Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.pe.ni] | کومڤني

Definisi : 1. bp syarikat perniagaan: beberapa buah ~ telah mengurangkan kakitangannya kerana perniagaan makin merosot; 2. per­tubuhan atau persatuan perniagaan Inggeris (Syarikat Hindia Timur Inggeris) dan Belanda (Syarikat Hindia Timur Belanda) yg ditubuh­kan pd permulaan abad ke-17; 3. bp kerajaan, pemerintah; harta (tanah) ~ harta (tanah) milik kerajaan; jalan ~ jalan yg dibina oleh kerajaan; 4. Id askar (terutama askar Belanda atau askar Syarikat Hindia Timur Belanda); 5. pasukan tentera yg merupakan sebahagian drpd batalion, terdiri drpd lebih kurang 100 orang anggota dan biasanya dibahagikan kpd tiga platun: askar dr ~ C batalion kedua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kom.pe.ni] | کومڤني

Definisi : 1 badan perniagaan yg dimiliki oleh beberapa orang; syarikat perniagaan: Banyak kakitangan dr ~ itu yg telah dihentikan kerja kerana perniagaan makin merosot. 2 pertubuhan pedagang Inggeris (Syarikat Hindia Timur) dan Belanda (Syarikat Hindia Timur Belanda) pd zaman dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kompeni

Puisi
 

Raja Brooke hilir belayar,
     Memberi tabik gudang kompeni;
Kepala tunduk menahan sabar,
     Hendak bercakap tidak berani.


Lihat selanjutnya...(2)