| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| KEPENTINGAN-KEPENTINGAN PENGGUNAAN LARAS BAHASA DALAM PENULISAN ILMIAH | Soalan yang saudara kemukakan ini berbentuk tugasan dan soalan sebegini adalah di luar skop perkhidmatan kami kerana memerlukan kajian khusus dan pembacaan yang banyak. Kami mencadangkan saudara merujuk buku atau makalah yang berkaiatan dengan tajuk untuk memudahkan saudara menyiapkan tugasan tersebut. Sila layari laman web kami, tuliskan tajuk yang berkaitan dengan tugasan dan klik domain Buku atau Artikel untuk mendapatkan senarai berkenaan. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik atau mana-mana perpustakaan lain yang berhampiran. | Lain-lain | 11.04.2013 |
| Apakah kepentingan-kepentingan sebutan baku dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah dan peringkat sekolah menengah | Sebutan baku penting dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah (rendah atau menengah) untuk memastikann satu bentuk sebutan yang seragam dan baku digunakan agar sistem pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. | Lain-lain | 01.09.2008 |
| Saya memerlukan maklumat-maklumat seperti di bawah : 1) Fungsi-fungsi peribahasa dalam kesinambungan warisan bahasa. 2) Kepentingan-kepentingan peribahasa yang menyentuh tentang tema budi bahasa. 3) Konsep ayat 4) Analisis contoh kesalahan ayat oleh murid | Untuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa bahasa Melayu dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Saudara dicadangkan agar datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik. Di PDM, banyak bahan yang berkaitan dengan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Melayu yang boleh saudara rujuk. | Tatabahasa | 19.03.2013 |
| Selamat malam tuan/puan. Di sini saya ingin bertanyakan soalan mengenai pola keselarasan vokal dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Terdapat 18 pola keselarasan vokal. Jadi, apakah kepentingan-kepentingan pola keselarasan vokal tersebut dalam sistem ejaan bahasa Melayu? | Antara kepentingan pola keselarasan vokal dalam bahasa Melayu ialah sebagai panduan untuk mengeja kata jati bahasa Melayu. Harapmaklum. | Tatabahasa | 28.07.2008 |
| kepentingan bahasa eufemisme dalam kehidupan manusia? | Eufemisme bermaksud ungkapan yang lebih lembut (sopan, manis, dan sebagainya) untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar. Secara tidak langsung ungkapan ini menggambarkan ketinggian budi pekerti penuturnya dalam pertuturan harian, contohnya Ali meminta diri untuk keluar membuang air kecil. | Lain-lain | 01.08.2009 |
| Kepentingan Semantik Dalam Tatabahasa | Semantik merupakan salah satu cabang linguistik yang mengkaji makna. Walau bagaimanapun, kami menasihatkan sdr mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk membuat rujukan tentang Ilmu Semantik. Sekiranya sdr menjadi ahli Rakan Dewan, sdr boleh meminjam buku, jurnal, dan majalah yang berkaitan dengan penyelidikan sdr. Sdr boleh menghubungi pegawai perpustakaan, di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka di talian 03-21481043 (Encik Hiezam Hashim). | Penyemakan dan penterjemahan | 20.02.2009 |
| kepentingan peribahasa melayu kepada masyarakat dan generasi muda | Pertanyaan sdr di luar skop perkhidmatan kami. Hal ini kerana sdr mengajukan pertanyaan yang bersifat "tugasan" yang perlu sdr laksanakan secara penyelidikan. Walau bagaimanapun, untuk membantu sdr menyelesaikan tugasan ini, sdr perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan. Untuk makluman, keahlian Rakan Dewan terbuka kepada individu rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Keterangan tentang Rakan Dewan dan borang keahlian boleh didapati di laman DBP di bawah menu Perkhidmatan. Sila kunjungi atau hubungi Pusat Dokumentasi Melayu di talian 03-2148 3541/3540 sekiranya sdr. memerlukan maklumat lanjut. | Lain-lain | 16.06.2008 |
| kepentingan ilmu fonologi | Menurut Kamus Dewan, fonologi ialah kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan fonologi, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi (Arbak Othman), Teori Linguistik (Ahmad Mahmood Musanif, Arbak Othman) dan juga Buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 06.04.2007 |
| DEFINISI PIHAK BERKEPENTINGAN | Kepentingan bermaksud mempunyai kepentingan, iaitu perihal sifat penting, peri mustahak, keperluan; sesuatu yang penting (dituntut, dihargai) demi kebaikan, manfaat; hak atau saham dalam sesebuah syarikat. Pihak berkepentingan boleh didefinisikan sebagai pihak yang mempunyai hak atau saham dalam sesuatu perkara, atau mempunyai keperluan, atau inginkan sesuatu manfaat. | Makna | 01.03.2008 |
| Memandangkan kepentingan aritmetik mental, pengkaji bercadang agar... Soalan: Adakah penggunaan kata 'Memandangkan kepentingan' perlu diganti dengan kata yang lebih sesuai? | 'Memandangkan kepentingan' boleh digunakan. Selain itu, boleh juga digunakan 'memandangkan keperluan'. | Lain-lain | 11.01.2007 |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | penting (adjektif) | | Bersinonim dengan mustahak, perlu, utama, berharga, tinggi nilainya, berguna, berfaedah, bermanfaat,
signifikan, behena;, | | | Kata Terbitan : mementingkan, kepentingan, |
|
| Peribahasa |
|---|
| 194 To fish in troubled waters Cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kekalutan atau kesusahan orang lain demi kepentingan diri. Menahan lukah di pergentingan The two nations were on the brink of war, and the big powers did nothing even though they could stop them. They hoped to fish in troubled waters by selling their weapons to the nation in conflict. Dua buah negara itu diambang peperangan, dan kuasa-kuasa besar pula hanya berpeluk tubuh meskipun mereka boleh menghalangnya. Mereka berharap untuk menahan lukah dipergentingan dengan menjual senjata kepada Negara terbabit. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|