Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
kekangan atau kengkangan?Perkataan yang betul ialah kekangan, lihat kekangan">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kekangan untuk maklumat selanjutnya.Ejaan27.07.2015
penggunaan perkataan kekangan untuk menyatakan masalah ruang bagi tujuan permohonan ruang.Kekangan bermaksud halangan/sesuatu yg mengekang (menghalang dll). Dalam konteks ayat tersebut,  kekangan untuk menyatakan masalah ruang bagi tujuan permohonan ruang ialah halangan/sesuatu yang menghalang permohonan ruang itu diluluskan.Makna01.04.2010
maksud kekangannyaBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kekangan bermaksud  1. besi bergerigi yg dikenakan pd mulut kuda (utk mengendalikannya), kendali; 2. = tali ~ tali drpd kulit dll utk mengendalikan kuda; 3. ki sesuatu (spt undang-undang dll) yg digunakan utk mencegah keburukan (kejahatan dll), larangan: terdapat ~ yg akan menimpa perkembangan bahasa; ~ yg mengikat mereka sudah tidak ada lagi. Unsur "nya" yang ditambah pada perkataan kekangannya hanyalah berfungsi sebagai penekan. Istilah15.03.2010
Keterangan : Perbezaan peringkat analisis fonetik dan fonologi (Pasangan Minimal, kekangan urutan fonologi, kesejagatan fonologi, pemerolehan bahasa, dan suprasegmental)Fonetik merupakan ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya. Fonologi pula merupakan kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara di atas, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi karya Arbak Othman.Tatabahasa06.08.2007
penjelasan tentang maksud konstrainSebagai kata nama maksud perkataan ini ialah  paksaan; kekangan,hambatan,kendala. Rujuk Kamus Inggeris Dewan, halaman 296.  Makna17.11.2008
Selamat pagi, saya ingin check perkataan "Theory of Constraints "(TOC) dalam Bahasa Malaysia. adakah kaedah ini hanya ada bahasa Inggeris?Cadangan kami ialah Teori Kekangan. Bagaimanapun untuk jawapan yang lebih tepat, sukalah sekiranya saudara/ saudarai nyatakan dalam konteks apa teoti ini digunakan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian KNB DBP, 03-21481960/03-21485887. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan26.12.2007
Saya ingin bertanyakan mengenai usaha-usaha oleh pelbagai pihak yang bersusah payah memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan sejak tahun 1957. Dan Apakah cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh bahasa melayu di dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan?Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Jadi, setiap masyarakat perlulah mendokong bahasa rasmi ini dan digunakan secara meluas dalam sebarang urusan. Pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, KeKKWa dan DBP telah menjalankan pelbagai program dan usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan ini. Usaha ini masih diteruskan sehingga sekarang.Lain-lain27.08.2007
permohonan online ambil masa berapa lama..cust call pun susah sgt nk angkat callUntuk makluman tuan, kami berusaha menguruskan setiap permohonan iklan dengan kadar yang segera, kekangan kami apabila terdapat dalam kalangan petugas dikehendaki bertugas di luar pejabat.Lain-lain13.05.2015
Nor Hazlin Ramli Nov 26th, 3:54pm Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanya kepada pihak DBP, sekiranya diadakan jualan istimewa sempena akhir tahun dan cuti sekolah bagi pengguna online. Banyak ekspo-ekspo buku diadakan sekitar kawasan Kuala Lumpur. Bagi saya yang menetap jauh dari kawasan tersebut, kekangan masa dan beberapa faktor lagi tidak mengizinkan kesana. Semasa jualan gudang DBP pada tahun lepas, saya amat teruja kerana terdapat banyak buku-buku lama yang sukar untuk didapati di mana-mana kedai buku sekarang.Diharap pihak DBP dapat mendengar cadangan saya mewakili pembaca dan pembeli online.Program ini dirancangkan pada 19 - 27 Disember 2015, di Kedai Buku DBP Hulu Kelang. Sila layari laman web kami dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat mutakhir.Lain-lain26.11.2015
Apakah peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka dalam memartabatkan Bahasa Melayu dan apakah masalah yang timbul di kalangan masyarakat hari ini tentang penggunaan Bahasa MelayuMemang banyak peranan DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu. Ini diterjemah dan dimanifestasikan dalam hala tuju DBP sendiri seperti yang dinyatakan dalam fungsi dan dasarnya. Antaranya menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu. Masalah dan kekangan yg timbul ialah terdapat golongan yang berpandangan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa yang maju dan bersifat saintifik. Tetapi kita jangan lupa bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua franca suatu ketika dahulu yang dituturkan dan digunakan sebagai bahasa komunikasi oleh golongan pedagang, golongan agama, golongan pemodal di nusantara ini. Bahasa Melayu kini telah dituturkan oleh masyarakat di negara ini sebagai bahasa komunikasi, bahasa perpaduan dsb. T.kasih. Lain-lain12.07.2008
1
Tesaurus
 
kekang
Kata Terbitan : mengekang, terkekang, kekangan, pengekangan,