Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Apakah perbezaan makna antara' Jawatankuasa pengelola' dengan ' Jawatankuasa kerja'?Jawatankuasa pengelola dan Jawatankuasa kerja menpunyai maksud yang sama. Penggunaannya bergantung kepada konteks dan situasi.Lain-lain02.03.2010
JAWATANKUASAJAWATANKUASAEjaan10.11.2010
jawatan kuasa or jawatankuasaJawatankuasa.Ejaan27.08.2009
Adakah "perdana-perdana menteri" salah ? Saya juga ingin bertanya tentang cara untuk mendapat jawaban yang tepat selepas perkataan Bahasa Melayu digandakan. Apakah cara-cara tersebut ? Contoh yang lain seperti pesuruhjaya-pesuruhjaya dll. Kadang-kala, pesuruhjaya juga digandakan sebagai pesuruh-pesuruhjaya (salah). Oleh itu, dalam proses penggandaan agak mengelirukan para pelajar.

Penggandaan kata majmuk terbahagi kepada dua. Pertama ialah kata majmuk yang dieja berpisah dan hanya bahagian awal kata sahaja yang digandakan. Contohnya: Perdana Menteri = Perdana-perdana Menteri, kertas kerja = kertas-kertas kerja, mata pelajaran = mata-mata pelajaran.

Kedua, kata majmuk yang dieja bercantum akibat kelaziman penggunaan, dan seluruh kata digandakan. Contohnya: Setiausaha = setiausaha-setiausaha, jawatankuasa = jawatankuasa-jawatankuasa, pesuruhjaya = pesuruhjaya-pesuruhjaya.

Tatabahasa03.11.2008
Jika maksud' jawatankuasa pengelola'' dan jawatankuasa kerja' mempunyai makna yang sama dan penggunaannya bergantung pada konteks dan situasi. Bolek tak tuan berikan contoh situasi yang menampakkan perbezaan dari segi penggunaannya.

Yang biasa digunakan ialah jawatankuasa kerja. Pengelola ialah orang yg mengarah dan mengawal, pengurus, penyelenggara, pentadbir: ~ sekolah-sekolah kebangsaan; ~ syarikat perniagaan.

Tatabahasa03.03.2010
Jawatankuasa masjid ada mmembina bangunan dan dinamakan Perpustakaan Al-Hidayah, Masjid Chabang Empat, Tumpat. Kami memerlukan buku-buku agama dan lain-lain perkara termasuk komputer untuk tujuan mengakses maklumat. Bolehkah pihak tuan membantu perpustakaan kami? Klau boleh, Bagaimana cara untuk kami memohon bantuan daripada pihak tuan?

Sdr., sila kemukakan surat rasmi tentang cadangan tersebut kepada Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Tingkat 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Telefon: 03-2148 2008. Faks: 03-2148 2945

Lain-lain13.12.2009
saya ingin bertanya samada kita boleh menggunakan perkataan "Pengarkiban" untuk nama sesuatu jawatankuasa. Sebagai contoh.. Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Koleksi Warsan dan Pengarkiban kuala lumpur. Saya tidak berapa faham maksud pengarkiban. TerimakasihPengarkiban ialah padanan archiving dalam bahasa Melayu, iaitu proses atau perihal mengarkibkan. Satu lagi bentuk kata yang wujud ialah kearkiban yang bermaksud segala yang berkaitan dengan fungsi (kegiatan atau urusan) arkib. Melihat kepada fungsi dan konteks penggunaan itu, kami mencadangkan perkataan kearkiban yang digunakan menjadi Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Koleksi Warsan dan Kearkiban kuala lumpur.Tatabahasa12.11.2014
"Perlantikan ahli jawatankuasa teknikal" ATAU "Pelantikan ahli jawatankuasa teknikal"?Frasa yang betul ialah 'pelantikan ahli jawatankuasa teknikal'.Ejaan30.03.2011
Yang manakah betul? Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Badminton Terbuka Sarawak ATAU Jawatankuasa Pengelolaan Pertandingan Badminton Terbuka Sarawak.Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Badminton Terbuka Sarawak.Tatabahasa02.03.2010
Majlis Perbandaran Seberang Perai dalam proses untuk menubuhkan jawatankuasa berkaitan bahasa Melayu. Oleh yang demikian, mohon nasihat pihak DBP berkaitan terma rujukan (TOR) yang bersesuaian dengan kepentingan jawatankuasa ini dalam PBT. Sekian, Terima KasihPihak puan boleh merujuk kertas cadangan penubuhan Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Sektor ICT oleh pihak MAMPU seperti yang dilampirkan.Lain-lain04.09.2014
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jawatankuasa