Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
apakah terjemahan bagi istilah 'fine-dining' dan 'fine-dining restaurant". Adakah 'makan beradab' dan 'restoran mewah' boleh digunakan?Belum ada lagi padanan bagi istilah fine-dining dan fine-dining restaurant dalam sumber rujukan kami. Tidak ada terjemahan makan beradab ke bahasa Inggeris kerana makan beradab diketahui wujud dalam budaya Melayu dan lazimbnya bentuk-bentuk budaya ini dikekalkan penggunaannya. Satu contoh penggunaan restoran mewah yang terdapat dalam Kamus Inggeris Dewan ialah posh restaurant bukan fine-dining restaurant.Istilah17.09.2010
Perbezaan penggunaan kesantunan bahasa antara bahasa rasmi dan bahasa istanaKesantunan bahasa dalam penulisan surat rasmi bermaksud penggunaan bahasa yang halus, beradab dan sopan. Penulis memperlihatkan budi bahasa yang tinggi. Aspek ini dapat dilihat dari segi pemilihan kata, frasa, cara mengungkapkan idea dan harapan yang dijangka. Dalam  surat rasmi masih terikat dalam suasana urusan pentadbiran, maka pemilihan kata atau istilah  adalah berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan. Dalam surat rasmi menggunakan bahasa istana pula, penulis hendaklah mengungkapkan kata-kat dalam bahasa istana yang sopan, beradab dan halus. Contoh bahasa istana ialah menjunjung kasih, memphon perkenan, berkenan berangkat, berangkat tiba dan titah mengadap. Senarai bahasa istana boleh diperoleh daripada pihak istana sultan. Lain-lain29.02.2008
Apakah perbezaan antara bersopan santun dan berbudi bahasa?Bersopan santun dan berbudi bahasa sama maksudnya, iaitu beradab atau berakhlak.Tatabahasa21.02.2012
Apakah definisi bahasa istana? Apakah ciri-cirinya dan fungsi-fungsinya ?Bahasa istana atau bahasa dalam merupakan bahasa komunikasi keluarga diraja, ketua negeri dan ketua negara yang mengandungi nilai bahasa yang tinggi dan beradab. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut saudara bolehlah mendapatkan buku berkaitan bahasa istana yang berada dalam pasaran atau hubungi bahagian Adat Istiadat, Istana Negara.Makna05.09.2006
1) Apakah maksud kesantunan berbahasa, ciri-cirinya serta penggunaannya dalam masyarakat? 2) Contoh-contoh kesantunan bahasa yang diamalkan dalam masyarakat. 3) Senarai rujukan buku atau artikel untuk kesantunan berbahasa.Santun Berbahasa, secara umumnya merujuk penggunaan bahasa yang baik, sopan beradab, menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Sdr bolehlah merujuk buku yang berkaitan, cuba layari Kawat melalui Laman DBP.Makna08.08.2007
apakah bersalin/melahirkan,terima kasih, dan datang yang digunakan dalam bahasa istana?Bahasa istana merupakan satu jenis laras bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Digunakan oleh golongan istana dalam sistem komunikasi antara mereka seperti panggilan gelaran-gelaran dan sebagainya yang mengandungi nilai bahasa yang tinggi dan beradab. Saudara boleh merujuk perkara ini di Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, Jabatan Perdana Menteri.   Istilah26.04.2009
Assalammualaikum... soalan 1 saya ingin bertanya maksud perkataan yang tidak terdapat dapat kamus Dewan 1) Babarisme 2)uca (cth ayat dalam sajak : Siapa mungkin mengutip kuasa uca) soalan 2 yang mana lebih sesuai? Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Terima Kasih

1. Barbarisme bermaksud cara atau perbuatan yang tidak beradab.

2. Kata "uca" yang ditemui dalam pangkalan data kami ialah terjemahan head start dalam bahasa Melayu dan digunakan dalam bidang sukan. Berdasarkan ayat contoh he was given a head start in the race, head start atau uca dalam bahasa Melayu boleh membawa maksud kelebihan.

