Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Dekat tak tercapai, jauh tak berantara.

Takrif

Sesuatu yang kita inginkan tetapi tiada berdaya untuk mengambilnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk.

Takrif

Perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar.

Takrif

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan, d. Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan, e. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar, f. Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Nan dekat panggilan tiba, nan jauh kulangsing lepas.

Takrif

Adat panggil memanggil; yang dekat dipanggil dengan mulut, yang jauh-jauh dikirimi surat. kulangsing = sirih pemanggil.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hutan jauh diulangi, hutan dekat dikendana.

Takrif

Harta-benda (kaum keluarga) baik jauh ataupun dekat, hendaklah selalu dijaga. kendana = dijaga, diamat-amati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jauh bau bunga, dekat bau tahi (= kencing).

Takrif

Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rantau jauh diulangi, rantau dekat dikendana.

Takrif

Ketua yang selalu menjagai anak buahnya jauh dan dekat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dipandang dekat, dicapai tak boleh.

Takrif

Sesuatu yang kita inginkan tetapi tiada berdaya untuk mengambilnya. (Peribahasa lain yang sama: Dekat tak tercapai, jauh tak berantara).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam.

Takrif

Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Jauh bau bunga, dekat bau tahi [= kencing]).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor.

Takrif

Bercakap besar di belakang-belakang saja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dekat

Puisi
 

Duku dekat pohon melati,
     Banyaknya di bawah bunga bertabur;
Hatiku lekat mungkin ke mati,
     Rasa jiwa seumpama lebur.



Lihat selanjutnya...