Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam. Harap pihak tuan/puan dapat mengesahkan pengejaan perkataan di bawah: - BUDIBICARA / BUDI BICARA - BERTANGGUNGJAWAB / BERTANGGUNG JAWAB - WARGANEGARA / WARGA NEGARA - TATASUSILA / TATA SUSILA - BERPUASHATI / BERPUAS HATI Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul : budi bicara; bertanggungjawab; warganegara; tatasusila; berpuas hati.Ejaan13.11.2009
saya masih tidak berpuas hati mengenai jawapan yang di berikan berkaitan soalan saya yang bertarikh 1/04/2010. Adakah pihak dbp membuat perubahan terhadap penggunaan tanda baca koma dalam menghuraikan sesuatu perkara?. contohnya:warna na kegemaran saya ialah biru, merah, kuning dan hitam. saya mendapat jawapan seperti berikut: di rumah saya terdapat kerusi, meja katil dan almari. Jawapan tersebut ternyata jauh berbeza dari yang saya pelajari di sekolah. sila jelaskan.

Saudara Shahfizan,

Bagi penyenaraian yang setara atau sama tanda koma tidak digunakan sebelum kata sendi nama dan. Contoh: Warna biru, merah, kuning dan hitam. Saudara boleh merujuk buku Gaya Dewan untuk keterangan lanjut.    

Tatabahasa10.04.2010
Maaf, saya masih belum berpuas hati sebab saya temui penggunaan perkataan gambarajah satu perkataan dalam portal DPB (seperti dilampirkan). Adakah boleh digunakan pada hal-hal @ situasi tertentu. Jika boleh, bila?

Ejaan yang betul ialah gambar rajah. Untuk pengetahuan saudara, ejaan gambar rajah dalam portal DBP seperti yang dilampirkan ialah istilah lama dan pada ketika itu ejaan gambar rajah dieja rapat. Setelah sistem ejaan baru diperkenalkan, ejaan yang betulnya ialah dua patah perkataan.

Istilah12.12.2008
makna kepuasan hatiMenurut Kamus Dewan maksud

berpuas; ~ hati berasa puas (kenyang, lega, senang, dll);

memuaskan 1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hingga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~;

Sdr juga boleh  mendapatkan kemudahan menggunakan Kamus Dewan secara digital dengan melayari laman DBP.

Lain-lain04.03.2008
Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan. Walau bagaimanapun, saya masih tidak berpuas hati dengan jawapan itu kerana tiada alasan kukuh. Bolehkah pihak DBP memberikan alasan atau sebab kenapa ayat ini betul. 1. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya dilibas kipas kerana berdiri di atas meja. a) Kenapakah perkataan 'dilibas' betul sedangkan kipas siling itu sedang berputar dan ia benda yang tidak hidup. Kalau manusia atau benda hidup barangkali betul sebab 'pelaku' kepada perbuatan itu. b) Jika penggunaan istilah 'libas' itu betul mungkinkah penggunaan istilah 'libasan' atau 'terlibas' lebih sesuai? Mohon penjelasan. Terima kasih :-)Pendapat tuan boleh diterima kerana dilibas bermakna pelaku melakukan perbuatan melibas. Perkataan lain yang boleh digunakan untuk menggantikan dilibas ialah frasa terkena libasan kipas. 

Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya terkena libasan kipas angin kerana berdiri di atas meja.
Tatabahasa21.07.2013
Adakah ayat ini betul. 1. Tetamu jemputan yang menghadiri majlis itu berasa amat berpuas hati. 2. Banyak orang datang berkunjung ke pameran seni itu. 3. Buku rujukan itu mendapat sambutan hangat kerana ditulis dalam dwibahasa.Ketiga-tiga ayat di atsa adalah betul.
Sekian, terima kasih.
Tatabahasa19.08.2013
Terima kasih kerana memberikan jawapan yang cepat untuk soalan saya sebelum ini. Saya amat berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Berikut ialah soalan-soalan baru daripada saya. Sekali lagi, saya mohon maaf kerana ketika ini saya sebarang buku yang boleh dijadikan rujukan. Sila ambil masa yang yang perlu kerana saya tidaklah tergesa-gesa.

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan kingdom ialah kerajaan, alam atau dunia. Penggunaan padanan ini bergantung pada maksud atau konteks penggunaannya. Bagi menjawab soalan saudara tentang penggunaan perkataan ini bagi  negara Rusia dan Jerman saudara boleh  membuat rujukan dalam buku atau makalah tentang  sejarah negara-negara tersebut untuk mendapatkan istilah sebenar yang digunakan. Tentang ejaan nama-nama tempat di luar negara hanya nama yang sudah biasa digunakan dieja dalam bahasa Melayu seperti Jepun, Rusia, Perancis. Selain itu tetap dieja seperti ejaan dalam bahasa Inggeris. Saudara boleh merujuk pihak Wisma Putra untuk maklumat lanjut.

Kata ganti nama ia boleh digunakan. Perkataan Perdana Menteri tidak menjadi menteri perdana kerana penggunaan ini merupakan kecualian peraturan D-M. iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama pada nama-nama jawatan. Contoh lain ialah timbalan menteri, naib presiden, ibu pejabat  dan pembantu penyelidik.       

Lain-lain04.07.2008
perkataan tidak puas hati/ berpuashati. Adakah jarak atau rapat?

Ejaan yang betulnya  berpuas hati. Harap maklum.

Ejaan11.02.2008
i compensate my customer in some way if they are dissetiffied of my serviceJika pelanggan tidak berpuas hati dengan....maka saya akan memberi ganti rugi/menggantikan .....Penyemakan dan penterjemahan19.03.2012
Salam. Saya ingin bertanya, manakah satu yang betul bandaraya @ bandar raya ? Jika, bandaraya itu ejaannya betul, saya agak tidak berpuas hati kerana raya melambangkan sesuatu yang besar atau lambang kemegahan, contohnya Hari Raya, kota raya, bunga raya. Saya telah mencari dibahagian Lembar kata, tetapi ejaan bandar raya tidak ditemui. Terima kasih. Pencinta Bahasa Melayu.Perkataan bandar raya dieja sebagai dua perkataan. Perkataan ini merupakan kata majmuk yang berbentuk rangkai kata umum. Ejaan20.04.2009
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpuas