Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Cantik kembang bunga melati, Tumbuh sebatang di tepi kota, Hilang tumbuh patah berganti, Adat pusaka terpelihara juga. Pergi ke pulau menggali ubi, Singgah ke beting dilayar juga, Sepuluh kali kita berbudi, Kalau miskin terbung jua. Pijak galah sambil berlari, Rupanya hujung sudah patah, Banyakkan usaha pada diri, Masa diri muda dan mentah. Jika masak pisang setandan, Mari disimpan dalam kereta, Jika ada tuah di badan, Kaca kupegang jadi permata. Kajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu, Dagang tuan dagang bertempat, Dagang saya sidagang lalu. Anak Cina bertimbang madat, Dari Makasar langsung ke Deli, Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. apa tajuknya? dan siapa yang tulis?Jenis puisi yang di atas ialah puisi Melayu Tradisional yang dikenali sebagai PANTUN. Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Oleh itu, pantun tidak mempunyai pencipta yang khusus, kerana ia bersifat warisan. Secara keseluruhan pula, pantun di atas bertemakan budi dan adat bangsa Melayu.Lain-lain23.06.2008
adakah ayat ini betul dari segi penyambungan katanya; penggunaan perkataan "yang", "dengan" dan ejaan "Kelang": SKVE merupakan sebuah lebuhraya penting ke Putrajaya yang menghubungkan UNITEN di Kajang dengan Pulau Indah di Kelang.

Encik Arrifin,

Ayat yang betul ialah - SKVE merupakan sebuah lebuh raya penting ke Putrajaya yang menghubungkan UNITEN di Kajang dengan Pulau Indah di Klang.

Ejaan18.03.2010
Dengan segala hormatnya, kami sebagai pemaju untuk cadangan 36 unit banglo di atas lot 42433 (PT48242) dan Lot 42434 (PT48243), Seksyen 9, Bandar Kajang, Daerah Hulu Langat. Selangor Darul Ehsan. Kami bercadang menggunakan "Amandarii" sebagai nama taman untuk pemajuan tersebut. Seperti yang tersenarai di dalam Borang Semakan (sesalinan borang disertakan) untuk permohonan kelulusan nama taman kepada Majlis Perbandaran Kajang, kami berbesar hati agar mendapatkan sokongan dari pihak tuan.Berdasarkan semakan kami tidak ada maksud yang dapat dikaitkan dengan perkataan Amandarii. Oleh itu, kami tidak dapat memperakukan perkataan Amandarii kerana tidak melambangkan citra kebangsaan. Untuk membuat rujukan tentang penamaan, sila layari http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=39&VertSectionID=25&CurLocation=25&IID=&Page=1 dan klik "Nama Indah (Penamaan Bangunan, Taman dan Jalan".Penyemakan dan penterjemahan24.02.2012
Sykt saya sedang memohon untuk kelulusan nama bangunan dari pihak Majlis Perbandaran Kajang.Nama bangunan yang kami pilih ialah "TETRIS" iaitu nama satu permainan video game yang sangat popular di zaman sekarang.Tetapi saya ingin memastikan dalam bahasa melayu,adakah nama ini juga dikenali sebagai "TETRIS".Kerana saya telah cuba mencari dalam kamus dewan tetapi tidak menjumpainya.

Untuk menamakan bangunan ataupun penamaan lain untuk paparan di tempat awam, hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan dengan ejaan dan nahu yang betul serta melambangkan citra kebangsaan. Pada pandangan kami, nama "Tetris" tidak sesuai untuk menamakan bangunan kerana tidak membawa apa-apa makna dalam bahasa kebangsaan.

Lain-lain17.08.2011
asap (dari,daripada)paip ekzos.'dari' digunakan untuk merujuk kepada tempat atau masa (cth: dia datang dari Kajang), manakala 'daripada' merujuk kepada sumber atau perbandingan (cth: Kain diperbuat daripada benang). Justeru, jawapan yang betul ialah asap daripada paip ekzos.Tatabahasa14.02.2011
saya berminat untuk menyertai program bimbingan dan bengkel penulisan yang dianjurkan oleh DBP. bolehkan saya dapatkan maklumat mengenainya. buat masa sekarang saya menetap di KajangSila hubungi pegawai di Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran di talian 03-21482567/21482550 atau e-mel pertanyaan saudara kepada yusaida@dbp.gov.my atau faridah@dbp.gov.my.Lain-lain31.03.2011
pemandangan (dari,daripada)kawasan itu sungguh cantik.apa jawapan?'dari' digunakan untuk merujuk kepada tempat atau masa (cth: dia datang dari Kajang), manakala 'daripada' merujuk kepada sumber atau perbandingan (cth: Kain diperbuat daripada benang). Justeru, jawapan yang betul ialah pemandangan daripada kawasan itu sungguh cantik.Tatabahasa14.02.2011
Ayat-ayat di bawah betul atau salah?Kalau salah harap jelaskan apa kesalahannya. 1)Pulau Tioman terindah di dunia. 2) Para banduan wanita itu akan dipindahkan ke Penjara Kajang. Terima kasihAyat pertama ayat tergantung, sepatutnya Pulau Tioman merupakan pulau yang terindah di dunia.
Ayat kedua betul.
Tatabahasa08.07.2014
maklumat itu diperoleh(dari,daripada)buku itu.apa jawapannya?'dari' digunakan untuk merujuk kepada tempat atau masa (cth: dia datang dari Kajang), manakala 'daripada' merujuk kepada sumber atau perbandingan (cth: Kain diperbuat daripada benang). Justeru, jawapan yang betul ialah maklumat itu diperoleh daripada buku itu.Tatabahasa14.02.2011
On Building and extensions including but not limited to fixtures & fittings, walls, gates, fences, awnings, signboards & signages and all other structural connections, designs improve of a structural nature and installations supporting framework supply mains and meters whilst contained therein

Pada bangunan dan binaan tambahan termasuk tetapi tidak terhad kepada lekapan dan kelengkapan, pintu pagar , pagar, kajang, papan iklan dan papan tanda dan semua sambungan struktur lain, *reka bentuk, penambahbaikan struktur semula jadi ( *harap dapat saudara perjelas bahagian ini)  dan pemasangan yang menyokong rangka,sesalur bekalan dan meter yang terkandung  di dalamnya.

 

Penyemakan dan penterjemahan07.01.2008
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kajang

Puisi
 

Kajang tuan kajang berlipat,
     Kajang saya mengkuang layu;
Bujang tuan bujang bertempat,
     Bujang saya terbuang lalu.



Lihat selanjutnya...