki kereta dll: syarikat kerjasama kenderaan Melayu Melaka juga sudah mempunyai ~-~ tempat membaiki kereta; 2. kilang kecil (tempat tukang-tukang bekerja); 3. mesyuarat (perbincangan dsb) secara berkelompok utk mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat (idea dsb) tentang sesuatu: ~ penulisan cerita kanak-kanak;berbengkel mengadakan, menghadiri atau menyertai bengkel (perbincangan berkelompok): mereka sering ~, berseminar dsb utk menyiapkan projek penulisan itu;membengkelkan membincangkan sesuatu dlm perbincangan berkelompok; perbengkelan urusan atau aktiviti berbengkel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[béng.kél] | بيڠکيل

Definisi : /béngkél/ 1 tempat membaiki kenderaan yg rosak dll. 2 kilang kecil tempat tukang-tukang bekerja. 3 tempat pertemuan seniman, pelukis, penulis dll: ~ penulis. 4 mesyuarat atau perbincangan utk bertukar-tukar pendapat dsb: ~ sejarah. berbengkel menyertai atau menghadiri bengkel (mesyuarat atau perbincangan): Mereka ~ selama tiga hari. membengkelkan membincangkan sesuatu (perkara, isu dsb) dlm bengkel: Masalah itu dibengkelkan utk mencari penyelesaiannya. perbengkelan hal atau urusan yg berkaitan dgn bengkel. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bengkel