Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Peribahasa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Assalamualaikum encik Dukacita dimaklumkan pada percubaan yang ke 7, kami masih gagal. Pihak DBP masih tegas menyuruh kami menukarkan nama studio kepada butik. Ini adalah penyertaan yang ke -8 beserta keterangan yang baru. "HAJUWA dipilih sebagai nama perniagaan kerana ianya adalah singkatan dan gabungan nama pemiliknya sendiri. Ianya juga dipilih kerana mudah disebut dan dieja, sekaligus memudahkan para pelanggan mengingati nama perniagaan kami. Untuk pengetahuan tuan/puan, kami menyediakan servis penyewaan studio bagi tujuan penggambaran. Dan pejabar urusan bagi menempatkan pekerja kami membuat kerja pemasaran, pengurusan studio dan sebagainya. Kami juga ingin menegaskan bahawa kami tidak membuat butik di situ. Kami harap penjelasan ini jelas untuk memberitahu bahawa perniagaan kami adalah menyediakan tempat untuk penggambaran (studio) sahaja. " Adakah masih memerlukan perubahan? Sila berikan nasihat bagi meluluskan permintaan kami kerana ianya sangat memakan masa. Terima Kasih.
Sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".
Lain-lain30.01.2017
saya hendak bertanya tentang ejaan sukacita dan dukacita. Adakah dua perkataan itu ditulis atau dieja secara rapat? Kalau tidak silap saya, hanya 15 perkataan sahaja yang ditulis secara rapat, seperti yang ada dalam buku Tatabahasa Dewan. Terima Kasih.. harap penjelasan.Ejaan yang betul ialah sukacita dan dukacita. Kedua-dua perkataan ini bukan kata majmuk yang secara lazimnya dieja bercantum.  Ejaan25.07.2011
Harap dapat penjelasan mengenai penggunaan 'sukacita' atau 'dukacita' di dalam penulisan surat. Yang mana betul "Sukacita dimaklumkan bahawa ...." atau "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa ...."

Encik Yahaya,

  • sukacita - senang hati, suka hati, kegembiraan, kegirangan: kanak-kanak yg pandai akan berasa ~; mereka dgn ~ mengambil peluang ini;
  • duka, susah (sedih) hati: pd wajah baginda kelihatan tanda-tanda yg menunjukkan baginda sedang dilamun ~; 2. = berdukacita berasa sedih atau susah hati, berduka: dia sangat ~ atas kematian tunangannya; turut (ikut) ~ sama (turut) bersedih;
  • Dengan sukacitanya / dukacitanya dimaklumkan bahawa ...."

    Tatabahasa04.03.2010
    suka cita, duka citaDieja bercantum sukacita, dukacitaEjaan17.07.2008
    Mohon buat semakan tatabahasa ke atas Tesis yang saya lampirkan.Dukacita dimaklumkan bahawa pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen yang melebihi 3 halaman.Lain-lain17.05.2016
    Apakah makna balasungkawa?Ejaan yang tepat ialah BELASUNGKAWA bukan balasungkawa. Belasungkawa berasal daripada kata Jawa yang bermaksud turut berasa dukacita atau takziahEjaan09.08.2006
    Dalam nilai murni, apakah perbezaan antara prihatin dengan mengambil berat?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, prihatin bermaksud 1. mengambil berat, perhatian terhadap sesuatu perkara 2. (Jawa) ber­dukacita atau kecewa yang amat sangat (kerana gagal usaha, menghadapi kesusahan, dll), rasa sedih yang amat sangat 3. berusaha (berikhtiar) dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat se­suatu yang dicita-citakan. Mengambil berat bermaksud memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa (kepada atau terhadap sesuatu atau seseorang). Untuk makluman, DBP tidak mempunyai maklumat tentang perbezaan antara kedua-dau perkataan ini dalam nilai murni.Makna09.02.2014
    makna bagi pelihara,butir butir halus dan lembut dan kecewaPelihara ialah membela, menjaga, merawat. Butir-butir halus dan lembut ialah benda/biji yang halus dan lembut. Kecewa ialah berasa) dukacita kerana tidak tercapai cita-cita (harapan, kehendak, dsb), hampa Sila rujuk Kamus Dewan untuk huraian yang lebih lanjut.Makna20.09.2006
    Apakah perbezaan antara "duka" dan sedih? 1. Perasaan Mei Ying masih lagi ______ walaupun neneknya telah dua tahun meninggal dunia. A. sedih B. dukaDalam Kamus Dewan Edisi Empat, duka ialah (perasaan hati) yang susah atau sedih, dukacita: jangan dibiarkan hati tersadung ~, jangan fikiran dipersusah; ~ lara = ~ nestapa susah (sedih) hati yang amat sangat.  

    Kamus Dewan mentakrifkan sedih hati sebagai berasa pilu (susah, hiba) dalam hati: Ramli memandang kpd ibunya dgn sayu, ~, perih;

    Berdasarkan definisi tersebut, perkataan yang paling tepat digunakan dalam ayat ialah duka.
    Tatabahasa03.09.2013
    Saya hanya ingin membetulkan malumat berdasarkan Edaran Buletin Bahasa guru Munsyi Dewan Negeri Perak 1/2008 berkaitan kata majmuk yang telah mantap ejaannya. Mereka mengatakan bahawa kata majmuk yang dieja rapat ada 33 kata majmuk. Contoh 3 dan 4 iaitu barangkali, perikemanusiaan, kadangkala, sukacita, daripada, dukacita, darihal, peribadi, bagaimana, peribahasa apakala, manakala, kepada, padahal, walhal, apabila, dinihari sebenarnya bukan kata majmuk. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi 3/2008 Nik Safiah et.al muka surat 72 - 74. Sila pastikan kesalahan Munsyi Dewan ini tidak berulang. Terima kasih.Terima kasih atas makluman. Betul seperti yang dinyatakan, perkataan yang disenaraikan bukan kata majmuk, tetapi bentuk kata lain yang dieja sebagai satu perkataan.Tatabahasa12.09.2008
    Tesaurus
    Tiada maklumat tesaurus untuk kata dukacita