Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Sekiranya perkataan e-mel digunakan di permulaan ayat, bagaimana ia sepatutnya ditulis . Adakah sebagai E-mel, e-Mel atau e-mel?Ejaan e-mel di pangkal ayat hendaklah ditulis dengan huruf besar di pangkal huruf, E-mel.Ejaan22.11.2013
Sila ingin menyemak ejaan serta sahkan perkataan bagi permohonan sign board di Majlis Daerah Johor Baharu Sila rujuk lampiran& = dan
E-Mel = E-mel

Sila buat pembetulan dan masuk ke ruangan khidmat Pengesahan Iklan untuk sijil kelulusan.
Tatabahasa13.02.2013
Adakah "sepucuk e-mel" dalam penjodoh bilangan? Sebab saya keliru dalam masalah ini.

Teuh,

untuk e-mel yang telah dicetak kita boleh gunakan sepucuk manakala yang dipaparkan sahaja kita katakan paparan e-mel

Tatabahasa12.08.2010
E-MELE-MELEjaan05.01.2011
Assalamualaikum... Perkataan e-mel. tergolong dalam bentuk kata tunggal atau kata majmuk?e-mel merupakan kata majmuk.Tatabahasa28.03.2013
1)hak milik 2)e-mel1)hak milik 2)e-melEjaan09.09.2011
Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk emel? se__________ emelTidak ada penjodoh bilangan untuk e-mel kerana e-mel tidak ada bentuk yang boleh digambarkan untuk digandingkan dengan penjodoh bilangan yang sesuai.Tatabahasa12.08.2010
Bagaimana saya hendak tukar alamat e-mel yang saya gunakan sebagai log masuk?

Sila daftar atau wujudkan e-mel baru dengan yahoo atau gmail

Lain-lain01.12.2010
Judul-judul buku karangan asli/terjemahan Rustam A.Sani. Mohon dikirimkan melalui e-melUntuk makluman, sdr dinasihatkan agar menghubungi Pegawai Pusat Dokumentasi Melayu, DBP, iaitu Encik Nik Aman Bin Nik Yusof di talian 03-21481045 atau e-mel:aman@dbp.gov.my atau Encik Mohd. Hiezam Hashim di talian 03-21481043 atau e-mel: izammh@dbp.gov.my.Lain-lain18.12.2008
Mengapakah perkataan `e-mel`perlu ada tanda sempang (-)? Terima kasih.Perkataan e-mel ialah kata pinjaman dan diserapkan ke dalam bahasa Melayu. E-mail ialah kependekan perkataan electronic mail.Ejaan16.09.2008
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata e-mel