Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
apakah maksud 'jati diri'?Jati diri ialah sifat atau ciri yang unik dan istimewa (dari segi adat, bahasa, budaya, agama dan sebagainya) yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dan sebagainya, atau disebut jua identiti.Makna04.10.2009
apa maksud jati diri? sy tak jumpa dlm kamus dewan..apakah yang dimaksudkan dengan jati diri seorang guruJati diri bermakna identiti diri, keperibadian diri yang masih utuh dengan nilai-nilai adat, budaya, agama, bangsa dan negara.Makna16.02.2007
Apakah erti jati diri dan cara yang betul menggunakan istilah ini.Jati bermakna sejati asli, murni, tulen, tidak bercampur, yg. sebenarnya. Jati diri bermakna identiti diri, keperibadian diri yang masih utuh dengan nilai-nilai adat, budaya, agama, bangsa dan negara. Ia boleh digunakan mengikut kesesuaian situasi.Ejaan09.08.2006
Apakah maksud 'jati diri'? Apakah terjemahannya dalam bahasa inggeris? adakah 'self-reliance' menepati maknanya?Makna Jati diri menurut Kamus Dewan Edisi 4 ialah sifat atau ciri yg unik dan istimewa (dr segi adat, bahasa, budaya, agama dsb) yg menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dsb. Jati diri juga merupakan perkataan lain bagi identiti. Oleh itu terjemahan bagi jati diri atau identiti ialah identity. Manakala 'self-reliance' bermaksud berdikari atau kebergantungan diri.Penyemakan dan penterjemahan25.11.2008
Saya ingin dapatkan bantuan untuk terjemahan bagi 'jati diri' dalam B. Inggeris dalam konteks ayat ini: Pendidikan di negara kita seharusnya boleh mewujudkan 'jati diri' yang tingi di kalangan pelajar.Terjemahan bahasa Inggeris bagi jati diri ialah "identity".Penyemakan dan penterjemahan03.09.2009
Definisi Jati DiriMaknanya ialah sifat atau ciri yg unik dan istimewa (dr segi adat, bahasa, budaya, agama dsb) yg menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dsb, identiti. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna05.11.2009
assalamualaikum tuan/puan yang dihormati, saya kurang pasti jika tajuk artikel saya ini sesuai atau tidak dalam konteks penggunaan kata 'jati diri' tajuk artikel: keberkesanan kerja projek dalam membentuk jati diri pelajar terima kasih .

Mengikut Kamus Dewan, jati diri ialah sifat atau ciri yang unik dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya, agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa; identiti. Tajuk ini yang puan cadangkan terlalu umum. Tajuk ini sesuai sekiranya puan memperincikan bidang dalam kerja projek, dan yang paling penting puan harus berjaya mengaitkan perkara ini:  Bagaimana keberkesanan kerja projek (dalam bidang tersebut) dapat membentuk jati diri pelajar? Dan tidak kurang penting juga puan harus dapat membuat pembuktian dalam perkara ini.

Makna02.03.2014
Apakah maksud JATI DIRI ?Maksud Perkataan jati ialah sejati asli, murni, tulen, tidak bercampur, yang sebenarnya.Maksud Perkataan diri ialah batang tubuh, orang seorang, empunya badan.Istilah04.04.2005
apakah maksud jati diri bangsa malaysia?jelaskan dengan terperinci.

Jati diri: sifat atau ciri yg unik dan istimewa (dr segi adat, bahasa, budaya, agama dsb) yg menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dsb, identiti.

Untuk huraian secara terperinci sila rujuk artikel-artikel atau buku--buku yang berkaitan.

Makna31.03.2009
Ingin mengetahui perkataan jatidiri atau pun jati diri Sekian Terima Kasih

iri.k Fazli,

Perkataan ini dieja sebagai dua perkataan, iaitu jati diri.

Ejaan15.12.2010
Tesaurus
 
jati (adjektif)
Bersinonim dengan sejati, asli, murni, tulen, yang sebenarnya, betul, bukan peranakan, totok, kudrati;,
Kata Terbitan : kejatian,

Puisi
 

Tanjung jati melambung pukat,
     Buluh perindu tidak berdahan;
Sayu hati memandang tempat,
     Hati rindu tidak tertahan.



Lihat selanjutnya...