Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Cahaya Petunjuk SAT 20:14 Cahaya Petunjuk Cahaya Assalamualaikum dan salam sejahtera, Admin. Saya mahu bertanya. Apakah sumbangan DBP dalam perkamusan ? terima kasih.Waalaikumussalam, Puan, sumbangan DBP dalam perkamusan ialah menghasilkan kamus dalam bentuk bercetak dan digital. Kamus yang telah dihasilkan dalam bentuk bercetak terdiri daripada kamus ekabahsa dan kamus dwibahasa. KAMUS YANG DIUSAHAKAN OLEH BAHAGIAN PERKAMUSAN Kamus Ekabahasa 1. Kamus Dewan 2. Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar 3. Kamus Dewan (Ejaan Baru) 4. Kamus Rendah Dewan Bergambar 5. Kamus Dewan Edisi Baru 6. Kamus Kebalikan Dewan 7. Kamus Dewan Edisi Ketiga 8. Kamus KBSR Dewan Bergambar Edisi Kedua 9. Kamus Dewan Edisi Keempat 10.Kamus Pelajar Edisi Pertama 11.Kamus Pelajar Edisi Kedua 12.Kamus Saku Bahasa Melayu Dewan 13.Kamus Dewan Edisi Keempat 14.Kamus Pelajar Edisi Kedua Kamus Dwibahasa 1. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu 2. Kamus Inggeris-Melayu Dewan 3. Kamus Inggeris-Melayu Dewan Edisi Ringkas 4. Kamus Perancis-Melayu 5. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu Edisi Kedua 6. Kamus Thai-Melayu Dewan 7. Kamus Melayu-Inggeris Dewan 8. Kamus Tamil-Melayu Dewan 9. Kamus Cina-Melayu Dewan Kamus Istilah 1. Kamus Istilah Sains Am 2. Kamus Perhutanan 3. Kamus Biologi KBSM 4. Kamus Perakaunan 5. Kamus Hidrometeorologi 6. Kamus Mekanik Gunaan 7. Kamus Perubatan 8. Kamus Kimia KBSM 9. Kamus Ekologi 10.Kamus Fizik KBSM 11.Kamus Ekonomi 12.Kamus Komputer 13.Kamus Kewangan 14.Kamus Kejuruteraan Kimia 15.Kamus Pelaburan 16.Kamus Linguistik 17.Kamus Meteorologi Perhubungan 18.Kamus Matematik KBSM 19.Kamus Perbankan 20.Kamus Teknik Elektrik 21.Kamus Kejuruteraan Kimia Edisi Kedua 22.Kamus Kejuruteraan Polimer Hasil Berbentuk Elektronik yang diusahakan oleh pihak luar dengan menggunakan data kamus DBP 1. Dewan-Eja (Perisian komputer untuk menyemak ejaan Bahasa Melayu 2. E-Kamus (Cakera padat yang mengandungi Kamus Dewan, Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Kamus Komputer 3. CD Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM (Kamus Interaktif, ilustrasi, animasi, dan audio permainan) 4. Dewan Eja Pro - Kamus-kamus yang terdapat dalam PRPM (digital: 1. Kamus Dewan Edisi Keempat 2. Kamus Pelajar Edisi Kedua 3. Kamus Inggeris-Melayu Dewan 4. Kamus-kamus lain.Lain-lain05.11.2016
Dalam penterjemahan, bagi sesebuah istilah, rujukan apakah yang lebih mutakhir untuk digunakan? Kamus Dewan Edisi Keempat, Kamus Pelajar, Kamus Inggeris-Melayu, Istilah MABBIM, atau Istilah Malaysia?Setiap rujukan digunakan mengikut bidang tertentu. Dalam hal penggunaan kata, rujukan terbaik ialah Kamus Pelajar kerana Kamus Pelajar disasarkan untuk kegunaan pelajar dalam pembelajaran mereka. Berbeza dengan Kamus Dewan yang merakamkan pelbagai bentuk kata yang ada dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, jika merujuk Kamus Dewan, harus melihat label yang digunakan dan perkataan yang mempunyai label bp (bahasa Percakapan) tidak digunakan dalam konteks rasmi. Walau bagaimanapun jika hendak melihat makna kata, tuan boleh merujuk Kamus Dewan kerana kamus ini mempunyai entri yang lebih banyak daripada Kamus Pelajar. Dalam hal peristilahan pula, rujukan Istilah Malaysia lebih utama kerana disesuaikan konteks penggunaan tempatan.Lain-lain01.10.2015
