Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
maksud Sistem pengangkutan awam yang cekap dari perspektif sosial, ekonomi dan perdagangan (business)Sistem pengangkutan awam yang cekap bermaksud sistem pengangkutan awam seperti bas, kereta api, komuter, teksi dan PUTRA yang mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik, mesra dan menepati masa. Dari segi sosial, sistem pengangkutan awam mampu memberi perkhidmatan bagi memenuhi keperluan masyarakat, manakala dari segi ekonomi dan perdagangan, sistem pengangkutan awam mampu menyediakan prasarana dalam jaringan pusat pertumbuhan ekonomi seperti kilang, pelabuhan, kewangan dan pasaran. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku-buku yang berkaitan.Makna11.08.2008
mohon untuk mendapatkan pernyataan yang mana lebih tepat Merealisasikan matlamat Dasar Warga Emas Negara untuk mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang kondusif ke arah kesejahteraan warga emas melalui penglibatan multisektoral sebagai persediaan menghadapi Negara Tua menjelang 2030. Merealisasikan matlamat Dasar Warga Emas Negara untuk mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang kondusif melalui penglibatan multisektoral ke arah kesejahteraan warga emas sebagai persediaan menghadapi Negara Tua menjelang 2030.Ayat pertama dengan sedikit pindaan "Merealisasikan matlamat Dasar Warga Emas Negara untuk mengupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang kondusif ke arah kesejahteraan warga emas melalui penglibatan multisektoral sebagai persediaan menghadapi status Negara Tua menjelang 2030".Tatabahasa18.01.2013
3. JOM JIMAT ELEKTRIK 8. ANDA JIMAAT TENAGA DI TEMPAT KERJA, ANDA JIMAT TENAGA DI RUMAH 9. ANDA CERMAT ANDA JIMAT 10. TENAGA CEKAP POKET SELAMAT 11. BAKAR KALORI & JIMAT ELEKTRIK. GUNALAH TANGGA 12. TUTUP PINTU & TINGKAP KETIKA PENGHAWA DINGIN DIGUNAKAN 13. TAHUKAN ANDA? LAMPU LED MEMBERI PENJIMATAN LEBIH 50% 14. TAHUKAN ANDA? BERAPA BACAAN LUX DI TEMPAT ANDA BEKERJA? 15. TAHUKAN ANDA? TARIF SEUNIT kWh WAKTU LUAR PUNCAK ADALAH HAMPIR 40%* LEBIH MURAH BERBANDING WAKTU PUNCAK 16. TAHUKAN ANDA? WAKTU PUNCAK: 8 PAGI - 10 MALAM* 17. CEKAP TENAGA POKET SELAMATSoalan yang dikemukan tidak jelas. Akan tetapi, jika untuk pengesahan iklan, tuan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Tuan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian visual tersebut akan disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh tuan gunakan: http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx

Lain-lain07.10.2016
integrity -makna kompeten -maknaintegriti - kejujuran, ketulusan kompeten - cekap, layak atau sempurnaMakna03.04.2007
"pantas , cepat dan laju " perkataan-perkataan tersebut ada perbezaaan? terima kasih.

Pantas: 

1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya;~ mulut pandai (bijak) bercakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri;

Cepat:

1. laju, deras, kencang, pantas (bkn gerakan, waktu, kejadian, dll): angkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya ertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke ekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan ebih dahulu; ~ marah lekas marah;~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki erlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak ifikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan;

Laju:

1. pantas (pergerakan dll), cepat: kapal belayar juga, makin lama makin ~; 2. cepatnya sesuatu gerakan (dlm ilmu fizik); ~ mula Id kecepatan gerakan yg mula-mula; ~ rambat Id kecepatan yg berjangkit;

Makna13.06.2009
SATU ISTILAH YANG MELAMBANGKAN PANTAS1. cepat,kencang,lekas 2. cekap,cekatan,mahir,tangkasMakna22.09.2008
makna perkataan PINTARMenurut Kamus Dewan Edisi ke-4, pintar bermaksud cekap, pandai, banyak akal dan cerdik.Makna20.02.2009
MAKNA KOMPETEN DAN MAKNA KOMITEDMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kompeten ialah cekap, layak, dapat menjalankan tugas dgn sempurna; 2. berhak (berkuasa) melakukan atau memutuskan sesuatu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Terima kasih.

 

Makna22.05.2008
Apakah objektif pengurusan Islam.Objektif pengurusan Islam ialah melahirkan sistem kerja berteraskan nilai-nilai Islam, menghindari salah laku dalam pengurusan yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam, membentuk petugas yang amanah dan cekap, telus dan adil. Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada pihak MAMPU, Jabatan Perdana Menteri.Makna17.10.2006
Adakah perkataan kondusif dalam slogan ini ini sesuai - SUMBER KONDUSIF ORGANISASI PRODUKTIF. Saya cuba menerangkan bahawa penggunaan sumber seperti air, elektrik, kertas dan lain-lain secara betul membolehkan organisasi menjalankan operasi seharian dengan lebih cekap dan berkesan.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud kondusif ialah sesuai, baik dan sebagainya untuk membantu mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu.Makna12.05.2016
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cekap