Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Pengesahan Bahasa ; Hasil Penyelidikan ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam, bolehkah di antara frasa-frasa dalam ayat diselangi dengan kata seperti kata bantu, kata penguat dan sebagainya? Contoh: 1. Rombongan sekolah akan ke Port Dickson. Frasa nama: Rombongan sekolah Frasa sendi nama: akan ke Port Dickson 2. Rumah itu amat besar. Frasa nama:Rumah itu Frasa adjektif: amat besar Terima kasih.1. Ayat yang gramatis, Rombongan sekolah akan melawat Port Dickson pada minggu hadapan. Kata sendi nama tidak hadir secara berurutan. 
2. Rumah itu amat besar. Ayat ini betul.
Tatabahasa30.04.2014
Soalan bagi persuratan : Adalah dengan segala hormatnya (atau) Dengan segala hormatnya Mohon pandangan. Terima kasihBinaan ayat boleh terdiri Frasa Nama +Frasa Nama/ Frasa Kerja/ Frasa Adjektif/ Frasa Sendi Nama. Ayat yang menggunakan kata hubung keterangan "dengan" sebagai permulaan ayat dinamakan sebagai "ayat hubung keterangan cara".  Oleh sebab itu, ayat yang betul ialah "Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara...".  Adalah ialah kata pemeri yang hanya boleh hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama dan tidak pada permulaan ayat.Tatabahasa29.01.2014
Tuan, apakah perbezaan antara frasa-frasa di bawah? 1. bertanya tentang soalan 2. bertanyakan soalan 3. menanyai guru soalan 4. menanyakan soalan kepada guru Soalan 1: Adakah struktur frasa "menanyakan soalan kepada guru" betul? Soalan 2: Apakah perbezaan antara "bertanyakan" dengan "menanyakan"? Soalan 3: Apakah maksud "frasa"? Soalan 4: Berdasarkan formula yang diberikan oleh cikgu BM saya, "menanyai" hadir di depan objek bernyawa, manakala "menanyakan" hadir di depan objek tidak bernyawa. Dalam maksud lain, selepas "menanyai" hendaklah meletakkan objek bernyawa dan selepas "menanyakan" haruslah meletakkan objek tidak bernyawa. Adakah pernyataan ini betul? Atau perbezaan perkataan "menanyai" dengan "menanyakan" dikaji melalui maksud dan bukan formula? Adakah formula guru BM saya ini berguna dan berkesan? Sekian sahaja masalah saya. Terima kasih.Frasa bermaksud satu kata atau lebih yang dapat bertugas sebagai subjek, predikat atau objek dalam pembinaan sesuatu ayat. Perbezaan antara "bertanyakan" dengan "menanyakan" ialah bertanyakan bermaksud bertanya berkenaan sesuatu, manakala menanyakan bermaksud bertanya berkenaan sesuatu kepada. Lihat contoh ayat ini untuk melihat perbezaan penggunaan kedua-dua kata tersebut, "Ayah bertanyakan keadaan kesihatan Pak Long melalui anaknya" dan "Ani menanyakan doktor tentang keseriusan penyakit ibunya". Pernyataan yang diberikan oleh guru Bahasa Melayu saudara adalah betul, iaitu "menanyai" diikuti objek bernyawa, manakala "menanyakan" diikuti objek tidak bernyawa.Tatabahasa01.05.2014
Salam sejahtera. Frasa-frasa yang berikut betul? Merakam gambar, merakamkan gambar, menangkap gambar, dan mengambil gambar. Terima kasih.Merakam gambar. Kedua-dua perkataan, iaitu mengambil gambar dan menangkap gambar adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, menangkap gambar tidak boleh digunakan dalam ayat kerana digunakan dalam bahasa percakapan.Tatabahasa13.01.2013
Assalamualaikum..tolong bantu saya bagaimana yang dikatakan sebagai asas penamaan Frasa. Terimakasih
Frasa ialah kumpulan kata yang membentuk unit sintaksis sesuatu klausa. Klausa ialah unit yang merupakan rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yg menjadi konstituen atau bahagian. 
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, frasa ialah kumpulan kata yang membentuk unit sintaksis sesuatu klausa yang dapat bertugas sebagai subjek atau predikat atau objek dalam sesuatu ayat. Dalam bahasa Melayu, frasa terdiri daripada frasa nama,frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi.

