Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
bentuk penggandaan kata majmuk yang membawa makna kiasan: kaki-kaki bangku @ kaki bangku-kaki bangkuKaki-kaki bangku.Tatabahasa22.04.2010
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "gym rat"? Adakah (1) penggiat bina badan; (2) kaki gim; (3) kaki bina badan?Cadangan kami yang lebih sesuai adalah sama ada "kaki gimnasium" atau "kaki bina badan".Penyemakan dan penterjemahan01.03.2007
2. pokok labu sejenis tumbuhan (menjalar / merayap) Kedua-dua jawapan ini betul? Kalau tidak, mengapa? 3. Kata seru (a) ______, kerasnya kuih ini! (b) ______, kuih ini berjaya dihabiskan! (c) ______, sukarnya membuat kuih ini! 4. Pekerja sekolah sedang menyapu sampah di kaki-kaki lima sekolah. 5. Ikan-ikan yang segar-segar itu dijual di pasar. 6. Oleh kerana malas belajar, Ros gagal dalam peperiksaan. 7. Pokok duit-duit pokok tumpang. 8. Bukit itu dipenuhi dengan batu-batan. 9. Kuih-muih itu dijual pada harga yang berpatutan. 10. Bingkai gambar itu digantung berjauhan dangan lampu / Bingkai gambar itu digantung berjauhan dengan lampu. 11. Adik ______ (kata adjektif) sangat hendak makan ubat yang pahit itu.

2. Pokok labu sejenis tumbuhan (menjalar / merayap). Berdasarkan Kamus Dewan,  merayap dan menjalar mempunyai makna yang sama.

3. (a) __Aduh____, kerasnya kuih ini! (b) ____Wah__, kuih ini berjaya dihabiskan! (c) ___Aduh___, sukarnya membuat kuih ini!
 

4. Betul.

5. Betul.

6. Oleh sebab malas belajar, Ros gagal dalam peperiksaan.

7. Pokok duit-duit ialah pokok tumpang.
 

8. Betul.

9. Betul. 

10. Bingkai gambar itu digantung berjauhan dari lampu.

11. Adik ___susah___ (kata adjektif) sangat hendak makan ubat yang pahit itu. 

Tatabahasa08.08.2013
Ejaan yang manakah yang betul? Kawat kaki atau kawad kaki? Perkataan kawat terdapat dalam Kamus Dewan Edisi 3 tetapi ditiadakan dalam KDE4 yang menggunakan perkataan kawad kaki. Bagaimanakah ejaan jawinya dieja berdasarkan sistem ejaan jawi dahulu dan sekarang? Carian kata hanya ada kawat.Mengikut daftar kata ejaan perkataan kawat yang digunakan, dan walau bagaimanapun untuk jawapan yang lebih terperinci berkenaan kamus dewan, sdr bolehlah merujuk Puan Aziah, dari Bahagian Perkamusan, di talian 03 21482713Istilah03.12.2007
Gabungkan 2 ayat tunggal dengan kata hubung yang diberi. 1)Mereka tidak menaiki bas. Mereka berjalan kaki.(tetapi) a)Mereka tidak menaiki bas tetapi berjalan kaki. b)Mereka berjalan kaki tetapi tidak menaiki bas. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima?Ayat yang betul ialah "Mereka tidak menaiki bas tetapi berjalan kaki."Tatabahasa09.10.2013
kaki katil dalam bahasa Inggerisleg - support of chair, table, etc.Penyemakan dan penterjemahan05.04.2011
Apakah kata ganda untuk 'kaki lima'? Adakah penggunaan 'terpenting' dalam ayat berikut salah? Mengapa? Pemakanan merupakan faktor terpenting untuk menjaga kesihatan seseorang. Adakah penggunaan 'pergaduhan' dalam ayat berikut salah? Pasangan suami isteri itu reda dengan pergaduhan itu. Adakah penggunaan 'berduaan' salah dalam ayat berikut? Duduk berduaan di tempat sunyi merupakan satu kesalahan bagi pasangan yang belum berkahwin.Kata ganda bagi kaki lima ialah kaki-kaki lima. Penggunaan "terpenting" dalam ayat tersebut betul kerana ia menunjukkan yang paling penting. Pergunaan perkataan "pergaduhan" juga betul kerana ia juga membawa maksud "perkelahian". Dalam ayat seterusnya, perkataan "berduaan" boleh digunakan kerana ia bermaksud berdua sahaja atau cuma berdua. Selain itu "berdua-duaan" juga boleh digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa16.07.2009
perluasan makna kata "kaki"

Dalam Kamus Dewan kaki ditakrifkan sebagai 1. anggota badan  2. bahagian kaki (anggota badan) yg di sebelah bawah (dr buku lali ke bawah)  3. bahagian (sbg penyangga atau penopang) tempat sesuatu benda berdiri  4. bahagian yg di sebelah bawah sesuatu  5. penjodoh bilangan bagi beberapa jenis benda  6. ukuran panjang yg sama dgn 12 inci atau 30 sentimeter  7. kiasan (orang yang) suka melakukan sesuatu.

Makna10.09.2009
sila jelaskan makna "siarkaki" -Siar kaki ialah iatilah lama yang juga bermaksud kaki lima atau laluan jalan kaki. Harap maklum.Makna04.08.2008
Penjodoh bilangan untuk kunyit hidup?..kaki, tongkol, ketul..dlm skema kata kaki..minta maklum balas. TqDalam Kamus Dewan, di bawah entri kaki ada dimasukkan contoh sekaki kunyit.Tatabahasa21.05.2013
Tesaurus
 
kaki (kata nama)
1. Dalam konteks anggota badan
bersinonim dengan betis, keting, paha, lutut, tumit, tapak kaki, tungkai,

2. Bersinonim dengan bawah: dasar, tapak, bes,

3. Dalam konteks ukuran
bersinonim dengan 12 inci, 30 sentimeter,

4. Bersinonim dengan penyangga: penopang

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan gemar akan, suka akan, ketagih, candu.,


Puisi
 

Kaki melila panjang disepak,
     Orang mengail di Lubuk Johor;
Sudah kubanding muda segak,
     Hitamlah manis rambutnya kejur.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
360

To each his own

Setiap orang berbeza kesukaannya.

Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati.

Many people go for pretty singers, but if you ask my opinion, I'd prefer an ugly singer to preety one -> to each his own !

Kebanyakkan orang menyukai penyanyi yang cantik, tetapi jika anda bertanyakan pendapat saya, saya lebih suka penyanyi yang hodoh, bukannya yang cantik. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...