Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Multimedia ; Hasil Penyelidikan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
"Apakah perbezaan antara kosa kata istilah dan kosa kata umum."Kosa kata umum digunakan dalam ungkapan umum seperti perkataan-perkataan yang hadir dalam ayat saya minum susu. Kosa kata istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang me­nyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan, seperti rangkai kata jentera parti yang digunakan dalam bidang Sains Politik.Tatabahasa02.07.2013
Salam sejaterah tuan. Apakah itu kosa kata umum dan kosa kata istilah? Bolehkah tuan berikan penerangan serta contoh untuk kedua-dua kosa kata tersebut? Terima kasih.Kosa kata umum digunakan dalam ungkapan umum seperti perkataan-perkataan yang hadir dalam ayat saya minum susu. Kosa kata istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang me­nyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan, seperti rangkai kata jentera parti yang digunakan dalam bidang Sains Politik.Tatabahasa24.04.2013
Salam sejahtera. Tuan, bolehkah tuan memberitahu saya kosa kata yang berikut yang mana satukah kosa kata istilah dan yang mana satu ialah kosa kata umum? Kosa kata seperti harga promosi, stok, harga lelong, kaunter, troli, bangga dan prihatin. Bagaimanakah kita hendak membezakannya. Sekian terima kasih.Contoh yang saudara berikan ialah kosa kata umum yang lazimnya digunakan dalam konteks umum (tidak dikaitkan dengan mana-mana bidang ilmu). Istilah lazimnya digunakan dalam wacana ilmiah atau wacana khusus seperti yang berkaitan dengan ekonomi, kujuruteraan, pertanian dan sebagainya. Pengguna seperti kita lazimnya menggunakan kosa kata umum dalam komunikasi seharian atau dalam penulisan umum.Tatabahasa28.04.2013
LEHKAH SAYA MENDAPATKAN SENARAI DAFTAR KOSA KATA TERBARUKosa kata ialah keseluruhan kata dlm sesuatu bahasa, perbendaharaan kata. DBP sentiasa menjalankan penyelidikan bagi mengumpul kosa kata baharu meliputi bahasa sukuan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kosa kata terbaharu, sila hubungi Bahagian Penyelidikan Bahasa, Jabatan Bahasa, DBP melalui telefon 03-2148 2790.Istilah07.06.2009
Tolong terangkan maksud kosa kata umum dan kosa kata istillah. Sila berikan contoh bagi kedua-duanya sekali. Buku rujukan bagi murid thn 3. Sekian terimakasih.Kosa kata umum digunakan dalam ungkapan umum seperti perkataan-perkataan yang hadir dalam ayat saya minum susu. Kosa kata istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang me­nyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan, seperti rangkai kata jentera parti yang digunakan dalam bidang Sains Politik.Tatabahasa31.05.2013
Apakah yang dikatakan kosa?Kosa ialah keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa; perbendaharaan kata.Makna23.02.2008
APAKAH SEJARAH KOSA KATA DAN CONTOH KOSA KATA MODEN YANG DIGUNAKAN DI MALAYSIA? APAKAH KOSA KATA BAHASA INGGERIS, ARAB, INDIA DAN CHINA YANG DIMELAYUKAN?

Sila rujuk buku yang berkaitan di perpustakaan untuk mengetahui dengan lebih lanjut perkara yang berkaitan dengan sejarah.

Contoh yang dapat diberi di sini :

1. Asal bahasa Cina - Kuaci, dll.

2. Asal bahasa India - Roti, dll.

3. Asal bahasa Arab - Kerusi, dll.

4. Asal bahasa Inggeris - Lampu, dll.

Lain-lain03.02.2009
Salam sejahtera. Apakah kosa kata umum dan kosa kata istilah? Apakah perbezaannya? Terima kasih.Kosa kata umum digunakan dalam ungkapan umum seperti perkataan-perkataan yang hadir dalam ayat saya minum susu. Kosa kata istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang me­nyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan, seperti rangkai kata jentera parti yang digunakan dalam bidang Sains Politik.

Istilah lazimnya digunakan dalam wacana ilmiah atau wacana khusus seperti yang berkaitan dengan ekonomi, kujuruteraan, pertanian dan sebagainya. Pengguna seperti kita lazimnya menggunakan kosa kata umum dalam komunikasi seharian atau dalam penulisan umum.
Tatabahasa13.07.2013
Tuan, saya inginkan penjelasan tentang kosa kata berprestasi tinggi memandangkan kosa kata ini dapat menentukan kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan. Tolong klasifikasikan maksud kosa kata berprestasi tinggi serta berikan contok kepada saya.DBP tidak mempunyai maklumat tentang kosa kata berprestasi tinggi. Kami mencadangkan tuan mengemukakan pertanyaan kepada Kementerian Pelajaran.Lain-lain24.04.2012
Kosa kata dialek seperti perkataan jom dikatakan bahasa Melayu rendah. Benarkah?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, jom ialah kata ajakan yang berasal dari Negeri Kedah. Perkataan ini boleh digunakan dan tidak pernah dikategorikan sebagai bahasa Melayu rendah.Ejaan07.01.2013
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kosa