Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Apakah fungsi-fungsi bahasa istana?Bahasa istana merupakan satu jenis laras bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Digunakan oleh golongan istana dalam sistem komunikasi antara mereka seperti panggilan gelaran-gelaran, dan sebagainya.Lain-lain08.09.2006
Huraikan fungsi-fungsi bahasa?Antara lain, fungsi bahasa adalah untuk tujuan perhubungan atau untuk membolehkan seseorang menyampaikan maksudnya kepada orang lain secara komunikasi dua hala dsb. Untuk jawapan yang lebih lanjut, sila rujuk Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus Bahasa Melayu oleh Asmah Hj. Omar.Lain-lain29.08.2006
Apakah fungsi-fungsi Bahasa Melayu di Malaysia?Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar di peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti, bahasa ilmu, bahasa perpaduan, bahasa komunikasi sosial, dan bahasa dalam urusan rasmi kerajaan.Lain-lain03.01.2007
APAKAH FUNGSI- FUNGSI DASAR BAHASA RASMI TERSEBUT?Fungsi dasar bahasa rasmi antaranya menjadi lambang perpaduan negara dan biasanya dikaitkan dengangerakan kebangsaan yang menyeluruh bagi satu-satu negara. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Susur Galur Bahasa Melayu (Asmah Omar)Lain-lain21.07.2006
SAYA NAK TANYA MENGENAI CIRI-CIRI DAN FUNGSI-FUNGSI BAHASA MELAYUCiri-ciri dan fungsi bahasa Melayu banyak dibincangkan dalam seminar anjuran DBP dan institut pengajian tinggi. Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar di peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti, bahasa ilmu, bahasa perpaduan, bahasa komunikasi sosial, dan bahasa dalam urusan rasmi kerajaan. Untuk maklumat lanjut rujuk buku/makalah yang berkaitan.Lain-lain07.08.2010
saudara, bolehkah saudara terangkan mengenai fungsi-fungsi bahasa secara terperinci dan apa yang dimaksudkan dengan bahasa sebagai petanda sosial?Bahasa berfungsi sebagai bahasa rasmi, bahasa perhubungan, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan. Bahasa juga boleh menjadi petanda sosial kerana bahasa yang digunakan oleh kelompok masyarakat yang berdarah raja, dalam situasi rasmi dan situasi tidak rasmi lazimnya berbeza. Contohnya, bahasa istana hanya digunakan oleh keluarga diraja atau pekerja yang bekerja di istana. Bahasa rasmi pula hanya digunakan untuk situasi rasmi seperti mesyuarat dan perbincangan oleh kakitangan kerajaan ataupun swasta yang berpendidikan rendah hinggalah ke peringkat yang paling tinggi. Sementara bahasa dialek atau loghat digunakan dalam situasi tidak rasmi seperti majlis perkahwinan atau pergaulan dengan masyarakat setempat. Untuk maklumat lanjut saudara bolehlah merujuk buku Perancangan Bahasa dalam Perancangan Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar.Istilah02.09.2006
1. Apakah maksud penanda wacana? 2. Apakah fungsi-fungsi penanda wacana? 3. Bagaimanakah caranya untuk meningkatkan penggunaan penanda wacana di kalangan pelajarBagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat  lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 525.  Tatabahasa01.03.2012
Saya memerlukan maklumat-maklumat seperti di bawah : 1) Fungsi-fungsi peribahasa dalam kesinambungan warisan bahasa. 2) Kepentingan-kepentingan peribahasa yang menyentuh tentang tema budi bahasa. 3) Konsep ayat 4) Analisis contoh kesalahan ayat oleh muridUntuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa bahasa Melayu dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Saudara dicadangkan agar datang ke Pusat Dokumentasi Melayu,  Menara DBP untuk membuat rujukan akademik. Di PDM, banyak bahan yang berkaitan dengan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Melayu yang boleh saudara rujuk.Tatabahasa19.03.2013
bagaimanakah bahasa yang berbeza wujud di dunia? apakah fungsi-fungsi bahasa? apakah ciri-ciri bahasa?

Pertanyaan sdr di luar skop perkhidmatan kami. Hal ini kerana sdr mengajukan pertanyaan yang bersifat "tugasan" yang perlu sdr laksanakan secara penyelidikan. Walau bagaimanapun, untuk membantu sdr  menyelesaikan tugasan ini, sdr perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan.

Untuk makluman, keahlian Rakan Dewan adalah terbuka kepada individu rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Keterangan tentang Rakan Dewan dan borang keahlian boleh didapati di laman DBP di bawah menu Perkhidmatan. Sila kunjungi atau hubungi Pusat Dokumentasi Melayu di talian 03-2148 3541/3540 sekiranya sdr. memerlukan maklumat  lanjut.

 

Lain-lain07.06.2008
Nyatakan bunyi-bunyi yang terdapat dalam bahasa melayu secara jelas dengan menunjukkan fungsi-fungsi alat artikulasi dan kedudukan daerahnya.Saudara boleh membuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Maklumat yang diperlukan terdapat dalam buku tersebut.Lain-lain17.09.2007
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fungsi

Puisi
 

Abang Abu duduk bermenung,
     Mari berjalan Kampung Tembirat;
Hendak mengikat ekor burung,
     Ambillah tali pakai pengikat.



Lihat selanjutnya...