Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Saya ingin mrngetahui perbezaan antara harmoni dengan harmonis. Bolehkah pihak tuan cuba jelaskan yang mana satu betul " sejak belakangan / sejak kebelakangan / Kebelakangan ini. Sekian, terima kasih.

Harmoni dan harmonis kedua-duanya membawa maksud selaras, sesuai, sepadan, seimbang dan sebagainya. Namun dalam konteks di Malaysia, kita menggunakan perkataan harmoni, harmonis digunakan di Indonesia.

Tatabahasa11.05.2010
selamat petang.saya mahu tahu apa maksud perkataan seperti di bawah: 01.harmoni 02.etnik 03.kuasa 04.autoriti terima kasihMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud harmoni ialah selaras dari segi muzik, 2. menunjukkan persesuaian atau persetujuan. Etnik ialah berkenaan bangsa manusia. kuasa bermakna daya atau kemampuan. Autoriti bermakna kuasa atau hak. Untuk keterangan lebih lanjut dan mengetahui maksud sesuatu perkataan bahasa Melayu, sila rujuk Kamus Dewan.Makna03.09.2008
Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat berikut, tolong jelaskan mengapa: 1. Para penduduk Taman Harmoni sangat berpuas hati dengan program Hari Keluarga yang diadakan itu. 2. Ibu saya berpuas hati dengan baju yang dijahit oleh pekerja di Raihan Butik. 3. Usah conteng dinding. 4. Cikgu Raihan perhatikan murid-murid bersenam di padang. 5. Murid-murid dikehendaki supaya menghantar kertas soalan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1. Penduduk Taman Harmoni sangat berpuas hati dengan program Hari Keluarga yang diadakan itu.
2. Ibu saya berpuas hati dengan baju yang dijahit oleh pekerja di Butik Raihan.
3. Jangan conteng dinding.   
4. Cikgu Raihan memerhatikan murid-murid bersenam di padang.
5. Murid-murid dikehendaki menghantar kertas soalan.
Sila bandingkan ayat asal dan ayat baharu dan tuan akan dapat mengesan kesalahan dalam ayat tersebut.
Tatabahasa09.09.2015
Selamat sejahtera, Penggunaan kata sendi 'di' adakah sesuai diletakkan pada permulaan ayat seperti berikut: 1) Di Malaysia terdapat pelbagai jenis kaum yang hidup secara harmoni . 2) Di taman itu terdapat sebuah istana yang tersergam indah. 3) Di belakang rumah ada sebatang pokok kelapa . TQ1) Di Malaysia terdapat pelbagai jenis kaum yang hidup secara harmoni . 2) Di taman itu terdapat sebuah istana yang tersergam indah. 3) Di belakang rumah ada sebatang pokok kelapa . Ketiga-tiga contoh di pada permulaan ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa15.08.2007
Cadangan terjemahan 'Better Data, Better Lives' adalah a) Data berkualiti untuk kehidupan yang harmoni b) Kehidupan bermakna bermula daripada data yang baikCadangan slogan dalam bahasa Melayu bagi frasa "BETTER DATA, BETTER LIVES" ialah "DATA  BERKUALITI, KEHIDUPAN SEJAHTERA"  jika bersesuaian dengan konsep yang hendak disampaikan.







Penyemakan dan penterjemahan08.05.2015
karya-karya puisi melayu yang dilagukan?Karya puisi Melayu yang dilagukan dalam bentuk album banyak terdapat dalam album Kumpulan KOPRATASA, Kumpulan HARMONI (Zubir Ali) dan lain-lain. Walau bagaimanapun, pihak DBP ada mengadakan sayembara mencipta lagu puisi berdasarkan puisi yang telah terbit. Sekian dan terima kasih.Lain-lain05.02.2009
apakah maksud bertunjangkan keharmonian?

Salam sejahtera,

Bertunjangkan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud berasaskan, berdasarkan, bersandarkan manakala keharmonian berasal dari kata dasar harmoni bersinonim dengan
bahagia, rukun, sejahtera, mesra, tenang, damai, tenteram, aman, sepakat. Keharmonian menurut Kamus Dewan pula bermaksud, keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian, kemesraan.

Oleh itu, bertunjangkan keharmonian boleh disamaertikan dengan berasaskan kemesraan, berdasarkan kesejahteraan dan berasandarkan kebahagiaan.

Makna01.11.2012
Apakah perkataan yang betul atau lebih sesuai untuk menggantikan perkataan berikut: 1) ketidakharmonian 2) ketidakpuashatianPenggunaan setiap perkataan hendaklah disesuaikan mengikut konteks penggunaannya. Ketidakharmonian dan ketidakpuashatian boleh digantikan dengan perkataan lain seperti keadaan tidak harmoni dan perasaan tidak puas hati.Tatabahasa23.10.2015
assalamu alaikum warahmatullhi wabarakatuh dan salam sejahtera. saya mohon bantuan daripada KNDBP menyemak dan membetulkan ayat berikut ; Objektif memberikan perkhidmatan pengajaran & pembelajaran berasaskan kurikulum diniah sejajar dengan visi dan misi bahagian pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Visi kearah menjadikan san pekan kudat sebuah institusi pendidikan diniah yang cemerlang misi 1. memupuk sifat taqwa ketika bertugas dengan niat kerana Allah taala. 2. mengoptimumkan usaha dalam melaksana pengajaran & pembelajaran serta bimbingan. 3. Membina ktrampilan warga sekolah melalui kegiatan yang terancang dan berkesinambungan. 4. Menjalin kerjasama yang harmoni antara warga sekolah , persatuan ibubapa & guru dan masyarakat. terima kasih dan sekian rozik bin maglanObjektif melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan kurikulum agama sejajar dengan visi dan misi bahagian pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, iaitu ke arah menjadikan pekan Kudat sebuah institusi pendidikan agama yang cemerlang. Misi jabatan adalah untuk: memupuk sifat takwa ketika bertugas dengan niat kerana Allah; mengoptimumkan usaha dalam melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran serta bimbingan; membina keterampilan warga sekolah melalui kegiatan yang terancang dan berkesinambungan; dan menjalin kerjasama yang harmoni antara warga sekolah dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan masyarakat.Tatabahasa26.09.2016
Adakah perkataan "kelangsungan" boleh diguna dalam apa-apa ayat? Contohnya ayat: Oleh itu pengesahan daripada Pengurus Besar Negeri (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) adalah perlu untuk kelangsungan projek ini.

Boleh. Berikut disertakan makna kata kelangsungan. 

Kelangsungan: perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan, kesinambungan: semuanya ini untuk menjaga kelangsungan hidup yang harmoni antara kaum di negara ini; genre sastera yang lainnya seperti novel dan cerpen yang akar kemahirannya adalah kelangsungan daripada kreativiti pelipur lara;

Lain-lain14.04.2009
1
Tesaurus
 
harmoni (adjektif)
1. Dalam konteks suara, nada,
bersinonim dengan selaras, sepadan, sesuai, secocok,

2. Bersinonim dengan bahagia: rukun, sejahtera, mesra, tenang, damai, tenteram, aman, sepakat,

Kata Terbitan : mengharmonikan, keharmonian,