| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Adakah ng dalam perkataan "menghulurkan" ialah digraf? | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy, dan contoh yang tuan berikan ialah digraf. | Tatabahasa | 01.03.2013 |
| Adakah "ng" dalam perkataan berikut merupakan digraf? -mengumpulkan -menggali -dengan | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi (seperti ng, ny, sy), dwihuruf, dwilambang, huruf rangkap. Contoh yang diberikan merupakan digraf. | Tatabahasa | 22.04.2013 |
| "apakah perbezaan antara digraf dengan konsonan bergabung?" | Digraf sama dengan konsonan bergabung, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi (seperti ng, ny, sy), atau disebut juga dwihuruf, dwilambang dan huruf rangkap. | Lain-lain | 26.02.2013 |
| perkataan yang mengandungi 'ng' , 'ny' dan 'sy' dikenali sebagai digraf / diagraf | Jawapannya ialah digraf. Maksudnya ialah dua huruf berturut-turut yg mewakili satu bunyi (spt ng, ny, sy), dwihuruf, dwilambang, huruf rangkap. Terima kasih. | Makna | 13.11.2007 |
| Salam. Sila terangkan perbezaan antara digraf dengan konsonan bergabung. Terima kasih. | Digraf sama dengan konsonan bergabung, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi (seperti ng, ny, sy), atau disebut juga dwihuruf, dwilambang dan huruf rangkap. | Tatabahasa | 30.01.2013 |
| Apakah yang dimaksudkan denagn 'digraf' dan 'diftong'? Harap tuan dapat berikan contoh perkataan. Terima kasih. | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi (seperti ng, ny, sy), atau disebut juga dwihuruf, dwilambang dan huruf rangkap; manakala diftong ialah dua huruf vokal spt ai, au, dan oi yang menghasilkan bunyi berangkap dan puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama (seperti pantai, pulau dan amboi). | Tatabahasa | 17.03.2010 |
| Apakah perbezaan antara digraf dengan konsonan bergabung? Sila berikan contoh. Terima kasih. | Digraf sama dengan konsonan bergabung, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi (seperti ng, ny, sy), atau disebut juga dwihuruf, dwilambang dan huruf rangkap. | Tatabahasa | 13.01.2013 |
| apakah perbezaan antara digraf dengan konsonan berganding.sila jelaskan bersama-sama contoh | Digraf sama dengan konsonan berganding, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy, atau disebut juga dwihuruf, dwilambang dan huruf rangkap. | Tatabahasa | 12.09.2011 |
| Salam sejahtera. [kr] dalam perkataan rekreasi ialah digraf atau konsonan bergabung? Terima kasih. | Digraf sama dengan konsonan bergabung, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy, atau disebut juga dwihuruf, dwilambang dan huruf rangkap. kr dalam dalam perkataan rekreasi ialah digraf. Kami akan memaklumkan semula kepada saudara kerana terdapat beberapa kekeliruan telah timbul mengenai digraf dan konsonan beragbung. | Tatabahasa | 22.04.2013 |
| Salam sejahtera. Apakah perbezaan penggunaan " kemudian" dengan "lalu"? Terima kasih. | Kata lalu/kemudian digunakan apabila menggabung dua perkara atau perbuatan yang berlaku berturut-turut. Penggunaan kata hubung tersebut sama. | Tatabahasa | 18.02.2013 |
|
|