Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Buku ; Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
APA MAKSUD " EMPIRIKAL"Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud berdasarkan (bergantung pada) pemerhatian atau eksperimen, bukan teori: kaedah yang digunakan adalah melalui kajian-kajian ~ dengan pengumpulan data. Lain-lain18.02.2011
1.Istilah "Empirikal" masih belum saya temui maknanya . harap tuan dapat menjelaskannya.Empirikal atau empirik ialah perkataan dlm bahasa Indonesia Belanda yg bermaksud berdasarkan (bergantung pd) pemerhatian atau eksperimen, bukan teori: cth penggunaannnya, kaedah yg digunakan adalah melalui kajian-kajian empirik (al) dgn pengumpulan data.Makna27.07.2007
Pengertian konsep genre linguistik.

Soalan tuan/puan kurang jelas.  Walau bagaimanapun, linguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa yang berupaya membuat ramalan yang dapat diuji secara empirikal.  Untuk keterangan lanjut, tuan/puan bolehlah merujuk buku Pengantar Linguistik Am oleh Arbak Othman.DBP : 2004 atau merujuk kepada Persatuan Linguistik Malaysia.

Lain-lain13.01.2011
apakah maksud linguistik deskriptif?

Saudari,

Linguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa yang berupaya membuat ramalan yang dapat diuji secara empirikal.

Manakala deskriptif bermaksud keterangan yang bertujuan untuk menyampaikan gambaran nyata ten­tang sesuatu perkara.

Makna30.08.2012
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata empirikal