Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Pengesahan Bahasa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
KPDNKK kerap menangani isu seperti gores dan menang, skim cepat kaya dan sebagainya. Tanpa mendapat pengesahan dari mana-mana pihak terutama dari DBP sendiri sering penggunaan tanda " digunakan. Contohnya "Gores dan Menang" "Skim Cepat Kaya" dan sebagainya. Pohon panduan tuan/puan mengenai penggunaan tanda tersebut samaada sesuai atau pun tidak. Terima kasih.Untuk makluman tanda petik hanya boleh digunakan dalam keadaan yang berikut:
1. Untuk mengapit petikan langsung yang berasal daripada pembicaraan, daripada naskhah atau bahan bertulis lain.    Contoh: "Bila sampai?" Tanya Husin.
2.  Untuk mengapit judul rencana, karangan, puisi, atau bab buku yang dipkai dalam ayat.
Contoh: Sajak "Dewi Malam", karya seorang penyair bukan Melayu, telah dideklamasikan pada malam pembacaan puisi.
3. Untuk mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus.
Contoh: Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini. 
Ejaan01.10.2014
Saya tidak menjumpai huraian perkataan 'guris' dalam Kamus Dewan sedangkan ia sering digunakan, seperti 'mengguris hati'. adakah ia bukan perkataan dasar?Ejaan yang betul/baku ialah 'gores', lihat di bawah perkataan 'gores'.Tatabahasa26.09.2006
Mengapa di dalam Kamus Dewan Edisi Baharu tiada perkataan guris ( gores ), istirehat ( istirahat ), taksub ( taasub ), mustika ( mestika ), garuda (geruda ), gabra ( gubra ), murtabak ( martabak ) dan cincang ( cencang ). Saya rasa perkataan-perkataan tanpa kurungan adalah betul dan digunakan oleh penutur jati bahasa Melayu. Mengapa ejaan tersebut tidak diselaraskan mengikut konteks lazim penggunaannya ?Perkataan yang saudara kemukakan itu tiada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat kerana Kamus Dewan Edisi Keempat merakamkan perkataan/istilah yang betul sahaja. Untuk makluman saudara, ejaan yang betul bagi garuda/geruda ialah geroda. Untuk makluman lanjut, saudara boleh menghubungi Bahagian Perkamusan, Dewan Bahasa dan Pustaka, melalui telefon, 03-21482686 atau 03-21481011 (talian utama DBP). Istilah31.08.2009
Salam Sejahtera: Tuan: Soalan 1: Mengapakah perkataan "guris" tidak terdapat dalam kamus? Soalan 2: Bagaimanakah membezakan penggunaan antara "kian" dan ", "makin". Terima Kasih

1. Perkataan guris tidak terdapat dalam Kamus Dewan kerana ejaan yang betul ialah gores. Sila lihat Kamus Dewan di bawah entri gores.

2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kian mempunyai 2 maksud, iaitu 1. sebegitu, sebanyak itu (ini); sepuluh ~ sepuluh kali ganda itu; 2. makin, makin bertambah: ibu ~ hari ~ tua; bas itu berjalan ~ laju dan ~ jauh meninggalkan perhentian bas, manakala makin pula bermaksud  1. = semakin menjadi lebih, kian bertambah: hati Maskam ~ meradang; lanun-lanun itu ~ buas; 2. sl lebih-lebih lagi, apa lagi. Berdasarkan huraian tersebut, dapat disimpulkan bahawa kian dan makin ialah perkara yang sama dan boleh bertukar ganti. 

Istilah25.08.2009
Bahasa yang berkembang ialah bahasa yang dapat menerima kata atau perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu. Ahli Lembaga Bahasa di DBP seharusnya memasukkan kata atau perkataan yang lazim dituturkan bukan memasukkan kata atau perkataan yang dipinjam( curian ) daripada bahasa Inggeris semata-mata. Contoh penggunaan kata dan perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu tetapi tiada di dalam Kamus Dewan ialah : 1. guris ( gores ) 2. cincang ( cencang ) 3. ciplak ( jiplak ) 4. gabra ( gubra ) 5. taksub ( taasub ) 6. celupar ( celopar ) 7. istirehat ( istirehat ) 8. Ramadhan ( Ramadan ) 9. analisa ( analisis ) 10. stokin ( stoking ) 11. kerinting ( keriting ) 12. lagenda ( legenda ) 13. pensil ( pensel ) 14. mustika ( mestika ) 15. ole-ole ( oleh-oleh ) 16. kuayer ( koir ) dll

Encik Rizuan,

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.   

Lain-lain11.05.2010
Adakan perkataa 'mengguris' wujud? saya tidak dapat mencari perkataan ini dalam Kamus Dewan tetapi setahu saya banyak orang yang menggunakan perkataan ini seperti mengguris hati saya. Tolong jelaskan. Terima kasih.Ejaan yang betul bagi perkataan mengguris ialah "menggores". Makna bagi perkataan tersebut ialah menggaris, mencalar, menggarit; menggores hati bermaksud melukakan (menyakitkan) hati, mengharukan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, di bawah entri "gores".Istilah15.12.2009
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gores