Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Tuan, Bagaimanakah cara yang betul penulisan bagi singkatan Yang Amat Berbahagia, Yang Berbahagia, Yang Berusaha, dan lain lain sebelum gelaran dan nama seseorang? Terima kasih.Singkatan bagi sapaan Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat, Yang Berbahagia dan Yang Amat Berbahagia ialah YB, YAB, YBhg. dan YABhg., walau bagaimanapun Yang Berusaha dan lain-lain seperti Yang Dihormati lazimnya dieja penuh.Tatabahasa06.06.2012
1. Mohon jelaskan ketepatan penggunaan kata sapaan Yang Berbahagia dalam konteks di bawah? a. Yang Berbahagia Tuan Hj. Raduan Pegawai Pendidikan Daerah Semporna. (Ketua/ Yang Kanan di Pejabat Pendidikan Daerah Semporna dan daerah) b. Yang Berbahagia Tuan Hj. Ahmad Salleh, Guru Besar SK Pekan Semporna. (Ketua/ Yang kanan di sekolah) 2. Mohon dijelaskan tentang kata sapaan Yang Berbahagia... ini. 3. Mohon dijelaskan tanda baca jawatan Guru Besar, adakah ditulis huruf besar, atau huruf kecil. Bila agaknya ditulis huruf besar. Terima kasih atas perhatian. ABDUL NASIR HJ. PAISAL 01983386551.Penggunaan rujukan hormat "Yang Berbahagia" dan "Yang Berusaha" tertakluk kepada posisi seseorang individu dalam sesuatu majlis.

"Yang Berbahagia" digunakan untuk:
  1. Tetamu kehormat yang paling tinggi (dari luar atau dalam)
  2. Individu (bukan ahli politik) yang dianugerahkan gelaran kehormat seperti Tan Sri/Puan Sri, Dato' Seri /Datin Seri, Dato'/Datin dsb.

Manakala "Yang Berusaha" digunakan untuk individu yang  memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan.


2. Jika digunakan secara umum, ejaan menggunakan huruf kecil. Misalnya, Hadiah itu disampaikan oleh guru besar. Manakala ' Guru Besar' digunakan merujuk kata nama khas seperti Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Maluri perlu menggunakan huruf besar.

Tatabahasa13.11.2013
Saya ingin bertanya penggunaan 'salutation' dalam majlis rasmi. Antaranya : Siapa yang layak dipanggil sebagai Yang Berusaha, Yang Amat Berusaha, Yang Berbahagia, Yang Amat Berbahagia.Sapaan untuk 'Yang Berusaha' biasanya kepada pihak yang menganjurkan majlis; 'Yang Amat Berusaha' untuk pegawai tinggi kerajaan tingkatan kanan, misalnya dari Jusa C ke atas; 'Yang Berbahagia' kepada seseorang  yang menerima gelaran kehormat seperti Tan Sri / Puan Sri dan  Datuk / Dato' / Datin; 'Yang Amat Berbahagia' kepada Tun / Toh Puan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku protokol.Lain-lain22.10.2009
Salam, Adakah panggilan sapaan yang sesuai bagi pegawai yang memiliki ijazah doktor falsafah ialah Yang Berbahagia? Contohnya, Yang Berbahagia Dr. Ahmad bin Salleh atau cukup sekadar Dr. Ahmad bin Salleh?Sapaan yang lazim digunakan ialah tuan, walau bagaimanpun terdapat penggunaan sapaan YBhg. Dr. dalam amalan seharian lebih-lebih lagi jika penerimanya seorang yang berjawatan seperti Ketua Pengarah.Lain-lain18.09.2011
Salam. Saya ingin mendapat kepastian penggunaan Yang berbahagia dalam ucapan majlis rasmi. Siapakah yang layak untuk panggilan tersebut.Hal ini kerana, saya mendapati perkataan Yang Berbahagia diguna pakai untuk semua orang.Kalau di sekolah ditujukan kepada pengetua, penolong kanan dan sesiapa saja.Harap maklum dan terima kasih.

Ungkapan 'Yang Berbahagia'  dalam sesuatu majlis digunakan untuk:

1. Tetamu Kehormat yang paling tinggi. (Dari luar atau dalam)

2. Individu (bukan ahli politik) yang dianugerahkan gelaran kehormat seperti Dato'/Datin, Dato' Seri/Datin Seri, Tan Sri/Puan Sri dsb.

Sekiranya sesuatu majlis itu dihadiri oleh tetamu kehormat dari luar, dan sekolah bertindak sebagai penganjur, maka ungkapan yang sesuai untuk Pengetua Sekolah pada ketika itu ialah 'Yang Berusaha'.

Penggunaan ungkapan 'Yang Berbahagia' ini tidak tertakluk kepada individu tetapi kepada posisi seseorang individu dalam sesuatu majlis.

 

Lain-lain01.04.2009
Yang Berbahagia, Yang Berhormat, Yang Amat BerhormatYBhg.; YB; YABEjaan19.05.2009
Yang Berbahagia dieja YBhg...bagaimana dengan singkatan Yang Berusaha?Tiada singkatan untuk Yang Berusaha.Tatabahasa26.03.2009
Sekiranya majlis perasmian program di sekolah, kata-kata aluan untuk pengetua ialah yg berbahagia @ yg berusaha? Guru2 kanan pula sebagai yg berusaha @ yg dihormati?

Penggunaan rujukan hormat "Yang Berbahagia" dan "Yang Berusaha" tertakluk kepada posisi seseorang individu dalam sesuatu majlis.

"Yang Berbahagia" digunakan untuk:

  1. Tetamu kehormat yang paling tinggi (dari luar atau dalam)
  2. Individu (bukan ahli politik) yang dianugerahkan gelaran kehormat seperti Tan Sri/Puan Sri, Dato' Seri /Datin Seri, Dato'/Datin dsb.

Manakala "Yang Berusaha" digunakan untuk individu yang  memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan.


Seterusnya "Yang Dihormati"  digunakan kepada orang-orang yang dihormati seperti guru, ketua kampung, penghulu, pemimpin kecil parti dan sebagainya.

Tatabahasa16.03.2013
Apakah panggilan hormat bagi bekas Perdana Menteri Malaysia,__Tun.... atau __Mantan Perdana Menteri, yang mana patut digunakan dahulu? Terima kasih.Panggilan hormat untuk bekas Perdana Menteri ialah Yang Amat Berbahagia seperti Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Ahmad Badawi.Penyemakan dan penterjemahan07.05.2012
Assalam! saya ingin tahu apakah rujukan kehormat yang sesuai untuk Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri? Adakah Yang Berbahagia atau Yang Berusaha? sekian terima kasih.

Penggunaan rujukan hormat "Yang Berbahagia" dan "Yang Berusaha" tertakluk kepada posisi seseorang individu dalam sesuatu majlis.

"Yang Berbahagia" digunakan untuk:

  1. Tetamu kehormat yang paling tinggi (dari luar atau dalam)
  2. Individu (bukan ahli politik) yang dianugerahkan gelaran kehormat seperti Tan Sri/Puan Sri, Dato' Seri /Datin Seri, Dato'/Datin dsb.

Manakala "Yang Berusaha" digunakan untuk individu yang  memain peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan.

 

Lain-lain09.03.2011
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbahagia