Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Direktori Karyawan ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
1. apakah golongan kata bagi perkataan "gus" dan "pun"? 2. bagaimanakah membezakan penggunaan 'gus' dan 'pun' yang dieja rapat dan yang dieja terpisah dengan kata dasar.

Pun merupakan partikel, manakala gus pula ialah kata kerja. Gus dapat dilihat dalam penggunaan sekaligus manakala pun dapat dilihat dalam ejaan yg dieje rapat seperti pada adapun, andaipun, biarpun, mahupun, kalaupun, sungguhpun, ataupun, bagaimana[un, kendatipun, lagipun, meskipun dan walaupun. T.kasih.

Lain-lain02.09.2008
ejaan sekali gus atau sekaligus mana yang betulEjaan yang betul ialah sekali gus. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 662.Ejaan25.09.2009
ejaan sekali gus. adakah dieja 1 atau 2 perkataan?

Ejaan yang betul ialah sekali gus (dua perkataan).

Ejaan15.05.2011
kata sama ada, sekali gus ialah kata majmuk atau bukan?

Sdr. Yu,

sama ada dan sekali gus bukan kata majmuk

Tatabahasa24.05.2010
sekaligus atau sekali gus?

Salam sejahtera,

Sekali gus dieja secara terpisah. Bagi memudahkan saudara untuk menyemak perkataan yang ejaannya meragukan, saudara bolehlah menggunakan Pusat Rujukan Persuratan Melayu. DBP satu-satunya badan bahasa di Malaysia yang diiktiraf untuk menentukan perkara yang berkaitan dengan bahasa Melayu.

Tatabahasa01.11.2012
1. Perkataan 'sekaligus' dan 'sekali gus', yang mana adalah betul. 2. Bagaimana untuk membezakan penggunaan 'ialah' dan 'adalah'. Harap dapat beri penjelasan beserta beberapa contoh ayat...

1. Ejaan yang betul ialah sekali gus.

2. Kata pemeri ialah hadir di hadapan Frasa nama contohnya; Antara perkara yang dibincangkan dalam buku itu ialah pentingnya penterjemahan dari segi..., manakala penggunaan kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, contohnya sumbangan besar beliau adalah dari segi pembicaraan terperinci tentang penterjemahan semantik lawan terjemahan komunikatif.

Ejaan04.12.2008
Salam, Menurut kamus dewan edisi ke-4, ejaan sekali gus adalah jarak begitu juga dalam khidmat nasihat pada tahun 2009. Tapi, kebelakangan ini sering saya lihat di media massa, kosa kata ini dieja rapat. Adakah kata ini telah dieja rapat?

 Puan,

Sekali gus dieja secara terpisah. Bagi memudahkan puan untuk menyemak apa-apa perkataan yang ejaannya meragukan, puan bolehlah menggunakan Pusat Rujukan Persuratan Melayu. DBP  satu-satunya badan bahasa di Malaysia yang  diiktiraf untuk menentukan apa-apa yang berkaitan dengan bahasa Melayu.

Terima kasih.

Ejaan01.07.2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya keliru dengan ejaan Bahasa Melayu kini. Contohnya ejaan sekali gus, jika dahulu ejaannya di dekatkan.. kenapa sekarang banyak perkataan dieja terpisah? Saya hanya ingin tahu untuk memberi penjelas kepada pelajar saya yang betanya akan hal ini. terima kasihSekali gus dan kata majmuk yang lain dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.  Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya  kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan  unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'.  Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72.Tatabahasa17.04.2012
bagaimana perkataan ini dieja. perlu dieja dekat atau dijarakkan 1. sekaligus atau sekali gus 2. keretapi atau kereta api 3. penambahbaikan atau penambah baikan 4. lalu lintas atau lalulintas 5.kemas kini atau kemaskini 6.Projek Landasan Keretapi Berkembar atau dieja dengan huruf kecil 7. pempiawaian atau pemiawaian 8. Rangkaian Kereta api Ekspres atau dieja dengan huruf kecil rangkaian Kereta api ekspres 9. Sistem Transit Aliran Ringan dieja dengan huruf kecil sistem transit aliran ringan 10.adakah Projek Landasan Keretapi Berkembar sebagai nama khas 11.adakah Rangkaian Kereta api Ekspres (ERL) sebagai nama khas1. sekali gus. 2.kereta api. 3.penambahbaikan. 4. lalu lintas. 5. kemas kini. 6. Projek Kereta Api Berkembar. 7. pemiawaian. 8. Rangkaian Kereta APi Ekspres. 9. Sistem Transit Aliran Ringan. 10. Kata nama khas. 12. Kata nama khas.Tatabahasa20.05.2010
slm, adakh ayat ni btl? 1. "Saya berasa gembira atas pemberian Baucar Buku 1Malaysia yang telah kerajaan berikan sekali gus meringankan keluarga"kata Isma pelajar Ting Enam Cerdik. 2. i. Cikgu Nana amat sayang akan kucing peliharaannya. ii. Perdana Menteri Msia yang keenam ialah Dato Seri Mohd. Najib bin Abdul Razak. iii. " Sudah dua jam setengah saya menunggu Yuna dan Najwa"kata Ana. iv. Antara mata pelajaran yang digemari oleh Ain termasuklah Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Terima kasih.1. "Saya berasa gembira atas pemberian Baucar Buku 1Malaysia oleh kerajaan sekali gus meringankan keluarga," kata Isma pelajar Ting Enam Cerdik.
2. i. Cikgu Nana amat sayang akan kucing peliharaannya.
ii. Perdana Menteri Malaysia yang keenam ialah Dato Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak.
iii. "Sudah dua jam setengah saya menunggu Yuna dan Najwa," kata Ana.
iv. Antara mata pelajaran yang digemari oleh Ain termasuklah Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.
Tatabahasa06.10.2012
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gus

Peribahasa
288

Kill two birds with one stone

Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan.

Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau

We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there.

Kami betul-betul seperti sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...