Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam sejahtera, Maaf, saya ingin bertanya sekali lagi (sudah masuk kali ke tiga) Ayat ini : Semua peserta angkat berat itu " begitu hebat - hebat belaka " . Adakah ayat ini gramatis ? Sekiranya ayat tersebut berbunyi : Peserta - peserta angkat berat itu begitu hebat - hebat belaka . (tidak gramatis, sepatutnya penggandaan dilakukan pada subjek ATAU pada kata adjektif HEBAT shj, salah satu.) Sekiranya ayat itu gramatis : Mengapa " kesemua peserta " (plural) boleh diikuti dengan " hebat - hebat " (bermaksud jamak juga) ? Kata penguat " begitu " boleh disusuli dgn kata penguat belakang ( sekali ) ? Terima kasih ! ChoyHH (choy862003@yahoo.com)Semua peserta angkat berat itu begitu hebat-hebat belaka, ayat ini tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah 'Semua peserta angkat berat itu begitu hebat' kerana subjek dalam bentuk jamak dapat diikuti dengan predikat dalam bentuk tunggal.Tatabahasa14.02.2011
Salam 1Malaysia, belakangan ini banyak pengguna bahasa Melayu yang begitu ghairah menggunakan frasa penanda wacana yang 'hebat-hebat' belaka. Antaranya frasa tersebut ialah marcapada ini, mutakhir ini, sedasawarsa ini, sedekad ini, dsb. Persoalan yang sering terlintas dalam gawang minda saya ialah adakah frasa-frasa ini betul dari segi morfologi mahupun semantik? Masalah ini saya utarakan kerana penerangan yang diberikan oleh munsyi-munysi dewan berkenaan dengan kemusykilan bahasa bukan sahaja menyalahi hukum semantik bahkan penggunaannya. Mengapakah pengguna-pengguna bahasa Melayu ditegur agar menggunakan frasa 'dewasa ini', pada masa sekarang, belakangan ini, ataupun akhir-akhir ini? Keleluasaan penggunaan frasa-frasa yang menyalahi hukum semantik bukan sahaja akan mencemari bahasa Melayu bahkan mencemari imej bangsa kita. Bahasa jiwa bangsa! Sekian untuk renungan bersama. Kay SevenMarcapada ialah perkataan sastera lama yang bermaksud pada dunia sekarang ini. "dasawarsa" dan 'dekad' bermaksud masa sepuluh tahun, tidak perlu ditambah dengan awalan se- pada dekad dan dasawarsa. Penggunaan penanda wacana yang baik bergantung kepada situasi dan konteks ayat.Lain-lain05.02.2013
pertandingan Puisidra Sains yang diadakan di sekolah (amat hebat sungguh) hingga para penonton tidak berganjak. yang manakah satukah jawapan yang tepat amat hebat, amat sungguh hebat, teramat hebat sungguh, amat hebat sungguh?

Kata penguat yang paling sesuai dan betul untuk ayat tersebut ialah amat hebat. Untuk rujukan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa06.08.2008
Salam sejahtera, Terima kasih ! Saya menerima respon daripada pihak DBP tadi mengenai soalan " sungguh hebat benar " dan " sungguh hebat betul " tetapi saya masih tidak memahami dgn jelas. Saya difahamkan " benar dan betul " bukan kata penguat tetapi kata pembenar. Jadi adakah " sungguh hebat benar " dan " sungguh hebat betul " itu salah ? Contoh ayat : Ahli gusti itu sungguh kuat betul . Adakah ayat ini gramatis ? Menurut sebuah buku, dikatakan kata " sungguh " dan " betul " tidak boleh hadir serentak dalam satu ayat yang sama. Sekiranya benar, mengapa dua kata tersebut tidak boleh hadir bersama dalam satu ayat ? Terima kasih & maaf mengganggu.Kata benar dan betul boleh berfungsi sebagai kata pembenar atau kata penguat bergantung pada kesesuaian ayat. Jika ayat 'Benar, kamilah penjaga kanak-kanak ini' (kata pembenar) dan 'Keputusan peperiksaannya buruk betul' (kata penguat). Frasa 'sungguh hebat benar' dan 'sungguh hebat betul' adalah tidak gramatis. Frasa yang gramatis ialah 'sungguh hebat', hebat benar' dan 'hebat betul'. Untuk makluman saudara kata benar dan betul adalah kata penguat belakang, manakala sungguh adalah kata penguat hadapan dan kedua-dua kata penguat (hadapan dan belakang) tidak boleh hadir dalam satu ayat.Tatabahasa21.02.2011
Salam sejahtera, (1) Adakah " teramat tinggi benar " dan " teramat tinggi betul " itu salah ? (penggunaan imbuhan " ter " tdk perlu diikuti dgn kata penguat selain perkataan " terkenal " ? ) (2) Bagaimana pula dgn " sungguh hebat benar " & " sungguh hebat betul " ? Saya difahamkan yang " sungguh hebat SEKALI " itu gramatis (kata penguat bebas " sungguh ", " amat " dan " sangat " boleh menerima KATA PENGUAT KEDUA iaitu " SEKALI " ) . (3) Bagaimana pula dengan KATA PENGUAT KEDUA yang lain seperti " benar " & " betul " ? Contoh [ sungguh/amat /sangat .... benar/ betul/nian ? ] (4) Bagaimanakah pula dengan kata " begitu " - adakah " begitu hebat sekali " , dan " begitu hebat benar " itu gramatis ? Terima kasih.

(1) Binaan ter- + kata adjektif tidak perlu diikuti oleh kata penguat. (2) Binaan darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas amat, sangat atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif. Ayat : sungguh hebat sekali betul. (3) Kata 'benar' dan betul' bukan kata penguat tetapi merupakan kata pembenar. (4) Kata 'begitu' tergolong dalam kata peguat golongan kata tugas. Frasa ...begitu hebat sekali adalah gramatis.  

Kesimpulannya, yang tidak digunakan ialah ter-, kata penguat sekali dan paling dalam satu ayat/serentak kerana kerana ketiga-tiga kata dan imbuhan tersebut sudah menunjukkan darjah penghabisan.

Tatabahasa21.02.2011
Pasukan bola sepak yang ______ telah memenangi perlawanan itu. A. handal B. hebat C. lincah D. tangkas Adakah jawapan "hebat" diterima sebagai jawapan? Apakah perbezaan antara "handal" dengan "hebat"?Perkataan yang paling tepat ialah handal. 

Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, handal bermaksud dapat dipercayai atau dapat diharapkan; setia. 2 pandai dan bijak dalam permainan dll; kenamaan (cekap dll): pemain bola yang ~. handalan yang handal: panglima ~. kehandalan keadaan atau sifat handal; kepandaian; kebijaksanaan; kegagahan: Orang ramai pun hairan melihat ~ Hang Tuah membunuh penderhaka itu dgn kapak.
Tatabahasa18.02.2014
'teramat hebat sekali'betul atau tidak?Tidak betul, yang betul ialah amat hebat sekaliTatabahasa09.10.2008
Perang diteruskan dengan campur tangan lebih hebat dari/daripada negara-negara luar terutamanya Amerika Syarikat.Perang diteruskan dengan campur tangan lebih hebat daripada negara-negara luar terutamanya Amerika Syarikat.Tatabahasa03.04.2012
Perlawanan itu menjadi semakin hebat pada separuh kedua masa itu. munsyi, bagaimanakah betulkan ayat ini? TQAyat yang betul ialah: Perlawanan itu menjadi semakin hebat pada separuh masa kedua.Tatabahasa16.02.2012
Diharap pihak Tuan/Puan dapat membantu kami mengesahkan penggunaan ayat berikut adalah betul (Sila rujuk kepada lampiran berikut) Pilihan 1 Inilah tawaran hebat bagi perniagaan anda walau di mana jua ia berada. Pilihan 2 Inilah tawaran hebat walau di mana jua perniagaan anda berada. Untuk makluman Tuan/Puan, ayat ini adalah tujuan pengiklanan bagi iklan cetak. Kami berharap pihak Tuan/Puan dapat menjelaskan penggunaan ayat yang betul bagi rujukan kami. Kerjasama Tuan/Puan amat dihargai. Terima Kasih!Ayat yang lebih gramatis ialah;

Inilah tawaran hebat walau di mana-mana jua perniagaan anda.

Tatabahasa17.01.2013
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hebat-hebat

Puisi
 

Teluk Emas Tanjung Ketapang,
     Tempat Uda mengail tenggiri;
Bersalut emas hebat dipandang,
     Sayang bahasa ke mana pergi.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
463

Nobody is perfect

Orang atau sesuatu paling hebat pun ada kekurangannya.

Tak ada gading yang tak retak

She has been in the industry for 50 years, and this was her first mistake, but nobody is perfect. Everybody has his or her faults. Stop criticizing her.

Sudah 50 tahun dia bergiat dalam industri tersebut, dan ini kali pertama dia melakukan kesilapan, tetapi tak ada gading yang tak retak. Manusia mana tidak ada kelemahan? Janganlah awak mengkritiknya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...