Frasa nama (FN) ialah frasa yang perkataan utamanya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata ganti nama. Frasa nama boleh menjadi subjek atau predikat. Contoh frasa nama subjek: Pemenang hadiah itu , Contoh frasa nama predikat: pelajar universiti tempatan. Ayat lengkap (FN + FN): Pemenang hadiah itu pelajar universiti tempatan.  
Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh frasa nama. Contoh: kata sendi ke , diikuti frasa nama sawah setiap pagi, ayat (FN + FS): Ibu  ke sawah setiap pagi.

Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan. Frasa adjektif ialah susunan perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau sifat sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut.
Tatabahasa25.02.2014
Salam 1Malaysia, belakangan ini banyak pengguna bahasa Melayu yang begitu ghairah menggunakan frasa penanda wacana yang 'hebat-hebat' belaka. Antaranya frasa tersebut ialah marcapada ini, mutakhir ini, sedasawarsa ini, sedekad ini, dsb. Persoalan yang sering terlintas dalam gawang minda saya ialah adakah frasa-frasa ini betul dari segi morfologi mahupun semantik? Masalah ini saya utarakan kerana penerangan yang diberikan oleh munsyi-munysi dewan berkenaan dengan kemusykilan bahasa bukan sahaja menyalahi hukum semantik bahkan penggunaannya. Mengapakah pengguna-pengguna bahasa Melayu ditegur agar menggunakan frasa 'dewasa ini', pada masa sekarang, belakangan ini, ataupun akhir-akhir ini? Keleluasaan penggunaan frasa-frasa yang menyalahi hukum semantik bukan sahaja akan mencemari bahasa Melayu bahkan mencemari imej bangsa kita. Bahasa jiwa bangsa! Sekian untuk renungan bersama. Kay SevenMarcapada ialah perkataan sastera lama yang bermaksud pada dunia sekarang ini. "dasawarsa" dan 'dekad' bermaksud masa sepuluh tahun, tidak perlu ditambah dengan awalan se- pada dekad dan dasawarsa. Penggunaan penanda wacana yang baik bergantung kepada situasi dan konteks ayat.Lain-lain05.02.2013
saya ingin menanya bahawa jika anda dapat memberi pola ayat, frasa-frasa menarik dan kosa kata yang terkini untuk rujukan para pelanggan terutamanya pelajar sekolah ..Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan atau buku tatabahasa yang berkaitan.Tatabahasa14.06.2012
Salam. Apakah itu frasa?Frasa ialah binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi untuk menjadi unit yang lebih besar. Kata kerja juga boleh menjadi frasa, iaitu frasa kerja seperti dalam ayat "Ahmad membaca buku". Membaca ialah frasa kerja dalam binaan ayat tersebut.Makna13.01.2014
Apakah pola untuk ayat berikut: i) Dapatkah anda mengatasi masalah ini? ii) Ya, sudah tentu boleh! iii) Eloklah anda mulakan tindakan ini segera.Soalan yang dikemukakan tidak jelas.

Untuk makluman puan, pola ayat terdiri daripada :
 I. Frasa Nama + Frasa Nama
ii. Frasa Nama + Frasa Kerja
iii. Frasa Nama+Frasa Sendi Nama
iv. Frasa Nama +Frasa Adjektif

Berdasarkan ayat di atas, ayat pertama merupakan ayat tanya, kedua ialah ayat seru dan ketiga ialah ayat penyata.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk keterangan lebih lanjut.
Tatabahasa29.11.2013
Kata nafi 'bukan' sepatutnya hadir di hahapan frasa nama dan frasa sendi nama. Mengapa ayat berikut terkecuali? "Warna rumah saya bukan biru, tetapi kuning. Terima kasih.Kata nafi 'bukan' menjadi unsur nafi bagi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi 'tidak' ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun kata nafi 'bukan' boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, contohnya seperti dalam ayat yang diberikan: 1. Dia bukan cantik tetapi pandai bergaya.

Jadi , ayat contoh yang saudara berikan: Warna rumah saya bukan biru, tetapi kuning, penggunaan kata nafi 'bukan' adalah betul kerana kata nafi 'bukan' boleh berada di hadapan frasa sendi adjektif apabila ada maksud pertentangan.
Makna16.04.2014
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata frasa