| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| maksud perkataan hubungan dan hubungan etnik... sekian, | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, hubungan ialah kaitan, pertalian, sangkut paut. Hubungan etnik pula perkaitan atau pertalian antara etnik atau kaum. Untuk keterangan lanjut sila rujuk IPTA/IPTS bidang sosiologi dan antropologi. | Makna | 12.08.2009 |
| langkah-langkah mengeratkan hubungan sesama jiran tetangga dan kepentingan memelihara hubungan jiran tetangga | Hubungan sesama jiran tetangga adalah penting bagi memelihara kehidupan yang sejahtera dan bersatu padu. Usaha mengeratkan hubungan sesama jiran hendaklah diamalkan oleh semua orang. Langkah-langkah untuk mengeratkan hubungan sesama jiran bergantung kepada sikap seseorang itu. Antaranya termasuklah sikap bertolak ansur, berbudi bahasa, bertegur sapa, hormat menghormati, jujur, tidak berdengki dan berdendam, tolong menolong dan saling menziarah. Dalam kehidupan bermasyarakat, memelihara hubungan sesama jiran amat penting bagi menjamin kehidupan yang sejahtera, selamat, aman dan bersatu padu. Melalui usaha ininjuga, dapat mengelakkan perpecahan dan pergaduhan sesama jiran. Masayarakat yang bersatu akan menyumbang ke arah mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, aman dan sejahtera. | Lain-lain | 04.06.2008 |
| peranan bahasa dalam hubungan etnik | Dalam hubungan etnik, bahasa memainkan peranan penting sebagai alat perpaduan melalui hubungan komunikasi sosial sama ada dalam sistem persekolahan, urusan perniagaan, pentadbiran, dan teknologi maklumat. Setiap etnik mempunyai bahasa masing-masing, ini menyebabkan wujud jurang komunikasi sosial. Oleh yang demikian, melalui satu bahasa komunikasi yang diguna pakai secara meluas seperti bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan menjadi penghubung setiap etnik untuk berkomunikasi secara berkesan. Hasilnya akan wujud persefahaman dan kerjasama erat antara etnik. | Lain-lain | 15.03.2008 |
| hubungan bahasa, budaya dan kebudayaan? | Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia. Oleh itu bahasa digunakan dalam aspek kehidupan termasuklah hal-hal budaya dan kebudayaan. untuk maklumat yang lebih terperinci sila rujuk buku yang berkaitan. terima kasih. | Lain-lain | 27.08.2008 |
| HUBUNGAN BAHASA DUSUN DENGAN BAHASA MELAYU | Untuk mendapatkan maklumat tersebut, saudara perlu merujuk Jabatan Linguistik IPTA atau Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. | Lain-lain | 06.09.2007 |
| Apakah yang di maksudkan dengan HUBUNGAN SULIT. | Hubungan atau pertalian yang dilakukan bukan secara terang-terangan tanpa pengetahuan orang lain. | Makna | 04.03.2010 |
| apakah makna hubungan paradigmatik dan sintagmatik. | Paradigmatik ialah daftar atau kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan. Manakala sintagmatik pula ialah pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan, dsb) tentang susunan kata dlm ayat. Maksud hubungan disini ialah hubungan kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan dengan pengetahuan seseorang tentang susunan tersebut. T.kasih. | Makna | 10.09.2008 |
| Apakah maksud sebenar bagi penggunaan perkataan INDUSTRIAL RELATIONS? Adakah ianya adalah HUBUNGAN INDUSTRI atau HUBUNGAN PERUSAHAAN? | Puan Rohani terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Kedua-dua penggunaan tersebut boleh digunakan tetapi, pastikan kesesuaiannya mengikut konteks kepada siapakah perkataan itu hendak digunakan. terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.11.2009 |
| As salam.. Saya nak tanya tajuk mana yang lebih sesuai dan tiada unsur kesalahan BM. 1. Pencetus Keeratan Hubungan Etnik melalui Makanan Masyarakat India 2. Pencetus Keeratan Hubungan Etnik dalam Makanan Masyarakat India 3. Pencetus Keeratan Hubungan Etnik dalam Kepelbagaian Makanan Etnik India 4. Makanan Masyarakat India Menjadi Pencetus Keeratan Hubungan Etnik. Jika tuan/puan mempunyai idea yang lain, saya amat berbesar hati untuk menerimanya. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah saya hargai. Terima Kasih. | Cadangan kami, "Makanan India mengeratkan hubungan etnik" atau "Makanan India menyatukan etnik". | Tatabahasa | 12.04.2013 |
| 1. BOLEHKAN PIHAK TUAN MEMBERIKAN PANDUAN UNTUK MENGGUNAKAN IMBUHAN KATA KERJA MEN... DAN MEN..KAN CONTOHNYA PERKATAAN JALIN. MANAKAH YANG BETUL SAMA ADA MENJALIN HUBUNGAN ATAU MENJALINKAN HUBUNGAN? HARAP MENDAPAT PENJELASAN DARIPADA PIHAK TUAN. SEKIAN, TERIMA KASIH | Sdr. Asiyana, sila perhatikan makna perkataan ini bagi menjawab pertanyaan sdr. Terima Kasih. menjalin 1. menganyam (mengepang) rambut dll: ~ rambut; 2. menjadikan bertalian atau berkaitan, merangkaikan: kaedah penyusunan ayat-ayat utk ~ pemikiran; 3. menyusun (mengarang) cerita dll: ~ cerita; 4. mewujudkan, menjadikan ada: ~ persahabatan; 5. mengeratkan: ~ silaturahim; menjalinkan 1. merangkaikan: ~ bilah-bilah buluh itu; 2. menyelipkan, memasukkan: dia hendak ~ pengalamannya di dlm novelnya; 3. mewujudkan: ~ perhubungan; 4. mengeratkan; | Tatabahasa | 05.12.2007 |