Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gan.ti] | برݢنتي

Definisi : bertukar, berubah, beralih menjadi; ~ nama bertukar namanya; ~ pakaian bertukar pakaian; hari (minggu, bulan, tahun) ~ hari (minggu, bulan, tahun) selepas hari dll ini hari dll kemudiannya pula; satu ~ satu satu demi satu bertukar, bergiliran; silih ~ = saling ~ = ganti-~ bergilir-gilir atau bertukar-tukar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gan.ti] | برݢنتي

Definisi : 1 berubah menjadi lain; bertukar kpd yg lain: Cuaca yg terang ~ kelam. 2 bertukar dgn yg lain: Bajunya yg bertampal-tampal itu tidak pernah ~. ~ nama berubah namanya. ~ tikar berkahwin dgn kakak atau dgn adik isteri yg telah meninggal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berganti

Puisi
 

Pecah takar berganti takar,
     Tempat minum si burung nuri;
Bisa ular tidakkan tawar,
     Walau menyorok di akar berduri.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Habis kapak berganti beliung.

Bermaksud :

Sangat rajin bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(18)