Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Saya kecewa dengan pemimpin-pemimpin Melayu semasa mereka berucap atau mengadakan sidang akhbar sama ada di TV 1, TV 2, atau TV 3. Mereka mengatakan bahasa melayu abahsa rasmi. bahasa Melayu bahasa Perpaduan tetapi semua itu hanya manis di mulut sahaja. Cakap dan tak serupa bikin. Dalam majlis yang dihadiri oleh khalayak masyarakat India atau Cina, pemimpin-pemimpin kita begitu tunjuk lagak seolah-olah merekalah yang pandai berbahasa Inggeris. Kononnya, berucap dengan bahasa Inggeris lebih difahami oleh khalayak. TAPI sebenarnya, suatu penghinaan kepada kaum India dan Cina yang telah menetap di negara ini selama lebih 50 tahun. Seolah-olah pemimpin-pemimpin kita beranggapan bahawa masyarakat India dan Cina tidak mahir berbahasa melayu. Seolah-olah mereka tidak faham apabila pemimpin berucap dalam bahasa Melayu. Saya cukup sedih dengan pemimpin kita yang berpura-pura ingin memperkasa bahasa Melayu tetapi semuanya hanya mainan bibir sahaja.

Encik Mahayuddin,

Pandangan yang tuan berikan itu memang tepat sekali. Sepatutnya para pemimpin menjadi contoh dan teladan yang baik, bukannya merendahkan martabat bahasa Melayu. Marilah kita berpegang teguh kepada Perlembagaan negara kita.

Lain-lain05.10.2010
makna bagi pelihara,butir butir halus dan lembut dan kecewaPelihara ialah membela, menjaga, merawat. Butir-butir halus dan lembut ialah benda/biji yang halus dan lembut. Kecewa ialah berasa) dukacita kerana tidak tercapai cita-cita (harapan, kehendak, dsb), hampa Sila rujuk Kamus Dewan untuk huraian yang lebih lanjut.Makna20.09.2006
Ayat di bawah ini jenis ayat perintah apa? Usahkan kecewa jika gagal dalam pertandingan yang disertai sebaliknya kita perlu berusaha gigih.Ayat tersebut merupakan ayat perintah larangan. Akan tetapi, ayat yang diberikan kurang tepat. Ayat yang lebih tepat: Usah kecewa jika gagal dalam pertandingan yang disertai, sebaliknya kita perlu berusaha dengan lebih gigih.Tatabahasa28.09.2015
A. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat-ayat berikut, tolong perbetulkan dan jelaskan mengapa ? 1. Zarina berasa kecewa kerana terpaksa memecahkan harapan keluarganya yang ingin melihatnya melanjutkan pelajaran di universiti. 2. 'Malaysia, di sini lahirnya sekeping cinta ' merupakan slogan Hari Kemerdekaan yang ke-57. 3. Lampin pakai campak keluaran syarikat Huggies menawarkan potongan harga yang menarik untuk setiap pembelian RM60.00 dan ke atas. 4. Encik Ali mengajar Geografi kepada murid-murid menengah atas. 5. Landasan konkrit projek Mass Rapid Transit yang sedang dalam proses pembinaan di Kilometer 10, Jalan Mewah menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya berikutan taraf keselamatannya yang kurang memuaskan. 6. Sempena jualan penghabisan stok di pasar raya itu, pemiliknya telah mengedarkan katalog baru kepada pembeli. 7. Hadiah kemenangan saya telah bertambah sebab saya memilih untuk menggunakan pembelian secara pukal. B. Bagaimana hendak tukarkan ayat tanya songsang kepada ayat tanya biasa bagi ayat berikut : 1. Bagaimanakah awak masuk ke rumah sedangkan awak lupa untuk membawa kunci ? C. Apakah peribahasa yang sesuai bagi kedua-dua ayat berikut ? 1. Pengadil bola keranjang itu dicemuh oleh penonton kerana bersikap _____________ ketika mengadili perlawanan. 2. Kehidupan keempat-empat anak yatim piatu di hujung kampung itu sungguh daif dan melarat umpama ________ . Terima kasih.1. Zarina merasa kecewa kerana menghampakan harapan keluarganya yang ingin melihatnya melanjutkan pelajaran di universiti. Ayat ini kurang tepat kerana penggunaan kata yang tidak tepat dalam konteks ayat tersebut. Untuk melihat penggunaan kata yang tepat, sila rujuk kamus atau layari laman web kami di www.prpm.dbp.gov.my. Ruang yang terhad ini tidak dapat menghuraikan satu demi satu kesalahan dan ayat selepas ini telah diperbaiki.
2. "Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta", merupakan slogan Hari Kemerdekaan yang ke-57.
3. Lampin pakai buang keluaran syarikat Huggies menawarkan potongan harga yang menarik untuk setiap pembelian RM60.00 dan ke atas.
4. Encik Ali mengajarkan Geografi kepada murid-murid menengah atas.
5. Landasan konkrit projek Mass Rapid Transit yang sedang dalam proses pembinaan di Kilometer 10, Jalan Mewah menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya berikutan tahap keselamatannya yang kurang memuaskan.
6. Bersempena dengan jualan penghabisan stok di pasar raya itu, pemiliknya telah mengedarkan katalog baru kepada pembeli.
7. Hadiah kemenangan saya telah bertambah kerana saya memilih untuk menggunakan pembelian secara pukal.