Makna29.06.2011
Terima kasih membaca surat ini. Saya ingin tahu apakah panduan untuk mencari buku-buku berkaitan tajuk tugasan saya ini- "PENCAPAIAN DAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PERTANIAN DALAM KETAMADUNAN MELAYU".Kedua, apakah definisi ketemadunan melayu yang lebih mendalam.. sekia-terima kasih.

Harap dapat hubungi Jabatan Penerbitan di talian 03-2148 1533 / 3233 untuk mendapat maklumat yang diperlukan kerana laman ini disediakan untuk memberi khidmat nasihat yang berkaitan bahasa (Melayu) sahaja. Harap maklum.

Tamadun

  • 1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkan pd taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban; 2. negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban: ~ Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikiran (budaya dan moral) yg halus, peradaban;

bertamadun

  • 1. telah mencapai tamadun, berperadaban, beradab: barang-barang itu ialah buatan dr negeri-negeri yg lebih ~ dan lebih maju; 2. mempunyai pemikiran (budaya dan moral) yg halus, berperadaban, beradab: kita mestilah menyelesaikan masalah itu dgn cara yg ~;

mentamadunkan

  • menjadikan bertamadun: dlm proses perkembangan sistem penjajahan Barat, Tanah Melayu mula ditamadunkan;

ketamadunan 

  • perihal tamadun, (segala-gala) yg berkaitan dgn tamadun: malah drama sendiri merupakan sbg cermin kpd ~ dan kebijaksanaan sesuatu bangsa.

Ketamadunan Melayu

Perihal taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi bangsa Melayu, Peradaban Melayu.

Lain-lain11.01.2009
Assalamualaikum. Saya mohon bantuan pihak DBP untuk menentukan penggunaan mana yang lebih tepat. 1. Menteri Besar atau menteri besar. perkataan menteri besar banyak saya temui dalam naratif sebuah novel & yang menjadi kemusykilan saya adalah apabila ejaan huruf besar & kecilnya bercampur. mana yang lebih tepat sebenarnya, adakah huruf m & b perlu ditulis dengan huruf besar walaupun bukan pada permulaan ayat? 2. Tuanku atau tuanku perkataan tuanku banyak juga saya temui dalam novel tetapi yang adi musykilnya apabila penggunaan huruf t adakalanya besar & adakalanya kecil (bukan permulaan ayat). Diharap pihak DBP dapat membantu. sekian, terima kasih.Menteri besar dan tuanku, kedua-dua perkataan ini boleh ditemui dieja dengan pangkalnya huruf besar dan ada juga huruf kecil. Perkara ini berlaku kerana pertimbangan penulis atau penuturnya dalam mematuhi peraturan untuk santun berbahasa. Kesantunan bahasa atau santun berbahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang sopan, beradab, dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang dirujuk atau yang menjadi teman bicaranya. Ada tiga jenis peraturan penggunaan bahasa iaitu: i. peraturan linguistik, ii. peraturan sosiolinguistik, dan iii. peraturan pragmatik. Peraturan linguistik menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa, aspek utamanya ialah sebutan, intonasi dan tatabahasa; peraturan sosiolinguistik menitikberatkan hubungan sosial; manakala peraturan pragmatik menekankan penggunaan bahasa yang sesuai, sopan dan berkesan.  Berikut dikemukakan contoh-contoh ayat berasaskan kepatuhan penulis atau penuturnya kepada peraturan kesantunan bahasa:1.      Rujukan kehormat, Yang Amat Berhormat ditujukan kepada perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri besar, dan ketua menteri. 2.      Rujukan kehormat, Yang Amat Berhormat ditujukan kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, dan Ketua Menteri. 3.      Kata sapaan kepada raja atau sultan dan raja permaisuri atau raja perempuan ialah tuanku. 4.      Kata sapaan kepada raja atau sultan dan raja permaisuri atau raja perempuan ialah Tuanku.5.      Untuk makluman Tuanku, seminar itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar.Pada ayat no. 1 dan 3, penulis mematuhi peraturan linguistik iaitu menteri besar dan tuanku ialah kata nama am. Pada ayat no. 2, 4, dan 5, penulis mematuhi peraturan sosiolinguistik iaitu mengutamakan kedudukan sosial jawatan dan penyandangnya.   Ejaan22.04.2011
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beradab