Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah MalaysiaBahasa Sukuan v2.0Daftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
ceruk I1. sudut (penjuru, pojok, pelosok) dlm bilik (rumah dll): duduk di ~ dapur; 2. lubang, liang, ruang (pd dinding, dlm tanah, dlm timbunan barang, dll), gua, celah, sela; ~ gunung lembah gunung; 3. lekuk (pd geladak kapal, jalan, dll); 4. teluk yg kecil; 5. penjuru atau sudut jalan, lorong (jalan kecil dll); di seluruh ~ rantau di merata tempat, di mana-­mana; ~-meruk bermacam-macam ceruk; menceruk 1. membuat ceruk dlm tanah; 2. masuk ke dlm (dekat) ceruk; ceruk-menceruk mencari ke semua ceruk; terceruk berada (duduk) di ceruk (penjuru); caruk II.Kamus Dewan Edisi Keempat
liku I1. selekoh (pd jalan, sungai, dll), kelok, siku: tiap ~ jalan diturut; 2. tempat terpencil, ceruk: segala ~ dan ceruk di hulu sungai itu diingatinya; segala ~ dan ceruk pedalaman; ~-~ hidup = ~-~ kehidupan dugaan dan kesengsaraan dlm hidup: perlunya Islam dijadikan sbg obor yg menerangi ~-~ kehidupan; berliku-liku berbelok-belok, berkelok-kelok, berselekoh-selekoh: di sebelah kiri jalan itu mengalir sebatang sungai yg ~ pula; melikukan menyebabkan menjadi liku: air yg deras mengalir, menyimpang, dan ~ sungai menjadi lurah.Kamus Dewan Edisi Keempat
ceruk rantaudi mana-mana saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ceruk rantauansegala pelosok (daerah);Kamus Dewan Edisi Keempat
ceruk IIKl sabit (penyabit); menceruk menyabit.Kamus Dewan Edisi Keempat
ceruk gununglembah gunung;Kamus Dewan Edisi Keempat
ceruk-merukbermacam-macam ceruk;Kamus Dewan Edisi Keempat
ceruk-mencerukmencari ke semua ceruk;Kamus Dewan Edisi Keempat
menceruk1. membuat ceruk dlm tanah; 2. masuk ke dlm (dekat) ceruk;Kamus Dewan Edisi Keempat
caruk II1. alur; 2. ceruk, teluk kecil; bercaruk berteluk, berceruk: pantainya yg ~; ®ceruk I.Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ceruk