B. Bagaimanakah awak masuk ke rumah sedangkan awak lupa membawa kunci 

C. Sila rujuk penggunaan peribahasa yang sesuai dengan konteks ayat melalui laman web kami.
Tatabahasa23.09.2015
1. Awangku Merali sering termenung sejak BELAKANGAN ini kerana kecewa akan sikap keluarganya. Adakah penggunaan BELAKANGAN di atas betul? Apakah perbezaan BELAKANGAN dan KEBELAKANGAN? 2. Pemantauan harga barang-barang perlu dibuat secara mengejut terutamanya DI musim-musim perayaan? Adakah penggunaan DI di atas betul? 3. Pasu bunga itu pecah kerana IA dilanggar oleh adik. Bolehkah perkataan IA digunakan dalam ayat di atas? Terima kasih!

1. Kedua-duanya sama, iaitu belakangan dan kebelakangan.

2. Yang betul ialah "pada musim-musim perayaan".

3. Penggunaan "ia" untuk merujuk manusia sahaja. Walau bagaimanapun, ayat boleh ditulis  "Pasu bunga itu pecah kerana dilanggar oleh adik"

Tatabahasa06.10.2009
Saya baru membeli buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan agak kecewa apabila mendapati penggunaan kata 'di atas' atau 'ke atas' dalam konteks ayat-ayat seperti di lampiran tidak dibincangkan. Saya rasa ramai yang tersalah guna. Harap dapat diperjelaskan. Sekian, terima kasih.

Tuan/Puan boleh rujuk dengan Bahagian Penyelidikan, Jabatan Bahasa, DBP untuk keterangan lanjut di talian 03-21482810. Terima kasih.

Lain-lain28.05.2008
apakah maksud pesimis?Pesimis bermaksud bersikap mudah putus asa atau kecewa.Makna04.12.2012
apakah maksud pesimis?Pesimis bermaksud bersikap mudah putus asa atau kecewa.Makna04.12.2012
Sebagai seorang pelajar kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian Melayu, saya berasa sungguh kecewa dengan sesetengah pihak atau individu yang memandang remeh penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sememangnya kita tahu bahawa satu ketika dahulu Bahasa Melayu menjadi lingua franca di nusantara tapi itu ratusan tahun dahulu sebelum kita merdeka. Bagaimana pula penggunaannya masa kini? Jika hanya berpegang pada akta tapi pelaksaannya tidak berkesan, saya yakin dimasa akan datang anak melayu sendiri tidak pandai bertutur bahasa Melayu. DBP sepatutnya memainkan peranan sebagai orang tengah dengan pihak kerajaan bagi menaikkan semula Bahasa Melayu yang dahulunya menjadi keagungan di Nusantara.Pandangan saudara kami terima. DBP sememangnya badan yang dipertanggungjawabkan untuk memperkasakan bahasa dan sastera kebangsaan namun yang paling penting ialah azam politik dan penguatkuasaan. Terima kasih.Lain-lain08.08.2008
aduan: saya call dbp berdasarkan no di website berpuluh kali dan tiada siapa yg menjawab. kecewa. pertanyaan: siapa perlu saya hubungi berkaitan untuk mengunakan dewan/auditorium dbp dan bagaimana caranya. berapakah sewanya dlllkami mohon maaf atas perkara yang berlaku. Dan untuk maklumat lanjut berhubung perkara tersebut, sila berhubung terus dengan En. Muhammad Faisal bin Radzuan di talian 03-21481690 atau e-mel mfaisal@dbp.gov.my atau atau pegawainya Encik Hamidi bin Baharom di talian 03-21483051 atau e-mel hamidi@dbp.gov.my.Lain-lain19.03.2012
Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
187

There are plenty more fish in the sea

Orang atau sesuatu yang sudah terlepas dari tangan boleh dicari ganti. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk memujuk orang yang kecewa sebab putus cinta)

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

"Don't be sad. There are plenty of more fish in the sea, you know. Sooner or later, you'll find a new love," Din says, conforting his friend.

''Jangan bersedih. Kata orang, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Lambat laun kau akan mendapat penggantinya,'' kata Din yang cuba menenangkan hati kawannya itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...