Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
INGIN MENGETAHUI SAMA ADA PERKATAAN YANG BETUL BAGI LAGENDA. LAGENDA ATAU LEGENDA?Ejaan yang betul ialah legenda iaitu cerita dongeng yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang bersejarah.Tatabahasa14.10.2013
Maksud penggunaan bagi kata ejaan LAGENDA atau LEGENDA..mana satu yang adalah lebih tepat kepenggunaannya untuk diguna pakai?Ejaan yang betul ialah legenda iaitu cerita dongeng yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang bersejarah.Ejaan13.01.2010
Assalamualaikum, saya ingin mendapatkan penjelasan dari DBP tentang tiga perkara yang bersangkutan dengan sebutan / bahasa baku. Pertama, apakah yang dimaksudkan dengan baku sebenarnya dalam kontek bahasa? Kedua, sejauh manakah penggunaan sebutan / bahasa baku dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia? Ketiga, apakah pendirian rasmi Kerajaan Malaysia dalam isu baku ini kerana terdapat banyak keputusan / tindakan yang bercanggah dan tidak konsisten yang mengelirukan pengguna / rakyat dewasa ini. Justeru, pandangan muktamad serta pendirian DBP amat diharapkan dan sekiranya terdapat langkah atau usaha ke arah menguatkuasakannya semula, pohon diberi penjelasan juga. Terima kasih.

Bahasa baku bermaksud sistem bahasa yang digunakan seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sejauh manakah penggunaan bahasa baku dalam kehidupan rakyat Malaysia dan pendirian kerajaan Malaysia berhubung hal ini, sila rujuk buku-buku berkenaan, makalah atau pusat rujukan  berkaitan.

Lain-lain29.07.2010
Salam, saya ingin meminta pencerahan tentang perkataan 'riak'. 'Riak' mempunyai banyak maksud. Namun, saya keliru untuk mengambil makna yang mana satu di antara banyak makna tersebut. Saya lihat hampir kesemua maknanya bersangkutan dengan gerakan/reaksi/tindak balas sesuatu. Tiada satu pun yang merujuk perasaan diri. 'Riak' yang saya maksudkan ialah sifat yang angkuh, sombong, bongkak dan bangga diri. Sekian, terima kasih.Wa alaikumussalam.  Riak yang puan maksudkan itu ialah perkataan riyak yang berasal daripada bahasa Arab.  Sila lihat maksud riyak dalam Kamus Dewan Edisi Keempat hlm. 1337.Makna11.09.2014
1. Salam. Bagaimana cara bagi menentukan penggunaan di dalam dan dalam? 2. Mengapakah 'dalam kalangan' diguna-pakai? 3. Pun - kedudukannya rapat atau jarak - ataupun / atau pun 4. Adakah bahan terbitan seperti 'pamphlet' untuk dirujuk bersangkutan dengan tatabahasa terkini bahasa Melayu. Terima Kasih.

Puan Norhayati,

Kita menggunakan dalam kalangan kerana di hanya merujuk tempat dan masa. Manakala ataupun dieja sebagai satu perkataan. Bahan rujukan yang paling baik ialah buku tatabahasa Dewan. Mengenai bahan rujukan lain ia memang boleh didapati di bahagian Promosi dan Pengiktirafan di Dewan Bahasa dan Pustaka

Tatabahasa16.08.2010
APAKAH MAKSUD INTERGERITI , KOMITED , SIASAH MENGIKUT KAMUS DEWAN1. ejaan sebenar ialah integriti - kejujuran: mencemarkan nama baik - keadaan sempurna dan utuh. 2.komited - mempunyai atau menunjukkan komitmen (terhadap sesuatu) 3. siasah - pengetahuan yang bersangkutan dengan hal-hal kenegaraan atau pemerintahanMakna01.08.2007
yang mana yang betul. sehubungan dengan itu atau sehubungan itu?Sehubungan itu - Sehubungan bermaksud berkaitan dengan atau bersangkutan dengan.
Sehubungan dengan itu bermaksud sama dengan itu.
Oleh yang demikian, frasa sehubungan itu dan sehubungan dengan itu, kedua-duanya adalah betul.
Walau bagaimanapun, frasa yang lebih tepat antara kedua-duanya ialah sehubungan dengan itu, kerana merujuk perkataan berhubung dengan itu...perlu ada dengan.
Tatabahasa11.09.2012
Penggunaan frasa sehubungan itu atau sehubungan dengan itu, mana yang betul?Sehubungan itu - Sehubungan bermaksud berkaitan dengan atau bersangkutan dengan. Sehubungan dengan itu bermaksud sama dengan itu. Oleh yang demikian, frasa sehubungan itu dan sehubungan dengan itu, kedua-duanya adalah betul. Walau bagaimanapun, frasa yang lebih tepat antara kedua-duanya ialah sehubungan dengan itu, kerana merujuk perkataan berhubung dengan itu...perlu ada dengan.Tatabahasa09.06.2013
Yang mana betul berfungsi sebagai penanda wacana: i. Sehubungan dengan itu... atau ii. Sehubungan itu... Mohon penjelasan.Sehubungan itu - Sehubungan bermaksud berkaitan dengan atau bersangkutan dengan. Sehubungan dengan itu bermaksud sama dengan itu. Oleh yang demikian, frasa sehubungan itu dan sehubungan dengan itu, kedua-duanya adalah betul. Walau bagaimanapun, frasa yang lebih tepat antara kedua-duanya ialah sehubungan dengan itu, kerana merujuk perkataan berhubung dengan itu...perlu ada dengan.Tatabahasa30.07.2012
(1)sehubungan itu (2) sehubungan dengan itu Minta tuan Munsyi menjelaskan frasa 1 atau 2 yang betul dan mengapa?Tk.Untuk makluman:

Sehubungan itu - Sehubungan bermaksud berkaitan dengan atau bersangkutan dengan.
Sehubungan dengan itu bermaksud sama dengan itu. Oleh yang demikian, frasa sehubungan itu dan sehubungan dengan itu, kedua-duanya adalah betul. Walau bagaimanapun, frasa yang lebih tepat antara kedua-duanya ialah sehubungan dengan itu, kerana merujuk perkataan berhubung dengan itu...perlu ada dengan.
Tatabahasa07.04.2016