Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Buku ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Belakangan ini atau Kebelakangan ini? Simbiosis kemanusiaan dan teknologi atau Simbiosis kemanusiaan dengan teknologi? seMalaysia atau se-Malaysia?Jawapan yang sesuai ialah Kebelakangan ini. Ayat yang sesuai berdasarkan soalan saudara ialah simbiosis kemanusiaan dan teknologi. Namun demikian, jika terdapat kata antara pada ayat di atas, jawapan yang sesuai digunakan ialah simbiosis kemanusiaan dengan teknologi.Tatabahasa28.08.2007
maksud pendekatan kemanusiaan dan kenapa pendekatan ini masih lagi digunakanPendekatan kemanusiaan bermaksud cara-cara mengurus yang menggunakan asas yang berkaitan sifat-sifat manusia yang baik. Pendekatan ini masih digunakan kerana keberkesanannya dalam menyelesaikan masalah. Dapatkan maklumat lanjut daripada bahagian pengurusan atau kaunseling di pusat pengajian tinggi.Makna08.10.2006
Apakah yang dimaksudkan dengan nilai kemanusiaan dalam karya sastera moden?Nilai kemanusiaan dalam karya sastera ialah sifat atau sikap seperti baik, jahat, pemalu, sombong, berbudi bahasa dan sebagainya. Sekian dan terima kasih.Lain-lain05.02.2009
Sebuah IPTA berhasrat menukar nama program Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Sejarah dan TAMADUN) kepada Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Sejarah dan KETAMADUNAN).Pohon bantuan DBP untuk pastikan sama ada TAMADUN atau KETAMADUNAN yang lebih sesuai?Istilah tammadun tidak perlu diubah kepada ketamadunan kerana dalam konteks penamaan, tidak perlu menggunakan perkataan yang ada imbuhan, sudah memadai dengan hanya menggunakan kata tunggal sahaja. Tambahan pula, kata tamadun itu sudah mantap penggunaanya dalam hal ini, kecuali bagi penamaan yang baru, bolehlah digunakan ketamdunan. Walau bagaimanapun, sekiranya pihak puan memilih untuk menggunakan kata ketamadunan, adalah lebih seragam kata sejarah diubah kepada kesejarahan menjadi KESEJARAHAN DAN KETAMADUNAN. Kami berharap agar pihak puan berpuas hati dengan penjelasan ini. Terima kasih.Istilah08.09.2006
definisi nilai kemanusiaan

Saudara Shashaerika,

Makna nilai ialah taksiran harga: berapa ~ gelang ini? 2. harga sesuatu dibandingkan dgn harga yg lain: berapa ~ paun Sterling pd masa ini? 3. kadar, nisbah: buah limau mempunyai ~ vitamin C yg tinggi; 4. darjat, kualiti, mutu, taraf: Tuhfatul-Nafis ialah sebuah buku Melayu yg tinggi ~nya; 5. sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll): kemajuan yg kita kejar dan perjuangkan bukanlah kemajuan dlm kebendaan tetapi kemajuan dlm ~ pergaulan dan kemasyarakatan; 6. Id markah; ~ kalori (Kim) kuantiti haba yg dibebaskan apabila seunit jisim bahan api dibakar; ~ pasaran (Eko) nilai semasa sesuatu sekuriti atau aset yg ditentukan oleh penawaran dan permintaan; ~ pH (Kim) nilai yg mewakili keasidan atau kealkalian sesuatu larutan akueus; ~ tara (Eko) harga tawaran asal bagi sesuatu sekuriti atau saham.

 Makna kemanusiaan ialah perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan.

Oleh yang demikian,  frasa nilai kemanusiaan  bermaksud kualiti/mutu atau taraf yang berkaitan dengan manusia/perihal atau sifat manusia.  

 

 

 

Makna10.02.2010
apa maksud bidang asasi sains kemanusiaan?

Untuk membantu saudara menyelesaikanpersoalan tersebut, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun, dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan atau hubungi Pegawai Pusat Dokumentasi Melayu, DBP di talian 03-21483541/3540.

