Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
`prasekolah` akan dieja secara bercantum kerana `sekolah` ialah kata nama am. Yang manakah ejaan betul untuk perkataan di bawah ? `PraOUM` , `Pra-OUM` atau...Ejaan yang betul ialah prasekolah dan PraOUM. Harap maklum.Ejaan03.08.2008
suka cita, duka citaDieja bercantum sukacita, dukacitaEjaan17.07.2008
Berapakah bilangan sebenar kata majmuk yang dieja bercantum dan apakah perkataan tersebut?Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, kata majmuk dieja dua perkataan kecuali yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama dan beritahu.Tatabahasa17.10.2013
Mendapatkan senarai kata majmuk yang dieja terpisah (dua perkataan) dan bercantum (dua perkataan) yang terkiniTerdapat lima belas kata majmuk yang telah mantap, suruhanjaya, setiausaha, olahraga, warganegara, antarabangsa, tanggungjawab, kakitangan, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, tandatangan, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.Tatabahasa11.11.2008
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan imbuhan "di".Adakah penggunaan imbuhan "di" perlu dieja bercantum seperti "dilabel" atau perlu dipisahkan "di label".Di sini, saya inginkan kepastian bagi penggunaan imbuhan "di" yang betol dan tepat.

Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat ditulis terpisah daripada kata nama frasa nama itu, contohnya; di sekolah, di dalam hutan, di antara negeri Johor dengan Singapura. Manakala "di" digunakan di hadapan kata kerja ditulis bersambung dengan kata kerja tersebut, contohnya: dibuat, diperhatikan, dimakan, dilabel. 

Tatabahasa12.06.2010
Terima kasih atas jawapan yang diberikan sebelum ini. Mengapakah kata`pun` dieja secara bercantum dengan perkataan sebelumnya dan dieja terpisah untuk perkataan lain pula. contohnya: belum pun, adapun, biapun dan sebagainya.Ada dua cara menulis partikel pun. Partikel pun yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya. Contoh: apa pun;telah pun. Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, iaitu adapun,andaipun,biarpun,kendatipun,mahupun,sekalipun,walaupun,ataupun,bagaimanapun, kalaupun,lagipun,meskipun dan sungguhpun. Ejaan24.07.2008
Salam, yang manakah betul "pramerdeka" atau "pra merdeka"?Yang betul ialah pramerdeka kerana perkataan "pra" merupakan imbuhan asing dan hendaklah ditulis bercantum.Tatabahasa27.04.2012
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang kekeriluan penggunaan perkataan padamu perlu dijarakkan atau tidak?Kata ganti nama singkat 'mu' dan'ku' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Contoh Padamu, untukmu, milikku dan kuharapkan.Ejaan27.03.2007
Tolong jelaskan cara pengejaan klitik "kau". adakah semua klitik 'kau' dieja rapat dengan perkataan yang mengikutinyaKata ganti nama singkat 'kau' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Misalnya kauterima.Lain-lain23.02.2010
Setemku atau Setem ku.

Saudara Fan,

Kata ganti nama singkat 'ku' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Contohnya milikku dan kuharapkan. Oleh itu, yang betul ialah Setemku

Tatabahasa06.10.2012
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercantum

Puisi
 

Pokok sena dahan bercantum,
     Tempat bersarang burung tekukur;
Kalau bunga bukan sekuntum,
     Kumbang juga bukan seekor.



Lihat selanjutnya...