Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah MalaysiaDaftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
imlakAr 1. perbuatan menyebut perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain; 2. sesuatu yg dikatakan atau dibaca supaya ditulis oleh orang lain, rencana; mengimlakkan menyebut (membaca) supaya ditulis oleh orang lain, merencanakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
rencana1. sl cerita, karangan, kisah: ia giat dlm menulis esei-esei dan ~-~ ringan; ~ pengarang = tajuk ~ karangan (terutama dlm surat khabar, majalah, dll) yg merupakan pendapat suratkhabar atau majalah itu; 2. ca­tat­­an mengenai perbincangan dlm mesyuarat dll, laporan, minit: dia sedang menyiapkan ~ mesyuarat yg lalu; 3. rangka sesuatu yg akan dikerjakan, buram, pelan, rancangan: kami membuat ~ kota teladan; pemerintah telah tahu tentang ~ pemberontakan; 4. acara (pembicaraan), agenda, jadual, program: per­kara ini termasuk dlm ~ yg akan kita run­dingkan kemudian; kami berangkat kembali ke Acheh menurut ~ yg telah diatur terlebih dahulu; 5. buram (surat), konsep, naskhah (surat), draf, rang: beri saya ~ surat itu se­karang juga; 6. perkataan (ayat dll) yg di­bacakan oleh seseorang supaya ditulis oleh yg lain, imlak: semasa latihan ~ dijalankan, pelajar-pelajar mestilah mendengar dgn baik dan menulis apa yg sedang guru baca­kan; ~ Colombo rancangan bantuan teknik antara­bangsa; ~ kerja rancangan pekerjaan yg akan dilaksanakan; ~ lima tahun Id rancangan pembangunan yg harus dilaksanakan dlm masa lima tahun; berencana dgn rencana, berancang; merencana sl bercerita; merencanakan 1. mengarang (cerita dll), menghuraikan, menceritakan: maka adalah kurencanakan dalamnya dr zaman moyang­ku sampai ke masa aku; tidak dapat ku­rencanakan bagaimana rasa hatiku, marah, sedih, benci, dll; tidak semua kejadian yg direncanakan dlm cerita ini sebenarnya berlaku; 2. menyusun laporan (keterangan, minit, dll): hasil tinjauan tentang kemahuan penduduk Malaysia Timur yg direncanakan oleh rombongan peninjau Bangsa-Bangsa Bersatu dlm laporannya kpd U Thant, di­terima baik oleh Kuala Lumpur; 3. menyusun atau membuat rancangan (program dll), merancang: ia meminta kepadaku utk ~ suatu projek perumahan Bupati; dua jurusan peng­­gempuran direncanakan, pasukan Ame­­rika mendarat di Afrika Barat dan Inggeris di Mesir; 4. mengucapkan perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain: apa yg direncanakan oleh pengurus itu ditulis oleh setiausahanya dlm tulisan trengkas; terencana terancang: skim ini bertujuan utk mengendalikan program terjemahan secara ~; perencanaan perihal merencanakan, pe­ran­cangan: pelajaran yg menjadi ke­gemar­anku ialah ~ kota; namun begitu hasilnya kurang memuaskan dr segi keaktifan dan ~; perencana 1. sl penyusun cerita (kisah, hu­rai­­an, dll); 2. orang dll yg merencanakan, perancang.Kamus Dewan Edisi Keempat
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata imlak