Berikut hasil carian melalui kemudahan KAWAT DBP, harap maklumat ini dapat membantu.

 JUDULPENGARANGPENERBITTAHUN TERBITNO KELAS 
Akademika: Jurnal sains kemasyarakatan dan kemanusiaan, 1992 - 1999 Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia1992MJ 300.5 AkaTerperinci
Akademika: Jurnal sains kemasyarakatan dan kemanusiaan, bil. 61, Julai 2002 UKM Bangi2002MJ 300.5 AkaTerperinci
Akademika: Jurnal sains kemasyarakatan dan kemanusiaan, bil. 62-63, 2003 Tiada maklumat2003MJ 300.5 AkaTerperinci
Indeks berita dan artikel surat khabar: bidang ilmu-ilmu sosial dan kemanusiaan Perpustakaan Nasional Republik Indonesia1994R 016.3 IndTerperinci
 
The two cultures Snow.C, PCambridge University Press1998001.20 SnoTerperinci
     
    

 

Lain-lain14.03.2009
apakah maksud bagi gabungan perkataan tersebut? a) dunia teknologi digital b) nilai kemanusiaan jika boleh, saya mahu jawapan yang banyak pilihan untuk dibuat sebagai bahan kajian. terima kasih. segala bantuan anda sangat saya hargai.

a) Dunia teknologi digital bermaksud kecanggihan teknologi yang diguna pakai oleh manusia pada zaman ini.

b) Nilai kemanusiaa merujuk kualiti/mutu atau taraf yang berkaitan dengan manusia/perihal atau sifat manusia.  

Untuk maklumat lanjut, saudara digalakkan membuat rujukan di perpustakaan untuk menyiapkan tugasan saudara.

Makna25.03.2010
Apakah yang dimaksudkan dengan nilai-nilai universal?. contohnya?nilai sejagat cth:kemanusiaan merupakan nilai murni sejagatEjaan09.08.2006
Saya berminat untuk menghantar manuscript untuk penerbitan bertajuk " Membina Keyakinan diri: Wanita, keyakinan dan kewangan". Saya ingin mendapat nasihat - bagaimana melakukannya. Terimakasih

Terima kasih kerana menghubungi kami. Saudara boleh menghantar manuskrip tersebut kepada

Ketua Editor Sains Sosial dan Kemanusiaan, Bahagian Sains Sosial dan Kemanusiaan, Tingkat 13, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR.

Sila sertakan Surat Iringan, salinan bercetak manuskrip, salinan lembut manuskrip (CD_ROM, disket atau bentuk lain) serta bahan lain yang berkaitan seperti gambar foto, ilustrasi dan peta (jika ada). Setiap manuskrip yang diterima akan dinilai terlebih dahulu oleh pihak kami bagi memastikan kesesuaiannya untuk diterbitkan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Kamsiah Mohamed di talian 03-21481532 atau e-mel kamsiah@dbp.gov.my.

 

Lain-lain17.03.2010
saya ingin memesan beberapa buah buku sastera novel yang kebanyakkannya tiada lagi dalam pasaran, maksud saya ialah mencari buku sastera novel berteraskan perjuangan hidup,pententangan dan kebenaran realti kehidupan serta kemanusiaan siosal.

Untuk makluman sdr., sejak penswastaan urusan pemasaran, pengedaran, percetakan buku dan majalah terbitan DBP kepada Syarikat Dawama Sdn. Bhd sejak tahun 2002. Untuk maklumat lanjut, sdr. boleh menghubungi Kedai Buku Koperasi DBP Berhad, Tingkat Bawah Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, no. telefon 03-2143 3504/03-2143 3505/ 03-2148 5869 dan faksimile 03-2148 7887 atau sdr. boleh membuat pesanan dalam talian melalui Syarikat Dawama Sdn. Bhd di talian 03-41079037, e-mel: support@dawama.com dan laman web www.dawama.com

Lain-lain13.02.2010
Tesaurus
 
manusia (kata nama)
Bersinonim dengan insan, orang, anak Adam, hamba Allah, keturunan Adam, bani Adam, cucu-cicit Adam;,
Kata Terbitan : kemanusiaan,