Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.cu/] | چوچوق

Definisi : 1. sesuatu yg tajam yg digunakan utk menusuk dll (spt jarum, cuban, penyemat, dll); ~ hidung tali yg ditusukkan pd hidung lembu (kerbau dll), keluan; ~ rambut (sanggul) penyemat rambut, tusuk kondai; 2. penjodoh bilangan utk barang yg ditusuk dgn lidi (tali dll): sepuluh sen se~; enam belas ~ sate; 3. suntik (utk memasukkan ubat dll ke dlm badan): ia menggosok-gosok bekas kena ~; bercucuk; ~ ikan ark berderet rapat-rapat, bersesak-sesak; ~ tanam (tanah) bertani, bekerja menanam tumbuh-tumbuhan di sawah, ladang, dll; mencucuk 1. menusuk (dgn barang yg tajam spt peniti, lidi, pin, dll), menebuk, menikam (dgn keris, pisau, dll), mencacah (dgn jarum): ia masih ~ rojak dgn sebilah garpu; 2. melubangi atau mengeluani (hidung lembu, kerbau, dll); dicucuk orang hidung = spt kerbau dicucuk hidung prb menurut sahaja kemahuan orang (tidak mahu membantah); 3. menyuntik (utk memasukkan ubat dlm badan): utk mencegah penyakit taun, semua orang mesti dicucuk; 4. merangkai-rang­kaikan (menganggit) dgn cucuk (tusuk): ~ atap; 5. ki menghasut, mengacum, mengapi-apikan, menimbulkan kemarahan orang: dialah yg ~-orang itu hingga mereka bergaduh; 6. ki menusuk atau masuk ke dlm: bau nasi lemak yg ~ hidung; ~ hati ki a) menyakiti hati; b) memilukan hati; ~ mata a) mencolok mata; b) ki sangat nyata, tampak benar, mudah tampak; c) ki menyakiti hati, memberi malu; mencucuk-cucuk 1. mencucuk berulang kali: mereka akan ~ lengan mereka dgn anak batu sehingga luka; 2. berasa sakit spt dicucuk-cucuk dgn jarum, duri dsb: bisa di dadanya ~; berasa sakit yg ~; cucuk-mencucuk ki saling menghasut: hindarilah sifat-sifat yg keji dan jijik spt fitnah-memfitnah, ~, dengki-mendengki dsb drpd kehidupan kita; mencucukkan menusukkan, menembuskan, merangkaikan, menyematkan, dll: ~ anak mancis ke dlm cerut; tercucuk tertusuk, tertembus; ~ hidung (mata) prb Mn tertipu kerana kebodohan (spt membeli barang yg tidak elok dgn harga yg tinggi); cucukan hasil perbuatan mencucuk, tusukan; pencucuk 1. cucuk; 2. ki penghasut, pe­ngacum, batu api. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.cu/] | چوچوق

Definisi : Jw 1. paruh, patuk; 2. barisan (pasukan) yg terdepan: Patih Karma Wijaya berjalan dahulu menjadi ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.cu/] | چوچوق

Definisi : 1 sesuatu yg runcing tajam (spt jarum) utk menikam atau utk menyemat: ~ rambut (sanggul) penyemat rambut (sanggul) supaya tidak terurai. 2 penjodoh bilangan bagi barang yg ditusuk dgn lidi dsb: Sepuluh ~ sate pun sudah mengenyangkan. bercucuk sudah dicucuk. ~ tanam mengusahakan sawah, ladang dll; bertani. mencucuk 1 menusuk dgn benda tajam spt jarum dsb; menyemat (dgn peniti). 2 membuat lubang pd hidung kerbau, lembu dll; melubangi (hidung kerbau); menindik. 3 merangkai-rangkaikan (ikan dll) dgn cucuk. 4 menyuntik (utk memasukkan ubat ke dlm badan). mencucukkan menyematkan atau menikamkan sesuatu sbg cucuk: Beliau telah ~ pingat itu pd bajunya. pencucuk 1 cucuk. 2 ki orang yg suka menghasut atau mengacum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cucuk

Puisi
 

Mari tetak atap rumbia,
     Cucuk dia berlapis-lapis;
Bila jumpa bapa saya,
     Barulah dapat apa yang terpilih.


Lihat selanjutnya...(2)