Salam, Jawapan yg saya terima sungguh mengecewakan. Antara cara utk mengenal pasti kelas kata ialah merujuk kamus. Kamus Dewan tidak membubuh kelas kata perkataan, perincian kelas kata boleh dikenal pasti dgn melihat contoh ayat yang digunakan. Lihat entri perkataan masuk - memasukkan, ia memasukkan mesin taip ke dalam bilik, perkataan memasukkan diikuti objek. Tidak semua ilmu boleh diuji secara saintifik, termasuklah ilmu bahasa. Dalam pertanyaan saya, hanya perkataan saintifik itulah yang dilihat and dijawab. Sebab itulah perkataan saintifk itu diletakkan dalam pembuka kata (") dan; penutup kata. Sebab itu bukan hujah utama saya. Saya berikan lagi satu senario. Contohnya dalam situasi pengajaran di bilik darjah, seorang murid bertanya "mengapa perkataan "memasukkan" itu kata kerja tak transitif? bagaimana kita tahu perkataan itu perlukan objek? Jika masa itu tiada kamus utk dirujuk (seperti dlm peperiksaan), bagaimanakah murid itu tahu dgn pasti perkataan itu perlukan objek. Apakah asasnya utk menyertakan objek? Sekirannya ada contoh ayat, bolehlah kita mengetahui kelas katanya. Jika tiada atau kita perlu membina ayat, bagaimana kita menilai sama ada perlunya objek? Bagi seseorang yg ada asas yang kukuh dlm tatabahasa bolehlah mengetahuinya, bagaimana pula jika murid yang lemah dalam penguasaan tatabahasa? Adakah beliau perlu meneka atau berpandukan "gut feeling" sama ada ayat itu "kelihatan" tergantung? Mohon saudara di DBP boleh membantu merungkai kekusutan ini.Kata kerja transitif yang wujud alam ayat aktif ialah kata yang menerima awalan meN-, apitan meN-...-i dan meN-...-kan. Contoh:
(i) meN-...: Ali membeli buku.
(ii) meN-...-i: Hujan membasahi jemurannya.
(iii) meN-...-kan: Ibu sedang menidurkan anaknya.
Boleh dikatakan sebahagian besar kata yang menerima awalan meN-, apitan meN-...-i dan meN-...-kan ialah kata kerja transitif, hanya sebahagian kecil sahaja merupakanm kata kerja tak transitif seperti menguning (padi menguning) dan menjadi (dia menjadi guru). Hal ini dapat dibezakan dengan kata kerja transitif dengan cuba menukarkannya kepada ayat pasif. Contoh: dikuning padi (salah) dan guru  dijadi dia (salah); tidak seperti ayat, buku dibeli oleh Ali dan jemurannya dibasahi hujan.
Kami amat mengalu-alukan sekiranya ada kajian yang dibuat oleh sarjana dapat membantu pelajar mengenali dengan perbezaan kata kerja transitif dengan kata kerja tak transitif, selain cara mengenali kelas kata yang banyak ditulis dalam buku tatabahasa. Kami berharap maklumat yang sedikit ini dapat membantu puan.
