Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
definisi kondusif dan kontruktif?Kondusif bermakna sesuai, menyumbang atau menggalakkan. Konstruktif ialah membina.Makna25.03.2007
maksud perkataan kondusif? cth ayat : tempat saya bekerja adalah kondusif untuk melakukan kerja.Kondusif dalam konteks yang diberikan bermakna keadaan yang selesa dari segi tempat, peralatan, dan ruang, serta suasana kerja yang tenang.Makna18.09.2006
Salam, Makna kata 'kondusif' dan contoh penggunaan dalam ayat. Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan  kondusif bermaksud sesuai, baik dsb utk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu:

Contoh ayat :
Dengan penyediaan persekitaran yg kondusif, negara akan terus mengalami perkembangan ekonomi yg menggalakkan; keadaan ini dikatakan tidak ~ dlm melahirkan suatu generasi baru pemikiran dan intelektual yg berwibawa.
Tatabahasa12.12.2012
adakah penggunaan perkataan "kondusif" di dalam teks ini adalah tepat? "Membudayakan persekitaran yang bersih, selesa, selamat serta kondusif dapat menggalakkan warga klinik berkerja dalam suasana yang ceria, bersatu- padu, berdisiplin dan berupaya meningkatkan kualiti perkhidmatan disamping menaikkan imej organisasi / jabatan".

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kondusif ialah sesuai, baik dsb utk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu. Oleh itu istilah ini boleh digunakan dan sesuai dengan ayat yang saudara sertakan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesalahan ejaan dalam contoh ayat yang diberikan, iaitu berkerja sepatutnya bekerja, bersatu-padu sepatutnya bersatu padu (tiada tanda sempang), disamping sepatutnya di samping

Istilah08.06.2009
saya ingin tahu maksud kondusif dan konkordans.Menurut Kamus Dewan, kondusif bermaksud sesuai, baik dsb utk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu. Konkordans pula merupakan senarai kata dlm korpus (buku, majalah, dsb) yg disusun mengikut abjad yg menyatakan kedudukan sesuatu kata, dan cara penggunaannya dlm bahagian korpus yg berkenaan.Makna06.08.2007
boleh saya tahu perkataan yang paling tepat untuk saya gantikan perkataan KONDUSIF.berikut adalah petikan ayat yang kami gunakan perkataan tersebut. "Mengawal, menyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti industri tembakau berpandukan undang-undang, dasar kerajaan dan peraturan yang ditetapkan untuk mewujudkan persekitaran industri yang stabil dan kondusif" Sekian.Menurut Kamus Dewan, kondusif bermaksud sesuai, manakala dalam istilah undang-undang bermaksud berfaedah.Istilah23.07.2008
Makna KONDUSIFKondusia dalam kata lain disebut sesuai atau baik untuk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu, contoh ayat: dengan penyediaan persekitaran yang kondusif ...Makna29.04.2009
salam, adakah perkataan berikut boleh digunakan secara terus: 1. kondusif 2. bajet 3. kuarters 4. online 5. outcome 6. input untuk rencana atau sebagainaya terima kasihKondusif, bajet, kuarters dan input boleh digunakan secara terus. 'Online' diterjemahkan kepada dalam talian, dan 'outcome' diterjemahkan kepada hasil. Ejaan18.03.2008
salam sejahtera saya ingin bertanya apakah yang di maksudkan dengan perkataan"konduksif" dan dimanakah ayat yang paling sesuai di digunakan dan apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "metafora"?Kondusif bermaksud sesuai, baik dan sebagainya untuk membantu mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu. Contoh penggunaan: Dengan penyediaan persekitaran yang kondusif negara akan terus mengalami perkembangan ekonomi yang menggalakkan . Metafora bermaksud pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan(sebagai perbandingan atau kiasan). Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.   Makna11.07.2008
apakah yang dimaksudkan dengan kondusif ???
  • sesuai, baik dsb utk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu: dgn penyediaan persekitaran yg ~, negara akan terus mengalami perkembangan ekonomi yg menggalakkan; keadaan ini dikatakan tidak ~ dlm melahirkan suatu generasi baru pemikiran dan intelektual yg berwibawa.
  • Makna10.01.2008
    1
    Tesaurus
    Tiada maklumat tesaurus untuk kata kondusif