Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Multimedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
a)Adik membina istana daripada pasir. atau b)Adik membina istana pasir. (a) atau (b) yang betul?a) Adik membina istana daripada pasir. atau b)Adik membina istana pasir. Kedua-dua ayat tersebut betul, ayat pertama memberitahu daripada apa istana itu dibina dan ayat kedua memberitahu jenis istana yang dibina.Tatabahasa17.01.2012
penggunaan perkataan 'istana' untuk produkdienarkan perkataan 'istana cth - Hotel IstanaPenyemakan dan penterjemahan18.04.2007
Apakah fungsi-fungsi bahasa istana?Bahasa istana merupakan satu jenis laras bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Digunakan oleh golongan istana dalam sistem komunikasi antara mereka seperti panggilan gelaran-gelaran, dan sebagainya.Lain-lain08.09.2006
Adakah bahasa istana melambangkan budaya penuturnya? Apakah bahan-bahan rujukan yang bersesuaian yang boleh di rujuk berkaitan soalan di atas?Ya, kerana penutur bahasa istana berasimilasi dengan budaya istana. laras dan ungkapan khusus dalam bahasa tersebut. Untuk maklumat lanjut Sdr. bolehlah membaca buku tentang bahasa istana yang ditulis oleh Asmah Haji Omar yang diterbitkan oleh DBp dan makalah lain tentang perkara ini.Lain-lain19.08.2006
apakah bersalin/melahirkan,terima kasih, dan datang yang digunakan dalam bahasa istana?Bahasa istana merupakan satu jenis laras bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Digunakan oleh golongan istana dalam sistem komunikasi antara mereka seperti panggilan gelaran-gelaran dan sebagainya yang mengandungi nilai bahasa yang tinggi dan beradab. Saudara boleh merujuk perkara ini di Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, Jabatan Perdana Menteri.   Istilah26.04.2009
Saya ingin mendapatkan rujukan bagi saya menamakan ruangan/bilik-bilik di Istana yang mencerminkan imej Istana Negara sebagai institusi Diraja.Penamaan bilik atau dewan boleh dibuat berdasarkan nama yang berkaitan dengan diraja seperti nama-nama sultan/Yang Dipertuan Agong, nama klasik di istana zaman dahulu, bunga, tumbuhan, bintang, batu permata dan sebagainya bergantung pada konsep yang hendak ditonjolkan. DBP ada menerbitkan buku Garis Panduan Menamai Syarikat, bangunan, kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan sebagai panduan umum dalam penamaan tempat awam. Walau bagaimanapun jika puan memilih untuk menamakan bilik dengan konsep yang tertentu, silalah rujuk buku yang berkaitan.Lain-lain27.06.2012
Apabila seseorang hamba ingin mengadu/memaklumkan sesuatu peristiwa/perkara kepada raja, apakah perkataan yang digunakan untuk merujuk mengadu (bahasa istana)? Contohnya, bahasa istana bagi tidur ialah beradu. Saya telah merujuk beberapa laman web yang memberikan bahasa istana. Namun demikian, saya tidak dapat mencari perkataan yang digunakan untuk merujuk mengadu. Bolehkah perkataan mengadu digunakan atau apakah perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan? Mohon beri tunjuk ajar. Terima kasih.Dalam sumber rujukan kami tidak ada padanan untuk perkataan mengadu dalam bahasa diraja, lagipun bahasa diraja terhad perbendaharaan katanya dan tidak semua kata ada padanannya dalam bahasa diraja.  Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Bahasa Diraja yang ditulis oleh Prof. Emeritus Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tatabahasa07.06.2010
Apakah definisi bahasa istana? Apakah ciri-cirinya dan fungsi-fungsinya ?Bahasa istana atau bahasa dalam merupakan bahasa komunikasi keluarga diraja, ketua negeri dan ketua negara yang mengandungi nilai bahasa yang tinggi dan beradab. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut saudara bolehlah mendapatkan buku berkaitan bahasa istana yang berada dalam pasaran atau hubungi bahagian Adat Istiadat, Istana Negara.Makna05.09.2006
Pej. SUK Tr. (PSUKTr) dlm proses tukar nama jwtan d Istana Tr. Soalannya mana yg tepat - i. Datuk Pengelola Bijaya Diraja atau ii. Dato' Pengelola Bijaya Diraja? PSUKTr cdg (i) kerana negeri lain spt Selangor, Johor, Istana Negara menggunakannya. Tetapi Istana Trg cdg (ii) kerana anugerah bintang di sini menggunakan Dato' bukannya Datuk....tk.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja merupakan satu bentuk jawatan. Gelaran yang dianugerahkan kepada penyandangnya ialah Dato' kerana Sultan Terengganu yang menganugerahkan darjah kebesaran tersebut. Oleh itu kedua-duanya boleh diterima pakai. Sekiranya merujuk jawatan, bentuk yang betul ialah  ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja, manakala sekiranya merujuk orang/penyandang, digelar Dato' (bergantung pada negeri yang menganugerahkan darjah kebesaran tersebut) . Contoh lain: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (nama jawatan), penyandangnya Dato' Mazalan bin Mohd. Noor. Datuk Bandar Kuala Lumpur (nama jawatan), nama penyandang: Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail. Untuk mendapatkan keterangan yang lebih sahih, kami mencadangkan saudara merujuk Bahagian Adat Istiadat dan Protokol, Jabatan Perdana Menteri, iaitu pihak yang lebih arif dan berwibawa dalam hal-hal seperti ini.  

Tatabahasa07.08.2010
Apa beza bahasa dalam, bahasa halus, bahasa istana dan, bahasa bangsawan ?Bahasa dalam ialah bahasa kehormatan (bahasa yg dipakai di istana); bahasa halus ialah bahasa atau perkataan lain yg lebih lembut yg digunakan utk menggantikan perkataan yg dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain (mis meninggal dunia utk menggantikan perkataan mati dsb); bahasa istana ialah bahasa yang digunakan di istana dan digunakan oleh kerabat diraja/golongan istana dalam sistem komunikasi antara mereka seperti panggilan gelaran-gelaran, dan sebagainya, manakala bahasa bangsawan pula ialah bahasa yang digunakan bagi kelas-kelas masyarakat yang berbudi halus. Istilah31.08.2009
Tesaurus
 
istana (kata nama)
Bersinonim dengan mahligai, puri, keraton, kedalaman, palis, rumah raja.,

Puisi
 

Hari raya sembahyang raya,
     Raja berangkat dari istana;
Dari daya dan upaya,
     Tiada rotan akar berguna.



Lihat selanjutnya...