Tatabahasa07.10.2016
Assalamualaikum, saya nak tanya pasal istilah ''hello'' iaitu istilah yang digunakan untuk menyapa, menegur atau menarik perhatian seseorang. Saya penat mencari istilah ''helo'' yang sesuai untuk bahasa Melayu dalam kamus-kamus, buku-buku dan sebagainya. Tapi hasilnya menghampakan dan mengecewakan. Saya tak jumpa istilah ''helo'' untuk bahasa Melayu. Tapi dalam kamus Melayu lama ada iaitu ''Amboi!'' tapi istilah itu jarang dipakai untuk menegur sebaliknya digunakan untuk menyatakan rasa hairan, kasihan, kagum dan sebagainya. Dalam masa yang sama, saya rasa malu dengan bahasa Melayu kerana istilah ''helo'' juga dipinjam daripada bahasa Inggeris iaitu ''hello''. Padahal. boleh saja jikalau diperkayakan, diciptakan dan disesuai dengan istilah tempatan. Oleh kerana ucapan ''salam'' atau ''assalamualaikum'' sering digunakan. Jadi, apa salahkan digunakan ''Sejahtera!'' untuk ''Hello!'' dalam bahasa Inggeris sebab ''salam'' bermaksud ''sejahtera''. Jikalau para pakar DBP dan pakar bahasa Melayu menyesuaikan dan menggunakan istilah ''Sejahtera!'' untuk ''Hello!'' dan ''Hi!'' dalam bahasa Inggeris. Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan segala cadangan saya untuk kemajuan, perkembangan dan keaslian bahasa Ibunda kita iaitu bahasa Melayu. Semoga bahasa Melayu terus dimartabatkan dan dikekalkan keasliannya seperti apa yang diimpikan oleh pendeta Za'ba dan kita semua sebagai bangsa Melayu. Insya Allah, amin.Kami ambil maklum pandangan tuan dan mengucapkan syabas atas keprihatinan tuan dalam hal ini. Satu lagi yang perlu kita fahami ialah praktikal penyusunan kamus. Kamus umum merakamkan penggunaan kata yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Penggunaan kata "helo" apabila memulakan perbualan dalam telefon amat banyak digunakan, bukti yang jelas dapat dilihat melalui penggunaan perkataan "helo" dalam filem-filem lama era Tan Sri P. Ramlee. Berkemungkinan jika pada suatu masa dahulu, masyarakat penutur jati menggunakan perkataan "sejahtera" atau "salam", maka perkataan itulah yang akan diambil dalam penyususnan kamus. Walau bagaimanapun cadangan tuan ini akan kami panjangkan kepada Bahagian Perkamusan dan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP untuk perhatian pihak mereka.Istilah06.11.2015
Assalamualaikum tuan/puan, pada pendapat tuan/puan, kamus dwibahasa (melayu-inggeris & melayu-arab) yang mana satu terbaik? dan bagaimana saya sebagai pengguna kamus dapat mengenal pasti sama ada kamus itu terbaik atau sebaliknya?Untuk makluman, DBP tidak mempunyai maklumat mengenai kamus yang terbaik di pasaran. Contohnya, DBP menerbitkan beberapa jenis kamus seperti kamus umum, kamus pelajar, kamus istilah dan sebagainya. Oleh itu, terpulang kepada pelanggan untuk memilih kamus yang sesuai untuk kegunaannya.  Lain-lain11.02.2015
Tuan, saya telah mematuhi arahan tuan untuk merujuk Kamus Pelajar dan Kamus Dewan bagi membandingkan maksud perkataan. Tetapi, untuk perkataan "menggariskan", Kamus Pelajar memberikan takrif "membuat garis dengan sesuatu alat", manakala Kamus Dewan memberikan maksud "membuat garis pada sesuatu tempat". Walau bagaimanapun, dalam Kamus Pelajar, "menggarisi" yang membawa maksud "membuat garis pada sesuatu tempat", bukan perkataan "menggariskan". Dalam Kamus Pelajar, "menggariskan" hanya bermaksud "membuat garis dengan sesuatu" atau "menggunakan sesuatu untuk membuat garis". Jadi, "menggarisi" atau "menggariskan" yang membawa maksud "membuat garis pada sesuatu tempat"? Contoh arahan soalan: Garisi/Gariskan kata-kata kerja tak transitif yang terdapat dalam petikan.Bagi tujuan peperiksaan atau pembelajaran yang terarah kepada peperiksaan, sila  rujuk makna yang diberikan dalam Kamus Pelajar. Jika tidak ada maklumat yang diperlukan dalam Kamus Pelajar, barulah merujuk Kamus Dewan. Namun jika tuan berhasrat untuk membuat kajian bolehlah membuat perbandingan antara beberapa buah kamus.Makna15.12.2014
Assalamualaikum dan selamat pagi. Di Malaysia, kita menggunakan Kamus Dewan Edisi Keempaat (sekarang) sebagai kamus utama dalam bahasa Melayu. Adakah pihak DBP tahu, di Indonesia, mereka menggunakan kamus yang mana satu sebagai kamus utama mereka. Kamus Besar Bahasa Indonesia?Kamus Besar Bahasa Indonesia diusahakan oleh Pusat Bahasa, Departmen Pendidikan Nasional yang sama fungsinya sepeerti DBP. Kamus inilah juga yang menjadi rujukan utama di Indonesia.Lain-lain22.09.2015
Tuan, frasa sendi nama yang manakah betul, "di dalam kamus" atau "dalam kamus"? Pada pendapat saya, "dalam kamus" lebih jitu kerana kita tidak dapat melihat sesuatu benda yang mempunyai bentuk yang tetap berada dalam kamus kerana benda itu merupakan tulisan yang bersifat abstrak. Apakah pandangan tuan? Sama juga dengan sama ada "di dalam buku" atau "dalam buku"? Contoh ayat: 1. Perkataan ini tidak wujud di dalam/dalam kamus. 2. Banyak tulisan lama terkandung di dalam/dalam buku itu. 3. Keterangan maksud yang ada di dalam/dalam kamus itu sungguh jelas. 4. Di dalam/dalam buku cerita itu, terdapat satu watak yang sangat saya sukai. Minta tuan jelaskan soalan ini.Penggunaan kata "di dalam" dan "dalam" adalah seperti yang berikut:
Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan.
Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.
Oleh itu, jawapan yang tepat bagi menjawab pertanyaan ialah dalam kamus dan
dalam buku.
Tatabahasa06.12.2014
SAYA INGINKAN PENCERAHAN, APAKAH MAKSUD LAMAN WEB PRPM DARI SUDUT FUNGSINYA DALAM PENDIDIKAN? APAKAH PERANAN LAMAN WEB INI DALAM DUNIA ICT PENDIDIKAN?Laman PRPM menyediakan data kebahasaan dan kesusasteraan daripada pelbagai sumber meliputi Kamus Dewan, Kamus Pelajar, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, istilah dalam pelbagai bidang termasuklah istilah yang disepakati di peringkat MABBIM, ensiklopedia, puisi, bahasa sukuan (suku kaum di Sabah dan Sarawak), peribahasa dan sebagainya. Kepelbagaian sumber data ini memberikan impak yang sangat besar kepada dunia pendidikan kerana sebahagian besar pelajar merujuk Kamus Dewan dan Kamus Pelajar dan kini mereka boleh menyemaknya secara dalam talian. Justeru, PRPM menjadi antara laman web kerajaan yang popular yang kerap dilayari oleh para pengguna. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berhubung dengan pegawai di Bahagian Sistem Maklumat, DBP, Puan Norawati melalui e-mel norawati@dbp.gov.my atau di talian 03-21479000.
Lain-lain18.04.2014
Tuan, saya ingin menanyakan bahawa sama ada Kamus Dewan tidak bersifat baku, manakala Kamus Pelajar lebih bersifat baku? Maklumat ini saya dapat daripada kiriman pengikut laman web Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Facebook. Menurutnya, Kamus Dewan hanya bertugas mencatat segala perkataan yang ada dalam masyarakat, jadi ada ayat yang tidak mematuhi tatabahasa serta ada dialek bahasa yang tidak sesuai untuk kita. Dia juga berkata bahawa jika hendak merujuk bahasa Melayu yang baku, rujuk Kamus Pelajar. Pada saya, saya mengkehendaki bahasa Melayu yang baku kerana bahasa Melayu baklulah yang hendak saya pelajari, bukan bahasa Melayu yang mengikut kebiasaan masyarakat tetapi tidak mengikut tatabahasa. Jadi, Kamus Pelajar terbitan DBP lebih baiklah jika hendak membuat pilihan?Saudara perlu merujuk kedua-dua kamus, iaitu Kamus Dewan dan Kamus Pelajar apabila hendak membuat rujukan tentang bahasa Melayu, khususnya aspek makna perkataan dan penggunaannya. Kamus merakamkan apa-apa juga perkataan yang digunakan oleh masyarakat. Dalam hal yang lebih terperinci, seperti tatabahasa, buku Tatabahasa Dewan hendaklah menjadi sumber rujukan utama.Tatabahasa08.12.2014
Tesaurus
 
kamus (kata nama)
Bersinonim dengan tesaurus, leksikon, glosari, daftar, ensiklopedia.,