Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ADAT PERKAHWINAN DUSUNADAT PERKAHWINAN DUSUN, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Dusun di Sabah. BUDAYAKonsep
DUSUN

DUSUN, kebun buah-buahan yang terletak di pinggir kampung atau berhampiran kawasan hutan. Kawasan dusun adalah sebahagian daripada konsep ruang masyarakat Melayu dalam menyusun kedudukan penempatan mereka. Tapak rumah merupakan pusat ruang itu. Di luar daripada tapak ini terdapat kawasan kampung (kawasan kecil) di sekitar perkarangan rumah. Di luar kawasan kampung ini biasanya terdapat kawasan pertanian terutama sekali padi. Bagi petempatan moden, kawasan pertanian ini terdiri daripada kebun getah atau kelapa. Di luar daripada kawasan pertanian ini terletak kawasan dusun yang sudah agak hampir dengan pinggir hutan dan tidak lagi mempunyai pemilik yang jelas dalam penggunaan tanah di kawasan perkampungan. Gabungan keseluruhan kawasan kediaman ini menjadikan keseluruhan wilayah kampung.

BUDAYABandar/Negeri/Negara/Tempat
DUSUN-KADAZANDUSUN-KADAZAN, suku kaum bumiputera yang terbesar di Sabah.  Mereka menetap di seluruh Sabah, terutama di kawasan luar bandar di bahagian bukit dan pergunungan.BUDAYABangsa/Suku/Kaum
PERISTIWA DUSUN NYIOR

PERISTIWA DUSUN NYIOR, penentangan orang Melayu terhadap pemerintahan Thailand.  Peristiwa ini berlaku pada 26 April 1948, selepas beberapa minggu pihak tentera merampas kuasa daripada Perdana Menteri Thailand, Khuang Aphaiwong, Kampung Dusun Nyior terletak berhampiran dengan Tanjung Mas dalam wilayah Narathiwat, selatan Thailand.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
BUNGKAUBUNGKAU,  sejenis alat muzik udara (aerofon) yang menggunakan mulut (untuk meniup) dan tangan (untuk memetik).  Alat muzik ini lazimnya terdapat di kalangan suku kaum Dusun.  Bangkau juga dikenal sebagai uriding (dusun Lotud); turiding (Dusun Kiulu dan orang Murut di Tenom); kobing (orang Iranun di Kota Belud).  Walau bagaimanapun, nama bungkau, (bahasa Dusun), lebih terkenal di kalangan rakyat Sabah.  Alat muzik ini juga terdapat di India, Indonesia dan Filipina, masing-masing dengan versi dan nama sendiri.BUDAYAKonsep
TAPAK SEMAIAN

Tapak semaian menghasilkan anak tumbuhan

untuk dipindahkan ke ladang, taman, dusun, dan

kawasan landskap. Di tapak semaian ditanam

pokok buah dan pokok hutan. Di tapak ini juga di

tanam pokok renek hiasan, bunga, tumbuhan daun,

dan sayur-sayuran.

UMUM
SUMAZAUKapsyen          :           Tarian Sumazau

 

SUMAZAU, tarian tradisi dan warisan budaya suku kaum Dusun-Kadazan. Istilah samazau sering digunakan untuk tarian tradisi suku kaum Dusun di daerah Membakut, Papar dan Penampang.  Bagi suku kaum Dusun Suang Lotud di daerah Tuaran dan Dusun Kuala Penyu, tarian ini dinamakan sumayau atau madsayau. Bagi suku kaum Dusun di daerah Ranau, Kota Belud dan Kuda pula, tarian ini lebih dikenal sebagai tarian mengigol (mongigol).

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
BARASIKBARASIK, upacara pengubatan tradisional puak Tatana (campuran antara Dusun-Kadazan dengan Cina) yang tinggal di daerah Kuala Penyu, Sabah.  BUDAYAKonsep
PESTA MENUAIPESTA MENUAI,  perayaan tahunan masyarakat Dusun-Kadazan di Sabah selepas menuai untuk memuja magavau (semangat padi). Dengan usaha Tun Fuad Stephens, bekas Ketua Menteri Sabah, pesta ini diiktiraf oleh pentadbiran British Borneo Utara sebagai perayaan rasmi tahunan masyarakat Dusun-Kadazan dan dikenal sebagai Tadau Kaamatan. Magavau merupakan salah satu daripada upacara dan persembahan ketika menyambut perayaan Tadau Kaamatan.BUDAYAPerayaan/Upacara
OCHO RIOS

Ocho Rios ialah tempat peranginan di Jamaica

yang mempunyai keindahan alam semula jadi. Ia

terletak kira-kira 100 kilometer ke timur Teluk

Montego. Ia merupakan teluk yang terlindung

yang dikelilingi oleh dusun kelapa dan tebu serta

kebun buah-buahan. Ocho Rios merupakan tarikan

pelancong dengan pantai, pasar, kedai, restoran,

hotel, dan kemudahan rekreasi lain yang

dimilikinya yang dapat dibanggakan. Kawasan

yang menarik yang terletak berdekatan dengannya

termasuk Galur Fern, iaitu kawasan tumbuh-

tumbuhan tropika yang tidak tercemar; Air Terjun

Sungai Roaring, yang sebahagiannya digunakan

bagi tenaga hidroelektrik; dan Air Terjun Sungai

Dunn.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dusun

Puisi
 

Api-api tembaga dusun,
     Anak Perlin bergelang kaca;
Bukan mati kerana racun,
     Mati terjelir si ekor mata.



Lihat selanjutnya...