Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
MAKSUB BADAN BERKANUN DALAM BAHASA MALAYSIA DAN BAGAIMANA HENDAK TULIS BADAN BERKANUN DALAM BAHASA INGGERISBadan Berkanun ialah badan yg ditubuhkan, dibenarkan dsb mengikut statut atau undang-undang tertentu. Dalam bahasa Inggeris Badan Berkanun ditulis sebagai Statutory Body. T.kasih.Lain-lain11.09.2008
Saya ingin memohon semakan kata nama am dan khas daripada pihak DBP merujuk kepada perkataan-perkataan yang dilampirkan di bawah; 1. Perbadanan Awam atau perbadanan awam? 2. Badan Berkanun atau badan berkanun? 3. kategori kata nama bagi 'Suruhanjaya', 'kerajaan', 'pihak berkuasa' 4. Bumiputera Sabah atau bumiputera Sabah? 5. agensi separuh kerajaan atau Agensi Separuh Kerajaan? 6. 'Terdapat 2 jenis jabatan...' atau 'Terdapat dua jenis jabatan...' Terima Kasih.Ejaan yang betul ialah perbadanan awam, badan berkanun, suruhanjaya, kerajaan, pihak berkuasa, bumiputera Sabah, agensi separuh kerajaan dan jabatan.Tatabahasa01.12.2014
apakah yang dimaksudkan dengan badan berkanun. adakah maksud secara literal ataupun konseptual mengikut persepsi masa kini?

Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, badan berkanun ialah jabatan kerajaan yang dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan salah satu contoh badan berkanun.   

Makna26.12.2009
Badan berkanun apa yang tidak diwajibkan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ?Semua agensi kerajaan termasuk badan berkanun wajib menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, tiada yang terkecuali dalam hal melaksanakan peruntukan Perkara 52, Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam situasi rasmi, yakni dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, dan sebagainya.Lain-lain25.09.2014
Kepada pegawai yang berkenaan, Apakah terjemahan sesuai untuk perkataan "Chartered" untuk yang berikut: 1) Chartered Institute of Islamic Finance Professionals (sebuah institusi profesional) - Yang mana di antara "Berpiagam" dan "Berkanun" lebih sesuai? 2) Chartered Professional in Islamic Finance (individu profesional dalam kewangan Islam) - Yang mana di antara "Bertauliah" dan "Berkanun" lebih sesuai? Terima kasih.

Merujuk Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan, chartered diberikan padanan berkanun atau berpiagam, iaitu chartered company diberikan padanan syarikat berpiagam/syarikat berkanun. Tuan boleh menyemak semula frasa dalam bahasa Inggeris Chartered Institute of Islamic Finance Professionals kerana agak data kami menunjukkan kata Professionals  merujuk pada orang yang profesional. Bagi frasa yang tuan kemukakan kami mencadangkan padanan Institut Profesional Kewangan Islam Berkanun. Begitu juga, kami mohon tuan menyemak frasa Chartered Professional in Islamic Finance. Kami mencadangkan Profesional Kewangan Islam Bertauliah, namun dari segi makna frasa ini tidak merujuk pada individu seperti maksud yang tuan maklumkan.

 

Istilah23.01.2015
Urusan surat menyurat didalam sektor awam haruslah dibuat di dalam bahasa melayu. Bagaimana pula dengan badan-badan berkanun, Suruhanjaya dan syarikat-syarikat kerajaan. Adakah semua urusan harus dibuat di dalam bahasa melayu juga.Surat-menyurat dalam sektor awam dan badan berkanun, suruhanjaya dan syarikat-syarikat kerajaan hendaklah menggunakan bahasa Melayu. Ini bersesuaian dengan Pekeliling Bilngan 1/2006 - Penggunaan bahasa kebangsaan Dalam Urusan Rasmi.Lain-lain11.05.2007
Yayasan Sabah adalah sebuah agensi badan berkanun negeri yang mempunyai pengalaman luas dalam pembangunan modal insan khususnya dari aspek penajaan dan pembelajaran dan pembangunan luar bandar dalam memajukan sosioekonomi dan budaya rakyat. Dua aspek ini menjadi fokus Yayasan Sabah dalam memajukan rakyat di Negeri Sabah, seperti yang telah digariskan di dalam HalaTuju dan Rangka Tindakan Koridor Pembangunan Sabah.Soalan tidak difahami. Sila jelaskan dengan lebih lanjut.Lain-lain13.02.2016
Salam. Saya ingin mendapat kepastian penggunaan perkataan "Chartered" di dalam bahasa. Adakah berkanun atau bertauliah? Untuk makluman, syarikat saya merupakan salah satu badan profesional dan baru menukar nama kepada "Chartered Tax Institute of Malaysia". Oleh itu, saya berharap maklum balas dari pihak Dewan Bahasa, apakah nama yang sesuai untuk syarikat di dalam bahasa?Sekian, terima kasih.

Saudara Emma,

Cadangan bahasa Melayu bagi nama tersebut ialah Institut Cukai Bertauliah Malaysia.

Istilah09.07.2009
Apa maksud DBP

DBP. Dewan Bahasa dan Pustaka.  Sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekiranya saudara memerlukan maklumat berkaitan DBP sila layari laman web kami di http://www.dbp.gov.my

 

Lain-lain26.01.2008
maksud perbadanan kerajaanPerbadanan kerajaan ialah jabatan kerajaan yang ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun.Lain-lain21.04.2010
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkanun