Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tu.rut.tu.rut] | برتوروت-توروت

Definisi : 1. tidak berantara antara satu dgn lain, lepas satu-satu, terus-menerus dgn teratur (tidak berselang), tidak berhentinya, beruntun-runtun, bersam-bung-sambung: beliau telah kalah dlm tiga pilihan raya kecil kpd parti lawannya secara ~; 2. terus melakukan sesuatu dgn tiada henti-nya, bertubi-tubi, berulang-ulang: maka meriam pun sudahlah diisi, lalu ditembaknya tiga pucuk ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tu.rut.tu.rut] | برتوروت-توروت

Definisi : 1 lepas satu, satu; terus-menerus dgn teratur; tidak berselang antara satu dgn yg lain: Pasukan itu telah kalah tiga kali ~. 2 terus melakukan sesuatu dgn tidak henti-henti; ber­ulang-ulang: Ia menembak musuh ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Terjatuh dihimpit janjang.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula).

 

Lihat selanjutnya...(8)