Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam. a. Barangkali b. sering kali acap kali kerap kali Mengapa bentuk pengejaan antara a dengan b berbeza? Mengapa a tidak dieja mengikut rumus kata majmuk. Bukankah pelbagai rumus yang berbeza akan menambahkan lagi kekeliruan pengguna bahasa MelayuDalam hal ini tiada rumus yang boleh dijadikan panduan untuk mengeja perkataan, kecuali merujuk kamus. Sebahagian kecil perkataan dianggap kekecualian dalam bahasa Melayu dan tidak dieja mengikut rumus tertentu. Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Ejaan10.05.2012
Yang manakah ejaan betul: a. barang kali/ barangkali b. kerap kali/kerapkali c. sering kali/ seringkali d. acap kali/acapkaliEjaan yang betul ialah barangkali, kerap kali, sering kali dan acap kali.Ejaan06.05.2012
Adakah skala nombor dan istilah yang digunakan menunjukkan kekerapan yang banyak ke kekerapan yang sikit? contohnya skala 5 - Amat kerap....4 - kerap kali ...3 - Kadang-kadang ...2 - Jarang-jarang ...1 - tidak pernah. Betul ke 'Amat Kerap' merupakan kekerapan yang banyak...'Kerap Kali' merupakan kekerapan yang kurang dari 'Amat Kerap'? terima kasih

1. Ya betul. Skala nombor dan istilah yang digunakan menunjukkan kekerapan yang banyak ke kekerapan yang sedikit.
2. Kekerapan merujuk kepada keadaan, kerapnya berlaku sesuatu yang berulang-ulang, atau keseringan. 
Oleh itu, kenyataan bahawa "Amat Kerap" merujuk kepada kekerapan yang banyak adalah betul, dan kenyataan "Kerap Kali" merujuk kepada kekerapan yang kurang daripada "Amat Kerap" adalah betul.

Lain-lain20.02.2014
Kerap kali saya mencari konkordans melalui carian online ini, tidak keluar sebarang data pun.Pihak kami akan memaklumkan perkara ini kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk disiasat.  Terima kasih.Lain-lain28.12.2008
Saya pernah dan kerap kali dengar perkataan "Selenga". Apakah maksud sebenar perkataan itu? Contoh ayat: 'Muka dia yang selenga'.Perkataan selenga tiada dalam rujukan kami. Perkataan tersebut merupakan bahasa slanga, iaitu kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku yang biasanya digunakan dalam percakapan tidak rasmi oleh golongan tertentu.Makna04.04.2010
Beza antara istilah Isnin malam dan Isnin malam . kerap kali keliru.sila bantu.terima kasih.

Kalau mengikut soalan saudari, tiada beza antara kedua-duanya. Tetapi kalau saudari bermaksud beza antara Malam Isnin dan Isnin Malam, Malam Isnin bermaksud: Siangnya Ahad, malamnya Isnin.  Seperti ungkapan  'malam Jumaat', maksudnya pada malam hari Khamis. Manakala ungkapan Isnin malam pula, penutur ingin menegaskan 'malam' pada hari tersebut.

Makna30.03.2009
Salam, saya agak keliru dari segi kesalahan di permulaan ayat. Perkataan apa yang harus saya elakkan daripada digunakan di awal ayat. Saya kerap kali ragu-ragu untuk menggunakan perkataan NAMUN, DENGAN INI, ANTARANYA, YAKNI di awal ayat. Adakah penggunaan perkataan itu dilarang digunakan di awal ayat?Kata tersebut boleh digunakan pada permulaan ayat sebagai menyambung wacana sebelumnya untuk menunjukkan perkaitan cerita dengan wacana seterusnya.Tatabahasa18.02.2009
bagaimana hendak membezakan ejaan 'acap kali' dengan 'adakala'? mengapa adakala dieja rapat sedangkan ada dan kala ada maksud yang tersendiri. mengapa pula acap dan kali dieja terpisah? ( ejaan ini saya rujuk dari Lembar Bahasa )Acap kali bermaksud beberapa kali, berulang kali, kerap kali, sering kali. Adakala bermaksud kadangkala, sekali-sekali. Kedua-dua perkataan ini sudah mantap dari segi ejaannya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 4 dan 7.  Ejaan06.04.2008
Saya pelajar Master Sains di UPM. Saya ingin bertanya tentang istilah skala mengukur kekerapan. adakah istilah ini betul? 5 - Amat Kerap 4 - Kerap Kali 3 - Kadang-Kadang 2 - Jarang-Jarang 1 - Tidak Pernah adakah istilah lain untuk mengukur kekerapan?

1. Istilah yang digunakan adalah betul. Kekerapan merujuk kepada keadaan, kerapnya berlaku sesuatu yang berulang-ulang, atau keseringan.

2. Istilah lain yang boleh digunakan ialah sering, selalu, dan acap kali.

Namun begitu, penggunaan istilah haruslah menepati konsep dan sasaran yang ditetapkan supaya tidak mengelirukan apabila dibuat pentafsiran.

Istilah13.02.2014
ulang-alik dan bolak-balik kedua-dua perkataan ini ada perbezaan ?Sila berikan maksud dan penggunaannya. Terima kasih.

Makna ulang-alik ialah kerap kali (berkali-kali) pergi dan balik, bolak-balik, mundar-mandir: empat kali Pak Pandir dgn Mak Andeh berangkut ~, baharulah habis semuanya. Olak-alik pula ialah

  • berulang-ulang, bolak-balik, tidak tetap, (berubah-ubah pendirian, pegangan, percakapan, dll);
  • Makna21.10.2009
    Tesaurus
     
    kerap (adjektif)
    1. Bersinonim dengan acp kali: berkali-kali, selalu, sering,
    Berantonim dengan kadang-kadang

    2. Bersinonim dengan rapat: rapi, tidak jarang, ketat,
    Berantonim dengan jarang

    Kata Terbitan : mengerapi, mengerapkan, kekerapan,