Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Puisi ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
apakah ayat yang betul bagi ayat ini... jmat-jimat dengan harga borongAyat yang betul ilah berjimat cermat dengan harga borongTatabahasa15.01.2007
Apa maksud ketetapan? Ayat yang penuh ialah Ketetapan Umum Dipatuhi. Ia didapati di borong BE soalan A9. Terima kasihDalam konteks penggunaan tersebut, ia membawa maksud keputusan yang telah ditetapkan.Makna27.03.2005
Salam..tumpang tanya..apakah istilah dalam bahasa melayu bagi perkataan berikut 1. wholesale retail shop 2. Outlet mall 3. Wholesale city 4. Theme park resort Atau adakah perkataan lain yang sama erti dengan istilah tersebutCadangan terjemahan bagi perkataan tersebut adalah seperti yang berikut: 1. wholesale retail shop - kedai runcit borong 2. Outlet mall - pusat beli-belah terus dari kilang 3. Wholesale city - pusat barangan borong 4. Theme park resort - resort taman temaPenyemakan dan penterjemahan03.03.2014
Perbezaan penggunaan huruf 'u' dan 'o'Soalan yang dikemukakan tidak jelas.  Walau bagaimanapun, kami akan memberikan penerangan tentang penggunaan huruf vokal "u' dan "o" dalam sistem ejaan. Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal yang utama. Antaranya ialah u - u (untuk, tunduk, untung) dan o - o (obor, borong).  Untuk makluman terdapat kekecualian bagi perkataan yang dipinjam daripada bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris. Contohnya, u - o (bunglon, buron, kupon), o - u (bonus, forum). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk  buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi- Sebutan- Jawi) terbitan DBP.Ejaan29.10.2012
Assalamualaikum tuan/puan Kepada yang berkenaan, Saya merupakan seorang guru di SM Sains Sembrong, Kluang. Pada masa kini sekolah saya sedang berusaha menjayakan sebuah projek seperti yang dinyatakan. Projek ini meliputi usaha memupuk minat membaca di kalangan pelajar melalui peningkatan jumlah bahan bacaan berkualiti di pusat sumber sekolah kami. Untuk itu, kami sedang mengumpul dana melalui 'Derma Kilat Saham Akhirat' serta sumbangan-sumbangan dari NGO dan organisasi lain bagi membiayai usaha pembelian buku secara borong di pesta buku. Saya berharap agar pihak tuan dapat menghulurkan sumbangan (buku dan/atau wang) dan memberi kerjasama untuk menjayakan projek ini. Untuk maklumat lanjut, pihak tuan boleh hubungi saya di 01129440511. Saya juga boleh mengefaks kertas kerja projek ini sekiranya diperlukan pihak tuan. Yang benar, Shafika Ameera binti Salleh Setiausaha Projek 'Infusing Dynamic Readers' SM Sains Sembrong.Misi Dewan Bahasa dan Pustaka Meningkatkan penggunaan bahasa Melayu termasuklah dalam penamaan. Adakah nama projek ini memang dalam bahasa Inggeris atau ada dalam versi bahasa Melayunya tetapi tidak dinyatakan?  Berbalik kepada jawapan kepada pertanyaan puan, semua permohonan untuk pertimbangan boleh diajukan dengan menulis surat rasmi kepada Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau  menghubungi  talian 03-2147 9464.  Lain-lain13.04.2014
hendak tahu tentang pola keselarasan vokal

Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu:

1. a-a (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. 

Tatabahasa24.05.2010
MENGAPAKAH EJAAN BAHASA MELAYU DAHULU DAN SEKARANG BERBEZA.CONTOHNYA: KAMPONG (DULU) KAMPUNG (SEKARANG)

Perkataan kampung dieja berdasarkan sistem ejaan Rumi sekarang. Terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal, iaitu:

 1. a-a (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman.. 

Ejaan17.05.2010
Assalamualaikum... saya nak tanya tentang pola keselarasan vokal. terdapat 18 bentuk pola keselarasan vokal. Bolehkah tolong senaraikan kesemua pola keselarasan tersebut beserta dengan contohnya sekali. Sekian,terima kasih

1. a-u (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. 

Istilah07.04.2009
Pihak DBP yang dihormati, kuih ialah ejaan baharu bagi kueh. bolehkah saya mendapatkan penjelasan mengapakah ejaannya tidak seperti sebutannya iaitu 'kueh'? Terima kasih DBP

Ejaan kuih dieja mengikut sistem ejaan Rumi sekarang. Dalam sistem ejaan Rumi sekarang, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal yang utama seperti yang berikut:

 1. a-a (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman. 

Ejaan21.05.2010
penerangan mengenai pola keselarasan huruf vokal?

Antara kepentingan pola keselarasan vokal dalam bahasa Melayu ialah sebagai panduan untuk mengeja kata jati bahasa Melayu.

Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu:

1. a-u (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. 

Tatabahasa13.02.2010
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata borong

Puisi
 

Ada satu burung tiung,
     Turun ke kolam mandikan anak;
Bukankah baik beli borong,
     Timbang kati untung tak banyak.



Lihat selanjutnya...